CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Pemotong Rumput Cedera Dilanggar Lari Mitsubishi Triton

16-3-2023 06:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5050| Komen: 1

Kejadian langgar lari di Jalan 3, Taman Ria Jaya, di sini jam 9.40 pagi tadi menyebabkan pekerja syarikat E-Idaman Sdn.Bhd (EISB) cedera.

Dalam kejadian, dua pemotong rumput cedera akibat dirempuh sebuah kenderaan yang terbabas.


Mohd. Hafizan Derani, 24, dan Muhd. Afiq Haikal Rustam, 22, dilaporkan cedera di lutut dan pinggang selepas dirempuh Mitsubishi Triton yang dipandu seorang lelaki ketika memotong rumput di bahu kiri jalan.


Pemotong rumput cedera, nahas langgar lari


“Saya berada berdekatan lokasi kejadian melihat kenderaan berkenaan dipandu laju dari arah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Ria dan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dua buah kereta milik penduduk yang diletak di hadapan rumah di lorong ini.

“Selepas merempuh Perodua Kancil dan Perodua Viva, pemandu pacuan empat roda itu cuba melarikan diri sehingga bertindak merempuh dua pekerja EISB di bahu kiri jalan menyebabkan mereka mengalami kecederaan,” kata penyelia EISB Kawasan Taman Ria, Roshidi Ismail ketika ditemui Utusan.


Difahamkan, lelaki itu memecut kenderaannya selepas merempuh mangsa tanpa menghiraukan dua lagi rakan setugas mangsa cuba menahannya.

Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada dua pemilik kenderaan yang dirempuh suspek.

“Saya turut difahamkan kedua-dua pekerja EISB yang cedera dalam kejadian itu akan membuat laporan polis selepas selesai mendapatkan rawatan di HSAH. Kes akan diklasifikasikan kemudian selepas kita merakam keterangan daripada mangsa yang cedera,” katanya. – CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 17-3-2023 11:16 AM
harap harap cedera ringan je la.
kalau lumpuh / hilang upaya seumur hidup.
cabut kepala pemandu 4 x 4 tu dari badan.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.032188 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top