Pingat naib juara Piala Negara Afrika bersama barangan berharga lain yang dicuri dari vila milik Mohamed Salah ditemui semula susulan penahanan dua lelaki. mStar melaporkan, mereka ditahan selepas memecah masuk rumah Salah di Kaherah, Mesir dan salah seorang yang ditahan merupakan bekas pengawal keselamatan di kompleks kediaman itu.
Kementerian Dalam Negeri Mesir berkata, antara lain yang ditemui polis adalah tiga pasang kasut bola sepak serta pakaian berjenama. Penemuan barang-barang itu dibuat beberapa jam sebelum perlawanan Liverpool menentang Real Madrid pada petang Rabu. Selepas kejadian, satu sumber memberitahu Al-Ahram: "Kamera pengawasan di sekeliling sedang diteliti, dan anggota keselamatan yang bertanggungjawab mengawal tempat itu sedang disoal siasat. "Khidmat sekuriti sedang giat untuk menyelesaikan misteri kejadian itu, dan langkah undang-undang yang diperlukan telah diambil." Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT