CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tujuh Beranak Miskin Duduk Rumah Tak Ada Elektrik, Anak Hampir Mati Dibelit Ular Sawa Sebab Gelap

17-3-2023 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5991| Komen: 34

GUA MUSANG – Tujuh sekeluarga dihimpit kemiskinan, terpaksa hidup tanpa bekalan elektrik di sebuah rumah setinggan di Kampung Baru di sini sejak empat tahun lalu.

Rusmawaty Rusdy, 35, berkata, kehidupan bersama suaminya, Mohd. Soffian Mohd. Rosni, 41, dan lima anaknya berusia antara dua hingga 14 tahun ‘kelam’ tanpa sinar apabila tidak mampu melunaskan bil tertunggak yang mencecah ribuan ringgit sehingga bekalan elektrik di rumah berkenaan dipotong.


Katanya, disebabkan rumah mereka terletak di atas tanah rizab sungai, penyambungan semula elektrik tidak boleh dilakukan walaupun jumlah tunggakan itu dibayar.


Foto: Kosmo

“Suami saya akan menyalakan lampu diod pemancar cahaya (LED) menggunakan bateri kereta untuk menerangi rumah pada setiap malam.

“Lampu LED ini boleh dipasang dalam tempoh sekejap sahaja dan cahayanya juga terhad apabila ia mampu bertahan hanya beberapa jam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.


Rusmawaty memberitahu, dia dan seluruh ahli keluarga sudah biasa tidur dalam gelap sejak empat tahun lalu.

Menurutnya, anak ketiganya yang berusia lapan tahun pernah dibelit ular sawa pada bahagian kaki apabila rumah mereka tiada lampu pada waktu lewat malam.

“Ketika itu, anak saya mengejutkan suami dengan mengatakan kakinya tidak boleh bergerak. Apabila menghidupkan lampu suluh, kami terkejut melihat kakinya sudah dibelit seekor ular sawa sebesar lengan dewasa.

“Beberapa hari lepas pula se­ekor kala jengking masuk ke dalam rumah, namun berjaya dihalau keluar,” ujarnya.

Rusmawaty berkata, pendapatan suaminya tidak menentu kerana hanya melakukan kerja-kerja kampung.

“Kami tidak mampu menyewa rumah yang lebih baik dan perlu bertahan hidup di rumah yang sedia ada.

“Kami sangat berharap sekiranya ada pihak yang sudi membantu untuk membeli sebuah generator supaya kami dapat memasang lampu pada waktu malam,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi talian 011-5902 7641.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pajeri_Nenas 17-3-2023 10:59 AM
Aku malas nak mengutuk.....
Quote jejaka_hensem 17-3-2023 11:05 AM
Mungkin ini cara kehidupan zuhud di negeri serambi makkah?
Quote jas7512 17-3-2023 11:05 AM
Sapa suh kahwin dgn lelaki miskin...dah kahwin knp beranak byk sampai 5 dah tahu miskin...pstutnya stop at 2 je
Quote nakkomenjugak 17-3-2023 11:15 AM
laaaa anak ramai pun rezeki still mahal lagi?
Quote lattehazelnut 17-3-2023 11:17 AM
jas7512 replied at 17-3-2023 11:05 AM
Sapa suh kahwin dgn lelaki miskin...dah kahwin knp beranak byk sampai 5 dah tahu miskin...pstutnya s ...

Sorry nak reply td tp ter click report lolol..

Asalkan dapat kawin n bukan andartu..
n subur sbb kawin awal and beranak pinak..
Tu kan syarat2 jd perempuan melayu..
Quote helicornia 17-3-2023 11:21 AM
Beranak byk2 lagi dik.kan anak bawak rezeki
Quote misc 17-3-2023 11:39 AM
Kesiann..trauma ke tak budak yg kena belit ular kat kaki tu
Quote toynme 17-3-2023 11:41 AM
ntah la...kemain berkerak pintu tu...tak sakit pun boleh sakit duduk rumah mcm ni
Quote prettyuglybabe 17-3-2023 11:51 AM
elok bulat je muka masing-masing dari yang besar sampai ke kecik..
as usual muka laki tak ada masuk
mak bapak muda lagi..
boleh kot membiak rezeki lagi 4 5 orang..
Quote Kacangmanis 17-3-2023 12:04 PM
Lawa2 anak dia, terutama dari yg tudung kelabu ke bawah. Kening terbentuk cantik. Mencuat rapi ke atas camtu.
Quote myakayina 17-3-2023 12:10 PM
tak tau lah nk ckp apa ..hrp adalah pihak yg sudi bantu family ni..
Quote Firenzza 17-3-2023 12:13 PM
Untung lg nasib pati rohingya kt selayang....dpt mkn free lg
Quote oranjes 17-3-2023 12:14 PM
beli genset sapa plak nk supply minyak...
Quote kotakominami 17-3-2023 12:22 PM
Pakai lampu solar....
Quote whimsicalmusic 17-3-2023 12:39 PM
prettyuglybabe: elok bulat je muka masing-masi ...
kalo cerita2 mcm ni mmg xkan ade muka laki nya smpi aku pikir da cerai atau da mati. mungkin segan, last2 ppuan jgk yg kena tahan malu. malu sbb miskin, malu sbb laki xmampu
Quote hyie 17-3-2023 12:43 PM
mintak je kat dewa dewi sayu
Quote bakingsoda 17-3-2023 12:59 PM
Kacangmanis replied at 17-3-2023 12:04 PM
Lawa2 anak dia, terutama dari yg tudung kelabu ke bawah. Kening terbentuk cantik. Mencuat rapi ke at ...

aku baru nak cakap benda sama, yg tudung kelabu tu lawa. jd influenza la dek. mcm biasa muka bapak halimunan jah. bagi aku "kerja tak menentu" tu basically bapak dia tak kerja pon. ada je kerja yg lebih menentu kalau rajin buat, gaji 900 pon jd la dr takde langsung.
Quote rosmahisham 17-3-2023 01:23 PM
Baru nk ckp.ank sheols lawa2 npk bersih walopn ssh! Semoga dimurahkn rezeki..takot pulak dgn org jahat buat x senonoh dgn ank2 dia, bila dh viral mcm ni..pintu rmh leh tendang sekali je blh ter lbukak..nauzubillah..semoga Allah pelihara n lindungi ank2 ni!
Quote xtinkerbellx 17-3-2023 01:27 PM
Budak belakang belah kanan lawa bole buat tiktok content makeup ootd ke. Sambil tu bole buat affiliate letak beg kuning dpt jugak income. Dgn miskin gini lagi la ramai org nak support  

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050134 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top