CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sesat Ketika Mendaki Bukit Beruang -"Kehilangan Steven Luar Biasa, Biasa Dapat Jejak Kurang Dua Jam, Sekarang Dah Cecah 44 Jam"

17-3-2023 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 327| Komen: 1

Description: MELAKA – Kehilangan peniaga, Steven Tan Kim Huat, 45, yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Beruang Hill di sini disifatkan luar biasa.
MELAKA – Kehilangan peniaga, Steven Tan Kim Huat, 45, yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Beruang Hill di sini disifatkan luar biasa.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih belum menemui sebarang petunjuk setakat hari ini.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Abu Bakar Katain berkata, operasi pencarian meliputi 99 peratus kawasan pendakian yang seluas 40 hektar.

Walau bagaimanapun sehingga kini pasukan SAR yang melibatkan seramai 90 anggota dan tiga ekor Unit Anjing Pengesan (K9) masih belum menemui sebarang petunjuk mengenai keberadaan mangsa.


Foto: Kosmo

“Kita telah membuat pencarian di seluruh kawasan seluas 40 hektar dan hari ini kita melakukan semula pemeriksaan dengan lebih teliti di kawasan itu.

“Kes ini memang sedikit luar biasa kerana biasanya kita dapat menjejaki pendaki yang sesat kurang dua jam, tetapi kali ini tempoh pencarian mencecah 44 jam memasuki hari kedua,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Beruang, Ayer Keroh, di sini, hari ini.


Tambahnya, bomba menerima maklumat orang awam mengenai terdengar suara jeritan lelaki, namun pemeriksaan lanjut tidak menemui mangsa atau petanda berkaitan.

Ujarnya lagi, pasukan SAR turut meluaskan pencarian di 12 laluan yang tidak diiktiraf sebagai laluan mendaki bagi memastikan setiap kawasan diperiksa termasuk kawasan curam serta berbatu yang dikenal pasti.

Abu Bakar memberitahu, pihaknya dimaklumkan mangsa mempunyai masalah kesihatan dan dikhuatiri tidak dapat memberikan respons atau tindak balas terhadap panggilan yang dibuat.

Terdahulu, seorang peniaga hilang selepas keluar mendaki seorang diri di bukit tersebut pukul 4.30 petang kelmarin. Kereta mangsa jenis Suzuki Swift ditemui di lokasi berkenaan.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Zazama 17-3-2023 11:28 AM
Tak kiralah agama dan bangsa  mangsa, semua dapat ditemui dan dapat kembali kpd keluarga semula ya..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.031926 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top