Elrah Exclusive mencipta sejarah tersendiri apabila iklan koleksi baju raya terbaharunya menghiasi papan iklan elektronik gergasi pada di bangunan TSLaw bersebelahan menara Tun Razak Exchange (TRX) sejak 15 Mac lalu.
Malah jenama tempatan itu mencipta rekod sebagai produk tempatan pertama menghiasi iklan di lokasi berkenaan yang selama ini didominasi jenama mewah antarabangsa. Iklan berkenaan yang terpampang setiap malam dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam selama tempoh dua bulan itu dianggarkan menelan kos jutaan ringgit. Pengasas jenama Elrah Exclusive, Mohd Hilmi Che Azman atau El Azman berkata, pihaknya optimis dengan usaha dilakukan dan bukti ia tidak mustahil dilakukan oleh produk tempatan. "Kalau selama ini sewaktu melalui jalan berdekatan bangunan itu kita sering lihat jenama mewah seperti Loius Vuitton, Gucci, Mont Blanc dan sebagainya terpampang di skrin.
"Tapi sekarang saya bangga dan puas melihat Elrah Exclusive terpampang di papan iklan elektronik itu. Semuanya tak mustahil dan menjadi cacatan manis dalam perjalanan mengukuhkan jenama ini sejak 2014," katanya kepada mStar.
|
Mulotkoyak replied at 17-3-2023 02:26 PM
Ok la... Support Malay product Elrah and Bulan Bintang. Tapi rege tu kayangan sangat. Taun ni naik l ...
prettyuglybabe replied at 17-3-2023 02:43 PM
tak malunya masih pakai nama ex bini kat belakang..
selayaknya la kena boikot..
kucingitam replied at 17-3-2023 04:14 PM
ok tak follow..sapa bini dia dan kenapa diboikot?
mzzenma replied at 17-3-2023 04:18 PM
ok ke kainnya? mzz tadi masuk bulan bintang..biasa je kain..ke mzz yang tak pandai rasa kain elok ke ...
syamzana replied at 17-3-2023 04:39 PM
mmg biasa pun bulan bintang tu tp bg iols mahal. tp org ramai sgguh last 3wks i masuk.
iols beli ...
syamzana replied at 17-3-2023 04:39 PM
mmg biasa pun bulan bintang tu tp bg iols mahal. tp org ramai sgguh last 3wks i masuk.
iols beli ...
mzzenma replied at 17-3-2023 04:45 PM
tu lah...bila pegang kain tadi rasa tak berbaloinya dgn harga. Tapi sedara mzz kata org biasa paka ...
ADVERTISEMENT