CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6474|Reply: 36

Dulu Berangan Je, El Azman Bangga Iklan Elrah Exclusive Di Papan Elektronik Gergasi Tengah KL

[Copy link]
Post time 17-3-2023 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Elrah Exclusive mencipta sejarah tersendiri apabila iklan koleksi baju raya terbaharunya menghiasi papan iklan elektronik gergasi pada di bangunan TSLaw bersebelahan menara Tun Razak Exchange (TRX) sejak 15 Mac lalu.


Malah jenama tempatan itu mencipta rekod sebagai produk tempatan pertama menghiasi iklan di lokasi berkenaan yang selama ini didominasi jenama mewah antarabangsa.


Iklan berkenaan yang terpampang setiap malam dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam selama tempoh dua bulan itu dianggarkan menelan kos jutaan ringgit.










Pengasas jenama Elrah Exclusive, Mohd Hilmi Che Azman atau El Azman berkata, pihaknya optimis dengan usaha dilakukan dan bukti ia tidak mustahil dilakukan oleh produk tempatan.


"Kalau selama ini sewaktu melalui jalan berdekatan bangunan itu kita sering lihat jenama mewah seperti Loius Vuitton, Gucci, Mont Blanc dan sebagainya terpampang di skrin.


"Tapi sekarang saya bangga dan puas melihat Elrah Exclusive terpampang di papan iklan elektronik itu. Semuanya tak mustahil dan menjadi cacatan manis dalam perjalanan mengukuhkan jenama ini sejak 2014," katanya kepada mStar.




  



Selain memaparkan wajahnya, iklan raya itu turut menampilkan selebriti berpengaruh seperti Meerqeen, Khai Bahar, Ben Amir serta pelakon drama Projek: High Council iaitu Amir Ahnaff, Hazeeq Deen dan Fadhli Masoot selain dua bintang TikTok, Aabias dan Wan Chai.


Lebih mengundang perhatian, El Azman turut memaparkan wajahnya bersama pengedar yang juga pemilik dua butik Elrah Exclusive di Setapak Kuala Lumpur dan Melaka iaitu Syed Ahmad Syed Salim.


"Jika diperhatikan iklan itu memang khusus diletakkan dua nama butik kendaliannya di Platinum Walk Setapak dan Pantai Klebang Melaka. Saya puji usaha dan semangatnya.


"Dia juga antara anak muda yang menjana pendapatan menerusi jenama ini. Syed Ahmad juga antara 36 pengedar atau pemilik butik Elrah yang beroperasi di seluruh Malaysia.


"Tak hanya di Malaysia, kita mempunyai 29 cawangan di Thailand, dua di Brunei dan dua di Indonesia. Secara keseluruhan kita mempunyai lebih 1,000 ejen di seluruh negara," katanya.




  



Berkongsi mengenai Syed Ahmad, El Azman percaya, usahawan itu adalah bukti jika seseorang itu mempunyai kemahuan, pastinya akan menemui jalan dalam mengecap kejayaan.


Katanya, pemuda berusia 26 tahun itu yang sebelum ini berniaga secara kecil-kecilan selama dua tahun mula terjerebak dengan Elrah dan sejak itu dia menunjukkan minat dalam meneruskan legasi empayar yang dibangunkan.


"Kebetulan baju jenama saya bangunkan tular, dia menyatakan keinginan untuk turut serta menjadi pengedar selain menyerap ilmu perniagaan. Diam tak diam, sudah tujuh tahun dia menjana pendapatan dengan Elrah Exclusive," katanya.


Bersempena dengan kedatangan Aidilfitri tahun ini, El Azman menyasarkan jualan sebanyak RM250 juta setahun bagi produk seperti baju Melayu, jubah serta kurta. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la... Support Malay product Elrah and Bulan Bintang. Tapi rege tu kayangan sangat. Taun ni naik lg ke rege tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah sendu kan dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 02:43 PM | Show all posts
tak malunya masih pakai nama ex bini kat belakang..
selayaknya la kena boikot..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba rebrand nama tgk berjaya ke idok
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 03:04 PM | Show all posts
bayar aje la duta2 tu kan
kita tgk laku baper byk jualan nya tu
ramai dok kata nak boikot khuens
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2023 03:27 PM | Show all posts
apa sgt la beza baju melayu harga 200++ dengan baju melayu 50 hinggit dekat sopeee
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju ni kalis api..ada lapisan kevlar..kalu pisau pn tk lut.sbb tu harga kayangan..tnggu baju melayu ada Powerbank skali bole caz sematpon korg plak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Okey la tu...kau beli Gucci, Channel, Versace buatan Eropah, Mat Salleh hanceng, pandang orang asia macam nak ludah tu boleh pulak mahal2
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:12 PM | Show all posts
Mulotkoyak replied at 17-3-2023 02:26 PM
Ok la... Support Malay product Elrah and Bulan Bintang. Tapi rege tu kayangan sangat. Taun ni naik l ...

mesti la kayangan.. kalau tak mana nak dtg hasil bayor billboard berjuta tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:14 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 17-3-2023 02:43 PM
tak malunya masih pakai nama ex bini kat belakang..
selayaknya la kena boikot..

ok tak follow..sapa bini dia dan kenapa diboikot?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:17 PM | Show all posts
kucingitam replied at 17-3-2023 04:14 PM
ok tak follow..sapa bini dia dan kenapa diboikot?

https://www.thevocket.com/dibuan ... nati-suami-sendiri/

nah kisah untuk chuols baca
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:18 PM | Show all posts
ok ke kainnya? mzz tadi masuk bulan bintang..biasa je kain..ke mzz yang tak pandai rasa kain elok ke tak huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:32 PM | Show all posts
merqeen pakai nampak helok terletak
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mzzenma replied at 17-3-2023 04:18 PM
ok ke kainnya? mzz tadi masuk bulan bintang..biasa je kain..ke mzz yang tak pandai rasa kain elok ke ...

mmg biasa pun bulan bintang tu tp bg iols mahal. tp org ramai sgguh last 3wks i masuk.
iols beli dlm pkns utk anak teruna kain+cutting lagi ok hrga pun murah lg
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 04:45 PM | Show all posts
syamzana replied at 17-3-2023 04:39 PM
mmg biasa pun bulan bintang tu tp bg iols mahal. tp org ramai sgguh last 3wks i masuk.
iols beli  ...

tu lah...bila pegang kain tadi rasa tak berbaloinya dgn harga. Tapi sedara mzz kata org biasa pakai baju mahal je tau kain bagus ke tak. Mzz rasa baju kat aeon lagi sedap kain dia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 17-3-2023 04:39 PM
mmg biasa pun bulan bintang tu tp bg iols mahal. tp org ramai sgguh last 3wks i masuk.
iols beli  ...

Anak teruna kaka tu hensem tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mzzenma replied at 17-3-2023 04:45 PM
tu lah...bila pegang kain tadi rasa tak berbaloinya dgn harga. Tapi sedara mzz kata org biasa paka ...

kikiki...maybe iols taste marhaen
yg baju melayu tu serius tak best. kurta tu ok sket. tp iols x naik level atas sbb time tu berlaga bahu pakat2 pilih baju.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 05:46 PM | Show all posts
bukan siapa bid paling tinggi dia boleh iklan situ ke? memang dia pilih bulu2 juga ek nak iklan kan?

baik menara ameno tu tukar ke tower billboard led, sejuk juga mata memandang...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.065761 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list