CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zahid Sasar 20 Peratus Saja Pekerja Asing Menjelang 2030

16-3-2023 06:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4514| Komen: 3

Description: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyasarkan hanya 20 peratus pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang 2030.Sasaran itu bertujuan memastikan semua pemain industri menguta ...
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyasarkan hanya 20 peratus pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang 2030.

Sasaran itu bertujuan memastikan semua pemain industri mengutamakan tenaga kerja tempatan selain menangani isu ketidaksepadanan antara permintaan dan penawaran pekerjaan dalam bidang yang diperlukan pemain industri.



FB

“Hanya bidang 3D yang menggunakan pekerja asing, selebihnya harus diberikan 100 peratus guna pekerja tempatan,” katanya.

Katanya, hakikat mesti diakui bahawa negara maju di Asia Timur tidak terlalu bergantung kepada pekerja asing.

“Mereka menggunakan tenaga tempatan 100 peratus dan Malaysia mesti menuju ke arah itu. Saya menyasarkan pada 2030 yang tidak terlalu jauh dari sekarang, pekerja asing mesti dikurangkan kepada hanya tahap 20 peratus, utamakanlah pekerja mahir tempatan.

“Perkara ini tidak terlalu mustahil dilakukan kerana saya tahu menterinya cukup komited apatah lagi kolaborasi dilakukan dengan 12 kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Transformasi TVET antara 10 syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta bersama kerajaan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur.

Dalam majlis tersebut, Ahmad Zahid mengambil positif tindakan Kementerian Sumber Manusia menjemput 10 syarikat daripada industri bagi menandatangani perjanjian kerjasama dengan kerajaan.

“Mungkin ini satu permulaan, hari ini 10 perjanjian  tapi sasaran kita, kita perlu mempunyai 100 perjanjian menjelang hujung tahun ini.

“Saya mencabar kementerian kerana Majlis Amanah Rakyat (Mara) sahaja sudah tandatangan 18 perjanjian dalam tempoh dua minggu. Saya yakin tawaran kerajaan berikan akan lebih 100 perjanjian. Banyak lagi bidang kita terokai dan kita akan menyaksikan lebih banyak perjanjian dalam masa terdekat,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 16-3-2023 08:03 PM
Pati yg asal bekerja pastu cabut lari dah berpuluh tahun duduk sini siap bukak kedai, jd kontraktor beranak pinak bagai tu ko nk buat hapa? Lagi nk import pati baru
Quote Zazama 16-3-2023 08:44 PM
Edited by Zazama at 16-3-2023 08:45 PM

Lebih bagus patutnya up kan bagaimana hendak tangani isu lambakan pati yg tak berkesudahan. Lagi nak tambah2kan pula? Sampai bila? Please jgn bisukan hal ini.
Quote bulalof 17-3-2023 08:58 AM
sebelum kamu sasar 20% pekerja warga asing tu di Malaysia, make sure pekera2 yg masuk tu berkualiti & legit.

sementara itu, sila tangkap dan buang semula berjuta2 pendatang haram yg bebas merayap di Malaysia ni. Bila dah hantar pulang, tunjukkan kpd rakyat hasil laporan.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.043474 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top