CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hidap Penyakit Membabitkan Paru-Paru Dan Jantung, Ustaz Azhar Idrus Dah Stabil

17-3-2023 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4979| Komen: 2

KUALA TERENGGANU: Tahap kesihatan Ustaz Azhar Idrus semakin stabil selepas menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, sejak Rabu lalu.

Menurut sumber, Ustaz Azhar yang dipercayai mengalami masalah kesihatan membabitkan paru-paru dan jantung masih dalam pemantauan doktor.


“Alhamdulillah kesihatan Ustaz Azhar semakin baik dan stabil. Ustaz Azhar juga boleh bercakap dan menerima kunjungan beberapa pelawat di hospital itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Foto: Utusan

Sementara itu, Pengerusi Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah pula memberitahu, dia berkesempatan menziarahi Ustaz Azhar semalam dan berada dalam keadaan sihat.

“Perkembangan kesihatan Ustaz Azhar cukup baik dan dia semakin gagah (sihat).

“Insya-Allah Ustaz Azhar dijangka dapat keluar dari hospital esok sekiranya kesihatannya dilaporkan baik,” ujarnya.


Sebelum itu beberapa tokoh agama dan pemimpin politik menziarahi Ustaz Azhar termasuk tokoh agama Indonesia, Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu. – CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zamzam 17-3-2023 05:06 PM
Semoga UAI cepat sembuh.
Quote citulla3 17-3-2023 05:12 PM
Semoga cepat sembuh UAI...rindu nk dgr ceramah beliau...dlm beberapa live sblm2 ni mmg dia bgtau dia x sihat

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.025572 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top