CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiktoker Islam Sagggup Makan Babi Demi Konten, Nak Dapat Banyak Likes Dan Follower!

17-3-2023 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9648| Komen: 62

JAKARTA: Demi konten dan mahu meraih pengikut di laman TikTok, seorang wanita beragama Islam di Indonesia sanggup memakan kulit babi goreng.

Lapor food.detik.com, video Lina Mukerji menjamu hidangan itu menjadi tular dan dikecam hebat oleh rata-rata warganet.


Dalam video dimuat naik menerusi akaun @lilumukerji baru-baru ini, Lina dilihat sedang makan di sebuah gerai makanan di Bali.



Dia memesan nasi dilengkapi hidangan lawar yang berupa campuran daging dan sayur serta kulit babi digoreng.

Selebriti TikTok itu kemudian secara sengaja menjamu hidangan berkenaan.  

Malah, kata Lina, dia sedar tindakannya boleh mengundang kemarahan keluarganya yang tidak menerima perbuatan demikian.

“Hari ini, saya melanggar rukun iman dan sudah pastinya dokumen kartu keluarga saya akan ditarik balik.

“Namun, saya sengaja makan hidangan itu kerana rasa ingin tahu memandangkan banyak video makanan ranggup dimuat naik di TikTok,” katanya.




Lina juga mengakui sebelum ini dia pernah makan daging babi sebanyak tiga kali.

“Sebelum ini, saya makan daging babi secara tidak sengaja, namun kali ini saya sedar ketika menjamu hidangan itu,” katanya.  

Pada akhir rakaman video itu, Lina mengakui dia makan hidangan babi itu semata-mata demi konten.

“Saya ingin minta maaf, ini sekadar konten,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 17-3-2023 04:41 PM
Best ke tak?


Quote Perawankota 17-3-2023 04:44 PM
Dulu2 pon pernah jer dgr gosip2 anak2 vip makan daging ni
Quote pearl.silver 17-3-2023 05:02 PM
Muka ko pun dah mcm benda tu

Xkisah la dik.. Mkn kwn sendiri..
Quote Sazreena 17-3-2023 05:09 PM
Tengok yg kat yt tu kembang tekak aku..merening kulit babi..ala-ala roasted to perfection gituew. Jijik!
Quote edayildiz 17-3-2023 06:07 PM
pork lg menyelerakan dr muka akk ni..mcm berpeluh kepam gitu..xde selera langsg tgk dia mknn
Quote Suchi 17-3-2023 06:24 PM
Kulit babi goreng kat Bali tu mmg nampak crispy tp takde la rasa nk mkn.
Cuma rasa pelik skit laa sbb tak biasa tgk org yg muka mcm melayu tp bkn islam dan dia mkn babi.
Maklumla kat malaysia ni susah nk jumpa melayu non muslem, bkn kata susah tapi hampir mustahil huhu maybe ada tapi tak menonjolkan diri.
Quote kakikuDibibirmu 17-3-2023 06:31 PM
Suchi replied at 17-3-2023 06:24 PM
Kulit babi goreng kat Bali tu mmg nampak crispy tp takde la rasa nk mkn.
Cuma rasa pelik skit laa sb ...

Sate babi:

[youtube]4yWBuPzCp8w[/youtube]
Quote doridori_hi 17-3-2023 06:33 PM
Kan ada keropok kulit lembu, kau anggap je lah tu pork, ...
Quote makneng 17-3-2023 06:47 PM
Kau minta maap dgn netizeng buat apa nok??? Kosserlah. Kau ngaku kau suka makan daging babi tu kan senang.
Quote beatgirlX 17-3-2023 07:13 PM
Demi kontent mengarut....
Quote yellowsky 17-3-2023 08:07 PM
Cerita dari indonesia lagi
Quote dudaberhias 17-3-2023 08:11 PM
Seolah2 makan sedara mara sendiri sebab babi lagi comey dari wajah sheols. Yihhh!

Begitu dahagakan duit, engagement dan perhatian. Kalau tidak buat semua tu, hujung2 kena jadi bibik dan pembancuh simen jat kat Malaysia atau SG
Quote pooh~key 17-3-2023 08:13 PM
pearl.silver replied at 17-3-2023 05:02 PM
Muka ko pun dah mcm benda tu

Xkisah la dik.. Mkn kwn sendiri..

Lah kau ni bekap tuhan ke kutuk tuhan sis? Akak is konfius sebab kau kutuk muka ciptaan dia sendiri sis.
Quote dudaberhias 17-3-2023 08:13 PM
Suchi replied at 17-3-2023 06:24 PM
Kulit babi goreng kat Bali tu mmg nampak crispy tp takde la rasa nk mkn.
Cuma rasa pelik skit laa sb ...

Kat belah2 nakhon si thammarat, hatyai tu jah boleh jumpa melayu non-muslim, kat hatyai tu mungkin asal usul moyang deorang murtad. Tapi kalau nakhon si thammarat tu memang sisa2 budis srivijaya. Tup tup rhopernya theyols pun tak pernah makan babi
Quote slyfynx 17-3-2023 08:17 PM
SAGGGUP terus ye TT?
Hahahaha, adoi la.
Quote kakikuDibibirmu 17-3-2023 08:40 PM
Bridge: Kamulah makhluk Tuhan paling seksi, yang paling seksi, seksi sekali, kamulah makhluk Tuhan, babibabibabibabibabibabibabibabibabibabi



[youtube]C9wrGZmJmHM[/youtube]

Quote Kemaruk-Taikk 17-3-2023 09:05 PM
Perasuah tersenyum sinis
Quote dani-rox 17-3-2023 09:15 PM
Lina Mukerji nih sedara mara Rani Mukerji ke
Quote sharlenetexas 17-3-2023 09:27 PM
dani-rox replied at 17-3-2023 09:15 PM
Lina Mukerji nih sedara mara Rani Mukerji ke


Kat tempat iols family mukerji ni owner tempat tuisyen english dan add maths. Muka deyols putih2 gebu chindian.





Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.043872 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top