CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sediakan Tempat Berasmara, Pemilik Kafe Dijatuhkan Hukuman Rotan 30 Kali,

18-3-2023 10:31 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 332| Komen: 0

Description: Seorang pemilik kafe dihukum rotan sebanyak 30 kali kerana menyediakan tempat untuk pasangan belia melakukan perbuatan tidak senonoh, lapor portal berita Tribun Medan.Majlis Hakim Mahkamah Syariah Tap ...
Seorang pemilik kafe dihukum rotan sebanyak 30 kali kerana menyediakan tempat untuk pasangan belia melakukan perbuatan tidak senonoh, lapor portal berita Tribun Medan.

Majlis Hakim Mahkamah Syariah Tapaktuan menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang pemilik kafe berinisial RD kerana menyediakan tempat untuk pasangan muda-mudi bermesraan hingga melakukan hubungan yang hanya dilakukan oleh suami isteri di kafe miliknya di Ujung Tanah, Samadua, Aceh Selatan.


Ketua Hakim, Ervy Sukmarwati menyatakan tertuduh, RD terbukti menyediakan kemudahan untuk golongan belia melakukan perbuatan tersebut dan hukuman terhadapnya dijatuhkan pada Rabu lalu.

Dia didapati bersalah melakukan perbuatan itu pada 5 November tahun lalu pada waktu malam dan pihak berkuasa agama menemui pasangan yang sedang bermesraan di kafe miliknya.

Pihak berkuasa juga menemui kondom di sekitar warung milik RD.

RD mengaku kafe miliknya terdapat beberapa pondok kecil berukuran 1 meter yang ditutupi kain terpal dan tanpa lampu dan dia menyesal di atas perbuatannya. 

Sumber: TRIBUN MEDAN






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.031762 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top