CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Rasa Bersalah Tipu Pelajar Pakej Pelancongan Ke Jepun Lebih RM260,000, Cuba Bunuh Diri

17-3-2023 07:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6247| Komen: 7

Description: Seorang guru cuba membunuh diri selepas didakwa menipu 40 pelajarnya membeli pakej pelancongan ke Jepun membabitkan kerugian 2 juta baht (RM261,784).Guru dari sebuah sekolah menengah di daerah Prawet ...
Seorang guru cuba membunuh diri selepas didakwa menipu 40 pelajarnya  membeli pakej pelancongan ke Jepun membabitkan kerugian 2 juta baht (RM261,784).

Guru dari sebuah sekolah menengah di daerah Prawet di Bangkok, Thailand itu, Charat, 43, ditahan polis susulan seorang mangsa membuat perkongsian mengenai perkara itu di laman Twitter, lapor The Thaiger.



The Thaiger

Mangsa mendedahkan seorang guru mengajak sekumpulan pelajar untuk menyertai lawatan ke Jepun yang menelan belanja 50,000 baht (RM6,545) setiap seorang.

Dia memberi jaminan kepada pelajar bahawa keluarganya memiliki agensi pelancongan, dan semuanya akan disediakan dengan baik.

Pada hari pelepasan, Charat meminta semua orang berjumpa di Lapangan Terbang Suvarnabhumi tiga jam sebelum penerbangan.

Bagaimanapun, dia tidak muncul di lapangan terbang, menyebabkan pelajar dan ibu bapa mereka terkandas.


Mereka kemudian menyemak dengan syarikat penerbangan dan mendapati penerbangan yang dijadualkan penuh tanpa nama mereka dalam senarai tempahan.

Biro Siasatan Pusat (CIB) berjaya menahan guru tersebut ketika memandu, dan dapur arang ditemui di tempat duduk penumpang yang akan digunakannya untuk membunuh diri.

Surat bunuh diri turut ditemui di dalam kereta suspek.

Hasil siasatan, Charat mengaku melakukan penipuan itu dan memberi alasan dia mengalami masalah kewangan. Dia juga mendedahkan merancang untuk membunuh diri kerana rasa bersalahnya.

Menurut laporan ThaiRath, tuduhan terhadap Charat masih belum dikeluarkan. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acik79 17-3-2023 07:32 PM
Tak tenang ambil duit org ni… akan dihantui rasa bersalah seumur hidup.
Quote bulanbulat 17-3-2023 08:35 PM
Macam cikgu pun kena tipu sekali ja. Sbb tu dia nak bunuh diri. True scammers dia mana peduli. Makan duit hasil scam sampai kembung
Quote sambaldurian 17-3-2023 11:17 PM
La dh tau nk tertekan , lg tambah tekanan 'rs bersalah menipu duit' dh knp. Knp dh tertekan awal2 sbb finance x nk sediakan dapur arang terus, before plan menipu. Ni aku rs teknik nk dpt perakuan 'sakit mental'. Bila dh 'sakit mental' kn x boleh claim suh bayar. Padahal duit menipu tu dia dh sorok / labur mana2 dh, so bila ' sakit mental' padahal waras, nnti dia belanja la duit tu. Aku xleh  husnozon dgn kes gini.
Quote CiliPadiSedap 18-3-2023 07:25 AM
Ramai je scammer cmtu, even dalam online forum pun ada . Semua sebab duit. Bila tiada duit macam2 cara sanggup buat

Kalau boleh guna classic method old school method untuk elak kena scam.

Ada je orang tua2 dulu xpernah kena scam, sebab ada petua mereka amalkan. Biasa orang scam nak duit je.
Quote CiliPadiSedap 18-3-2023 07:26 AM
bulanbulat replied at 17-3-2023 08:35 PM
Macam cikgu pun kena tipu sekali ja. Sbb tu dia nak bunuh diri. True scammers dia mana peduli. Makan ...

Dia kambus hutang dia yang lain tu. Guna duit pelajar pg holidays. Kasihan pelajar jadi mangsa

Quote Decaffeinated 18-3-2023 07:34 AM
sambaldurian replied at 17-3-2023 11:17 PM
La dh tau nk tertekan , lg tambah tekanan 'rs bersalah menipu duit' dh knp. Knp dh tertekan awal2 sb ...

Betul. Kenapa tak bunuh diri awal2 lagi, 260k duit pelajar dapat diselamatkan. Berhutang dgn org tersayang or sedara mara maybe so sebelum mati make sure hutang settle dulu.
Quote Tinot7 18-3-2023 07:37 AM
Kat sana voley bg hukuman mati ka utk scammer? Baru rasa tatut kott..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.041042 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top