Seorang wanita dikenali sebagai Nabila menjadi perhatian ramai selepas dia berkongsi cerita seram ketika menghubungi sebuah stesen radio, baru-baru ini. Menurut wanita itu, seorang murid yang telah meninggal dunia 'muncul' dalam foto ahli kelab, sekali gus menimbulkan misteri dalam kalangan warga sekolahnya.
"Ada (kejadian) dekat oversea dia dah mati tapi dia datang kerja kan? Ini kejadian betul, kami satu sekolah rasa. Ini sekolah dekat Johor Bahru, saya tak boleh sebut nama sekolah tu. "Kan masa zaman sekolah, hujung tahun kita mesti ada ambil gambar ramai-ramai kan? Gambar kelas, gambar kelab, gambar persatuan. So ada seorang ni, dia suka sangat dengan kelab teater dia. Dia masuk kelab teater dekat sekolah masa tu. "So masa hujung tahun, kita cakap esok pakai cantik-cantik, nak ambil gambar kelab teater untuk majalah sekolah. Masa pagi tu dia on the way pergi sekolah, dia kemalangan depan sekolah. Then dia meninggal dunia di tempat kejadian," ujar pemanggil itu.
Menurut Nabila, dia dan rakan-rakan sedih dengan kejadian tragis itu, namun tetap meneruskan sesi penggambaran yang telah dijadualkan. Apa yang mengejutkan, murid yang telah meninggal dunia itu didakwa muncul dalam foto yang dirakam, namun wajahnya tertutup dengan rambut dalam keadaan menyeramkan. "So semua sedih dengan kejadian tu. Nak dijadikan cerita, kami just proceed hari kami macam biasa, ambil gambar. "Bila dah siap gambar tu, dia ada dalam gambar tu. Muka dia tak nampak, tapi duduk hujung, rambut tutup muka. Dalam gambar tu ada seseorang yang muka tak tengok gambar," ujarnya lagi. Perkongsian wanita itu turut tular di Twitter sebelum beberapa individu lain muncul dan cuba mengesahkan kejadian tersebut. "Tersebar buku (majalah) tahunan tu kat sekolah aku. Aku ingat lagi. Bunga baju dia terbalik, muka gelap. Fuh. "Tak ada kaki, rambut kembang. Memang tak ada kat internet sebab waktu tu siapa je ada phone camera? Internet pun nan hado. "Siapa simpan memang rare lah. Sebab limited copies je, pihak sekolah cepat-cepat hentikan print bila dah tersebar yang mana print awal," dakwa seorang wanita. Seorang lagi individu turut memuat naik foto misteri berkenaan, namun dia telah menconteng wajah kanak-kanak misteri berkenaan. "Ni gambar sekolah tu. Sorry aku dah conteng sikit masa budak-budak dulu. Janganlah tanya betul ke tak. Masa dapat majalah ni aku baru darjah satu so aku percaya je la tu hantu. "Kalau bukan dia, diharap individu dalam gambar tampil jelaskan situasi sebenar," ujarnya yang memuat naik gambar sekumpulan murid yang menyertai kelab koir tahun 1999. Dalam pada itu, seorang lelaki muncul membuat ciapan di Twitter, mendakwa isterinya merupakan individu yang duduk bersebelahan 'hantu' berkenaan. "Aku masih tak percaya yang belah kanan orang yang dibulatkan tu isteri aku. "Begini ceritanya. Isteri saya kata member tu toleh ke belakang time gambar diambil. Dress pula besar. The rest is history," ujar pemuda itu, sekali gus meleraikan misteri yang timbul. -CARI Sumber: mStar
|
Samerosie replied at 16-3-2023 04:25 PM
Kalau muka semua tak nampak, camne tau itu arwah tu?
ADVERTISEMENT