Bumbung bangunan menyimpan makanan sejuk yang runtuh di daerah Sambhal pada pagi Khamis meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa. Dalam kejadian di perbandaran Chandausi, 11 lagi mangsa berjaya diselamatkan apabila bumbung bangunan yang digunakan menyimpan guni kentang runtuh ketika pekerja melakukan pemunggahan barang.
Pasukan Tindakan Bencana Negeri (SDRF) dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan dan operasi menyelamat kini sedang dilakukan untuk menyelamatkan pekerja yang masih terperangkap dalam bangunan itu. "NDRF sedang mencari mangsa masih terperangkap dengan menggunakan anjing pengesan. Kami menambah anggota supaya usaha menyelamatkan dilakukan dengan pantas," kata jurucakap NDRF. Majistret daerah Sambhal, Manish Bansal berkata, seramai 12 pekerja berjaya diselamatkan dan beberapa orang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.
Menurut penduduk tempatan, insiden berlaku selepas rak yang menempatkan kentang patah akibat terlebih muatan menyebabkannya runtuh dan menimpa pekerja di dalam bangunan tersebut. Sumber: Sinar Harian
|
ADVERTISEMENT