CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kakitangan Perhilitan Maut Di Gunung Gelemat Akibat Keracunan Makanan

17-3-2023 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4736| Komen: 3

Seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dipercayai maut akibat keracunan makanan selepas tidak sedarkan diri di Gunung Gelemat, Kuala Jengai, Hulu Dungun, semalam.


Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, Muhammad Nazli Ajis, 36, disahkan meninggal dunia sejurus pegawai perubatan tiba di lokasi kejadian jam 6.35 petang.


Anggota bomba membawa mayat Muhammad Nazlin yang dipercayai meninggal dunia akibat keracunan makanan ketika menyertai program kuang gunung di Gunung Gelamat, Hulu Dungun, hari ini.

“Kita menerima maklumat berhubung keadaan mangsa yang kritikal dan tidak sedarkan diri dipercayai akibat keracunan makanan.

“Pasukan bomba dan penyelamat bersama seorang doktor ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa dengan menggunakan sebuah helikopter pada pukul 6 petang,” katanya, di sini hari ini.


Baharudin berkata, sebaik tiba di Klinik Kesihatan Bandar Al Muktafi Billah, Bukit Besi, di sini pada pukul 6.45 petang, pemeriksaan kedua mengesahkan kematian Muhammad Nazlin dan mayatnya telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun, di sini untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan mangsa yang merupakan anggota Perhilitan Mersing, Johor, bersama 12 rakan sekerjanya ke gunung tersebut sejak 9 Mac lalu untuk program Pemantauan dan Perlindungan Kuang Gunung di Gunung Gelemat, Taman Negara.

Sementara itu, Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, operasi menyelamatkan mangsa terpaksa menggunakan helikopter AW189 berikutan jarak dan laluan ke gunung tersebut memakan masa tiga hari sekiranya menggunakan jalan darat. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maharani_gebu 17-3-2023 02:38 PM
Innalillah....

termakan cendawan beracun ke...
Quote rosmahisham 17-3-2023 03:03 PM
Bgtau lah keracunan mknan tu arwah mkn ape?? Mknan dlm tin ke? Rendang basi ke? Pucuk /daun /buah beracun ke?
Quote cmf_PariS 17-3-2023 03:09 PM
tahnye tk lengkap lgsg makan apa

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.116796 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top