CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Caj Tol Akan Diselaras Singapura Sepadan Kadar Tol Malaysia Di Linkedua

16-3-2023 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7446| Komen: 2

Caj tol di Pusat Pemeriksaan Tuas akan diselaras Singapura bermula 31 Mac ini sepadan dengan semakan kadar tol oleh Malaysia baru-baru ini untuk Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuh Raya Linkedua.

"Pelarasan itu selari dengan dasar Singapura yang menyamakan dengan kadar tol Malaysia," kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) republik itu di laman sesawangnya hari ini.

Menurut agensi itu, semakan akan melibatkan semua kategori kenderaan kecuali motosikal.


Gambar hiasan - Bernama

LTA menyatakan tiada perubahan pada kadar tol di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Kadar tol baharu untuk Kereta ialah pada S$2.10; Van/Kenderaan Barangan Ringan (S$5.60); Kenderaan Barangan Berat (S$11.30); Teksi (S$1.60); dan Bas (S$2.50).

Sama seperti semakan Malaysia, kadar tol standard akan dikenakan sepanjang hari kerana tiada lagi kadar waktu puncak atau waktu luar puncak yang ditawarkan.


Pada 25 Feb 2023, menurut pengumumuan PLUS Malaysia Bhd di laman sesawangnya, mulai 1 Mac 2023, kadar tol waktu luar puncak di Plaza Tol Tanjung Kupang akan diselaraskan kepada kadar biasa.

"Dengan penyelarasan ini, pengguna semua jenis kenderaan yang melalui Plaza Tol Tanjung Kupang di lebuh raya Linkedua akan membayar tol dengan kadar biasa seperti mana kadar yang dicajkan pada waktu puncak pada ketika ini.

Pada 2018, sebagai langkah menggalakkan orang ramai beralih ke Plaza Tol Tanjung Kupang untuk keluar dan masuk ke Singapura, PLUS telah memperkenalkan kadar tol waktu luar puncak kepada pengguna lebuh raya di Plaza Tol Tanjung Kupang.

Menurut PLUS, walaupun pelaksanaannya sudah melebihi lima tahun, langkah itu kurang mendapat sambutan.

Berdasarkan rekod, jumlah trafik harian yang menggunakan Plaza Tol Tanjung Kupang didapati masih sama seperti mana yang dicatatkan sebelum kadar waktu luar puncak itu ditawarkan.

"Tiada sebarang peningkatan trafik ketara di waktu luar puncak bagi Plaza Tol Tanjung Kupang," menurut PLUS.

Data trafik turut menunjukkan lebih 50 peratus daripada kenderaan yang menikmati kadar tol waktu luar puncak di plaza tol itu merupakan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura.

Kadar tol baharu bagi Kereta ialah RM6.14; van/Kenderaan Barangan Ringan (RM17.10); Kenderaan Barangan Berat (RM34.30); Teksi (RM4.67); dan Bas (RM7.45).

Tiada caj untuk motosikal di kedua-dua pihak.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 16-3-2023 07:14 PM
Sepatutnya singapor yg masuk msia guna keta kna letak deposit rm1k, nk kuar msia dh cek xde saman, tunggakan bla bla baru pulangkan. Sdgkan rkyt msia masuk sana kena caj x ingt brp jumlahnya burn mcm tu saja bila kuar spore
Quote stingerbumpy 17-3-2023 06:31 AM
Firenzza replied at 16-3-2023 07:14 PM
Sepatutnya singapor yg masuk msia guna keta kna letak deposit rm1k, nk kuar msia dh cek xde saman, t ...

Can you have your facts right first...jgn kasi org kita malu nanti.....tang bayaran yg kita harus bayar utk masuk kesana dan utk apakah bayaran tersebut dikenakheunz?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.065952 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top