CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Suka Nganjing, Hidup Air Karat Tak Apa Janji Pangkah Bulan, Kalau Ditegur Tunjuk Gedebe, Taksub Agama," Lelaki Minta Rakyat Kelantan Berubah ...

17-3-2023 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7183| Komen: 50

Description: Rakyat Kelantan sering menjadi mangsa diskriminasi serta diejek kerana asal-usul mereka.
Rakyat Kelantan sering menjadi mangsa diskriminasi serta diejek kerana asal-usul mereka.

Seorang anak jati Kelantan,Zac Zakirin tampil berkongsi kepayahan yang dilaluinya untuk memecoh tembok diri daripada bergelar 'tipikal Kelantan' yang sering menjadi mangsa cemuhan.


"Seperti yang kita tahu, kalau ada perkara viral yang melibatkan rakyat Kelantan, mesti kena troll lebih dahsyat berbanding negeri lain. Walhal sikap buruk tak boleh disandarkan pada negeri.

"Tapi, most of the time orang marah dengan orang Kelantan ni sebab mereka ada tipikal sikap yang sama. Sebelum aku perincikan sikap tipikal Kelantan, ada beberapa faktor yang mendorong mereka jadi seperti itu," ujarnya memulakan bicara.

Foto: twitter


Menurut Zac, banyak faktor yang mendorong anak jati negeri itu mempunyai sikap tipikal Kelantan dan antaranya disebabkan oleh sikap suka mengejek sesama sendiri sejak zaman kanak-kanak lagi.


"Sebelum aku perincikan sikap tipikal Kelantan, ada beberapa faktor yang mendorong mereka jadi seperti itu. Antaranya, tidak pernah keluar (menetap) dari kampung dari kecil sampai tua dalam jangka masa yang panjang dan suka berkawan sesama Kelantan sahaja tanpa bergaul dengan orang negeri-negeri lain.

"Yang pertama sikap 'nganying' iaitu mengejek atau 'menganjing'. Perangai ini memang cukup sinonim dengan budak Kelantan, dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai masuk insitut pengajian tinggi atau Kolej Kemahiran di Kelantan.

"Kalau sekolah harian biasa, cikgu suruh baca petikan in English pun kena ngaying, lagi-lagi kalau terbuat silap masa salah sebutan. Belum lagi kalau cubaan berbahasa Melayu standard, mesti kena cop berlagak cakap bandar. Memang susah nak polish confident kalau environment macam ni," ujarnya.



Selain itu, Zac berkata sikap berani tak bertempat juga menyebabkan sebilangan rakyat Kelantan sering menjadi mangsa cemuhan individu dari negeri lain.

"Yang kedua ialah sikap 'gedebe tidak bertempat' atau suka bergaduh dan terpaling gangster. Tengok Kahar dalam Projek High School, anak Kelantan. Memang kalau pergi tempat orang, rasa diri kita inilah yang paling berani. Rasa kalau bergaduh, memang kitalah yang akan menang.

"Dicampur pula dengan sikap 'ngaying' tadi, memang 'naik sheikh'. Tak tahu ke yang orang luar Kelantan pun ramai juga fighter dan berkebolehan untuk one by one. Cuma mereka tak tunjuk," jelasnya lagi.

Tambah Zac, sebilangan rakyat Kelantan turut mempunyai sikap taksub termasuklah soal parti sehingga sukar untuk ditegur dalam apa jua situasi.

"Yang ni paling bahaya. Jika sudah minat dengan sosok individu tu, dia punya taksub lain macam. Termasuk juga taksub dengan parti.

"Hidup air karat tak apa, janji pangkah bulan. Kalau ditegur, dia marah, melenting tunjuk gedebe. Sama juga taksub dalam bab agama," ujarnya lagi.

Yang terakhir kata Zac, segelintir rakyat Kelantan juga mempunyai tahap pemikiran waras (common sense) yang rendah, sekali gus menyebabkan mereka suka melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

"Yang ni tak payah sebut. Baru je viral video pergi makan dekat restaurant. Itulah perangai tipikal akak-akak Kelantan. Malah kalau nak raya pula, mesti penuh sampah dekat highway Merapoh ke Gua Musang sebab ramai pakat buang sampah dekat situ," ujarnya lagi.

Dalam ciapan tularnya di Twitter, Zac turut menyenaraikan beberapa nama anak Kelantan yang berjaya dan tidak mengamalkan sikap-sikap yang disebutkannya.

"Tapi, kalau tengok anak Kelantan yang berjaya dan kian popular pada hari ini seperti Khairul Aming, Sofyank dan Syahmi Sazli, mereka sudah keluar awal dari kepompong itu dan terus berlari untuk lebih berjaya. Jarang tengok orang berjaya masih lagi ada perangai-perangai tersebut.

