CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4757|Reply: 1

[Kedah] Pemotong rumput cedera, nahas langgar lari

[Copy link]
Post time 16-3-2023 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Pemotong rumput cedera, nahas langgar lari

oleh   SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA  16 Mac 2023   05:06pm






Kejadian berlaku ketika mangsa bersama rakan sekerja lain sedang melakukan tugas memotong rumput di taman perumahan tersebut.




SUNGAI PETANI - Dua pemotong rumput cedera akibat dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian langgar lari di Taman Ria di sini, kira-kira jam 9.40 pagi Khamis.

Seorang daripadanya luka di lutut manakala seorang lagi dikatakan mengalami sakit di bahagian pinggang.



Seorang mangsa mengalami luka di bahagian lutut akibat dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.





Menurut saksi yang enggan dikenali berkata, kejadian juga menyebabkan dua buah kenderaan milik penduduk dan tong sampah yang diletakkan di bahu jalan di taman perumahan tersebut mengalami kerosakan.

"Semasa kejadian, mangsa bersama rakan sekerja lain sedang memotong rumput di tepi jalan sebelum didatangi sebuah kenderaan yang dipandu laju secara tiba-tiba.

"Kenderaan tersebut yang dikatakan datang dari arah Sekolah Kebangsaan Taman Ria dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dua buah kereta milik penduduk yang diletakkan di hadapan rumah," katanya.



Kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah penduduk turut dirempuh.





Pemandu bagaimanapun dilihat melarikan diri walaupun ada bebebapa pekerja lain cuba menahannya.




Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan kejadian daripada dua pemilik kenderaan yang dirempuh suspek.

“Setakat ini, siasatan masih dijalankan dan sedang mengesan individu yang terlibat," katanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 11:16 AM | Show all posts
harap harap cedera ringan je la.
kalau lumpuh / hilang upaya seumur hidup.
cabut kepala pemandu 4 x 4 tu dari badan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.145799 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list