Malaysia menyenarai pendek empat pusat perubatan iaitu Institut Jantung Negara, Island Hospital, Pusat Perubatan Mahkota dan Pusat Perubatan Subang Jaya sebagai inisiatif untuk memperkenal Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana pertamanya.
Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan program itu memainkan peranan penting dalam mentransformasi ekosistem penjagaan kesihatan di Malaysia dan rantau ini. "Melalui program ini, hospital terkemuka negara sedang mempergiat komitmen dan usaha mereka bagi meningkatkan tahap kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan dari hujung ke hujung kepada pesakit sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi selamat dan boleh dipercayai bagi penjagaan kesihatan," menurut kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, pusat perubatan yang disenarai pendek dipilih dengan teliti menerusi proses yang ketat pada 2022 membabitkan analisis data serta penilaian di lapangan.
"Sebagai menyokong pelan pertumbuhan semasa Tempoh Pecutan 2023-2025, finalis yang disenarai pendek akan diberikan beberapa insentif. "Insentif ini termasuk pemudah cara pantas untuk menyokong pencapaian pembangunan, fleksibiliti konsep ujian denganteknologi penjagaan kesihatan sandbox dan sebagainya," kata kenyataan itu. Sementara itu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam kenyataan sama memaklumkan Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana akan mempromosi inovasi dan kecemerlangan dalam perkhidmatan perubatan, membawa mereka lebih dekat untuk mencapai sistem penjagaan kesihatan yang lebih berdaya tahan untuk negara dan menjadikan Penjagaan Kesihatan Malaysia sebagai jenama penjagaan kesihatan sejagat yang dikenali serta berwibawa. "Sehubungan itu, saya dengan sukacita mengumumkan peruntukan Elaun Cukai Pelaburan (ITA) untuk finalis Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana, yang membolehkan hospital disenarai pendek kami yang mempunyai sumber untuk membuat perbelanjaan modal yang layak bagi menyokong rancangan pertumbuhan mereka semasa tempoh pecutan dari 2023 hingga 2025. "Elaun ini akan meliputi pelaburan teknologi yang bertujuan memacu transformasi digital dalam penjagaan kesihatan selaras dengan aspirasi Revolusi Industri 4.0 Malaysia," katanya. Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana adalah kerjasama antara MHTC dan badan akreditasi perubatan sejagat IQVIA dan Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI). Sumber: Bernama |
VespaSilbe replied at 17-3-2023 05:34 AM
Island hospital tu mmg 20 tahun lepas pun yindon penuh.. ijn pun ramai jah indon p.. baru tahu ke de ...
DARSITA replied at 18-3-2023 07:09 AM
Sebab hospital mereka tidak bagus. Nak ke Singapore terlalu mahal. Eloklah negara kita menyediaka ...
VespaSilbe replied at 18-3-2023 10:14 AM
Pakej pelancongan tu mmg 20 tahun dah wujud kat Island hospital uols..
DARSITA replied at 18-3-2023 07:09 AM
Sebab hospital mereka tidak bagus. Nak ke Singapore terlalu mahal. Eloklah negara kita menyediaka ...
CatMiow replied at 18-3-2023 11:16 AM
Itu yang tak faham, bukan ke program ni dah wujud lama, jadi apa yang baharunya?
Hospital lain bar ...
CatMiow replied at 18-3-2023 11:16 AM
Itu yang tak faham, bukan ke program ni dah wujud lama, jadi apa yang baharunya?
Hospital lain bar ...
VespaSilbe replied at 18-3-2023 10:14 AM
Pakej pelancongan tu mmg 20 tahun dah wujud kat Island hospital uols..
SalenaGomez replied at 18-3-2023 07:07 PM
Re brand balik laa kot…ada la nampak buat keje
ADVERTISEMENT