"Kalau ada yang terasa, tolong berubah la. Saya nasihat atas kapasiti saya pun orang Kelantan. Letih tengok anak Kelantan perangai tak berubah sejak 13 tahun lepas saya tinggalkan Kelantan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 17-3-2023 05:08 PM
Buy mercedes first
Quote heywana 17-3-2023 05:34 PM
Semua tu betul. sgt2!
Quote printercomel 17-3-2023 05:40 PM
Sskjp ni sembang nak A. Dia la dan negeria dia terpaling hebat semua ada plg bijak paling rempit paling laju paling serba boleh. Reality check nan hadoo
Quote white_musk 17-3-2023 05:41 PM
Yang penting ada emas berkoyan koyan... katanya
Quote AbukRokok 17-3-2023 05:43 PM
belantan hok air karak janji sele
you didnt know item
hok kecek serupo musoh sele
Quote hyie 17-3-2023 05:57 PM
sentap acik vida yach

satu benda yang iols takleh lupa pasal diorang ni ialah pengot...haa sambung sendirilah ye. Beberapa orang yang iols jumpa, bila pegi ke rumah/bilik diorang, hmmm tahan je lah.

kalau jenis kahwin dengan orang luar, dia macam ok sikit kot?
Quote makneng 17-3-2023 06:40 PM
Setujuh boh!!! SSKJP selamanya
Quote Firenzza 17-3-2023 07:10 PM
Edited by Firenzza at 17-3-2023 07:11 PM

Pernah terjumpa ada bbrp flet kt neg j, sskjp monopoli area tu bbrp blok, habis tanah2 kosong, tepi parit keliling blok dibuatnya kedai tomyam, bila buat gerai2 haram ofkos la kebersihan suma kelaut, dh mcm kedai pati rohingya pbt ntah buat hapa ntah
Quote hmmlantakko 18-3-2023 01:35 AM
aku jrg jumpa jns yg zac koya ni sebut. mgkin circle aku lain educated. pastu aku x duduk kws kg yg totok. mgkin ade je yg sejenis darat org kel panggil. yg tu jns bergaul sama depa je mcm org pakistan melayu suka ngangjingg tu eeewwww…pastu ckp kuat2 nampak rempitt. ahhhh non kel pun ade pangai rempitss ckp bingit adek beradek melvins muka tua tu. so zac nk pukul rata org kel gitu gini pun x betul juga. mgkin circle asal dia byk jns gitu. mujur dia je yg berpindah kluar dr kepompong asal dia tu. batak melvins tu kiranya x kluar dr kepompong sepenuhnya lg la sbb still rempit n bingit. jauh sekali classy
Quote _kelly 18-3-2023 01:46 AM
30 tahun lagi pun takkan berubah selagi pas pegang kelatey..yg berhijrah keluar musim ngundi balik pangkah pas jugak
Quote kesempitan 18-3-2023 02:05 AM
barang siapa yang mengeji kepimpinan lebai
nescaya sia2 lah hidupnya
Quote CikYaYaYa 18-3-2023 02:40 AM
satu lagii perempuan lagi kuat carik nafkah banding laki.. nie yg aq tengok laaaa. bukan semuaa  
Quote sharlenetexas 18-3-2023 04:16 AM
Cuba try test gomen perpaduan negeri.


Quote haifawehbe 18-3-2023 04:36 AM
Edited by haifawehbe at 18-3-2023 04:52 AM

ntah la so far iols berkwn dgn sskjp ok jer maybe circle sskjp iols jenis educated kot.. tapi maap ckp iols x taw kenapa iols rasa org bandar lebih tggi common sense dari org kg.. maybe sebab org bandar lebih open minded, pergaulan & communication lebih luas dgn berbagai jenis manusia..
penah sedara iols dari kg dtg rumah iols so bwk la deme jln2 pusing keyell.. bila dorg tgok foreigner kat sini dorg dok gelak2 sambil mengutuk2 rupa org tu.. ye la dorg mana penah tgok foreigner dekat kg.. lepas tu sedara iols senyap2 pegi posing dekat belakang sorg guy rambut afro then upload pic tu dekat fb dgn caption bergambar dgn sarang tebuan.. low mentality sungguh la..
Quote cikatilia 20-3-2023 10:02 AM
betul.. the Very Very Very Very Very Very Very low Common Sense
and some takde langsung common sense tu.
berdasarkan pengalaman sendiri bergaduh dgn jiran kelantan sbb benda simple aje... ko tegur dia burit pantat kan kau terang2 sambil menganjing sesama sendiri bersama sanak saudara.
tup2 masa nak ngundi aku tumpang kan bini dia (bini dia OK) jantan burit tu ada. tersipu2 dia dlm kereta aku.
Quote kakigebang 20-3-2023 10:22 AM
printercomel replied at 17-3-2023 05:40 PM
Sskjp ni sembang nak A. Dia la dan negeria dia terpaling hebat semua ada plg bijak paling rempit pal ...

ni paling tepat.. i cant agree more

bila sembang dia aje yg hero, aku ni.. aku tu.
senang cerite dia aje la hero..
.. ni kawan baik ni ..tp kdg2 aku pun terasa cara dia sembang...nk lari tak bleh... dok berjiran..
hai la nasib nasib
Quote grouper 20-3-2023 11:49 AM
Byk kawan ngan org kelantan mcm tu la...tapi nape geng2 utara pun ada yg mcm tu..belah selatan pun sama gak lagi2 org melaka...
Quote evlinne 20-3-2023 11:55 AM
grouper replied at 20-3-2023 11:49 AM
Byk kawan ngan org kelantan mcm tu la...tapi nape geng2 utara pun ada yg mcm tu..belah selatan pun s ...


Aku pernah jumpa pakcik melaka yg annoying
Suka cakap besar, gatal pulak tu

Tapi to top of it all, mmg sskjp punya perangai plg annoying skli
Byk kli iols terkena since sekolah, uni, keje n hidup berjiran
Quote ChildrenOfBodom 20-3-2023 12:22 PM
Orang negeri mana ja yg maksum serba serbi cer habaq mai

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.149393 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top