CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Polis Dipenjara Setahun Setengah Kerana Menyebabkan Tragedi Stadium Di Malang

16-3-2023 07:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9273| Komen: 0

Description: Pegawai polis yang lalai hingga menyebabkan satu daripada tragedi stadium paling buruk dalam sejarah bola sepak dunia dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan.Mahkamah di Indonesia hari ini memutuskan huku ...
Pegawai polis yang lalai hingga menyebabkan satu daripada tragedi stadium paling buruk dalam sejarah bola sepak dunia dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan.

Mahkamah di Indonesia hari ini memutuskan hukuman itu berikutan kejadian di bandar Malang tahun lalu yang mengorbankan 135 termasuk 40 kanak-kanak selepas kekalahan 3-2 Arema FC di tangan seteru utama dari Jawa Barat, Persebaya Surabaya.



AFP

Ketika penyokong menceroboh padang di Stadium Kanjuruhan, polis melepaskan gas pemedih mata menyebabkan orang ramai berasak-asak untuk menyelamatkan diri.

Hasdarmawan yang juga komander unit briged bergerak polis Jawa Barat telah dijatuhkan hukuman penjara hari ini selama satu tahun 6 bulan.

“(Mahkamah) menjatuhkan hukuman terhadap defendan, Hasdarmawan, satu setengah tahun.

“Defendan gagal menjangka situasi yang sebenarnya agak senang diramal. Ada pilihan untuk tidak melepaskan tembakan (gas pemedih mata) bagi membalas keganasan penyokong,” kata hakim Abu Achmad Sidqi Amsya di mahkamah dekat Surabaya, ibu kota Jawa Barat.


Hukuman berkenaan lebih pendek berbanding tiga tahun seperti diminta pendakwaraya.

Terdahulu, Hasdarmawan menafikan dia mengarahkan anggotanya melepaskan gas pemedih mata kepada penyokong.

Memakai baju berwarna putih dan pelitup muka, Hasdarmawan mendengar dengan teliti penghakiman dan hukuman dijatuhkan terhadapnya dan dia mempunyai tempoh tujuh hari untuk membuat rayuan. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.130652 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top