CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4202|Reply: 12

Murid Maut Kemalangan Depan Sekolah Sebelum Sempat Photoshoot- Majalah Siap Cetak, 'Tetap 'Muncul' Dalam Foto Kelab Koir

[Copy link]
Post time 16-3-2023 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita dikenali sebagai Nabila menjadi perhatian ramai selepas dia berkongsi cerita seram ketika menghubungi sebuah stesen radio, baru-baru ini.


Menurut wanita itu, seorang murid yang telah meninggal dunia 'muncul' dalam foto ahli kelab, sekali gus menimbulkan misteri dalam kalangan warga sekolahnya.


Foto: Twitter




"Ada (kejadian) dekat oversea dia dah mati tapi dia datang kerja kan? Ini kejadian betul, kami satu sekolah rasa. Ini sekolah dekat Johor Bahru, saya tak boleh sebut nama sekolah tu.


"Kan masa zaman sekolah, hujung tahun kita mesti ada ambil gambar ramai-ramai kan? Gambar kelas, gambar kelab, gambar persatuan. So ada seorang ni, dia suka sangat dengan kelab teater dia. Dia masuk kelab teater dekat sekolah masa tu.


"So masa hujung tahun, kita cakap esok pakai cantik-cantik, nak ambil gambar kelab teater untuk majalah sekolah. Masa pagi tu dia on the way pergi sekolah, dia kemalangan depan sekolah. Then dia meninggal dunia di tempat kejadian," ujar pemanggil itu.





Menurut Nabila, dia dan rakan-rakan sedih dengan kejadian tragis itu, namun tetap meneruskan sesi penggambaran yang telah dijadualkan.


Apa yang mengejutkan, murid yang telah meninggal dunia itu didakwa muncul dalam foto yang dirakam, namun wajahnya tertutup dengan rambut dalam keadaan menyeramkan.


"So semua sedih dengan kejadian tu. Nak dijadikan cerita, kami just proceed hari kami macam biasa, ambil gambar.


"Bila dah siap gambar tu, dia ada dalam gambar tu. Muka dia tak nampak, tapi duduk hujung, rambut tutup muka. Dalam gambar tu ada seseorang yang muka tak tengok gambar," ujarnya lagi.


Perkongsian wanita itu turut tular di Twitter sebelum beberapa individu lain muncul dan cuba mengesahkan kejadian tersebut.







"Tersebar buku (majalah) tahunan tu kat sekolah aku. Aku ingat lagi. Bunga baju dia terbalik, muka gelap. Fuh.


"Tak ada kaki, rambut kembang. Memang tak ada kat internet sebab waktu tu siapa je ada phone camera? Internet pun nan hado.


"Siapa simpan memang rare lah. Sebab limited copies je, pihak sekolah cepat-cepat hentikan print bila dah tersebar yang mana print awal," dakwa seorang wanita.


Seorang lagi individu turut memuat naik foto misteri berkenaan, namun dia telah menconteng wajah kanak-kanak misteri berkenaan.


"Ni gambar sekolah tu. Sorry aku dah conteng sikit masa budak-budak dulu. Janganlah tanya betul ke tak. Masa dapat majalah ni aku baru darjah satu so aku percaya je la tu hantu.


"Kalau bukan dia, diharap individu dalam gambar tampil jelaskan situasi sebenar," ujarnya yang memuat naik gambar sekumpulan murid yang menyertai kelab koir tahun 1999.







Dalam pada itu, seorang lelaki muncul membuat ciapan di Twitter, mendakwa isterinya merupakan individu yang duduk bersebelahan 'hantu' berkenaan.


"Aku masih tak percaya yang belah kanan orang yang dibulatkan tu isteri aku.


"Begini ceritanya. Isteri saya kata member tu toleh ke belakang time gambar diambil. Dress pula besar. The rest is history," ujar pemuda itu, sekali gus meleraikan misteri yang timbul. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ni bukan ke urban legend? mcm penah dengar citer gini jadi tahun 70-80an gitu..ntah lah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau muka semua tak nampak, camne tau itu arwah tu?  
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:44 PM | Show all posts
Isu "semasa" la sangat
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kena pitnah jd hantu, rupanya masa amik gambar tak duk diam la ye

Zaman dulu kamera guna kodak tu kena posing elok2 dahla sekali je takde ulang byk kali amik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok jumpa tweet salah sorang budak kelas tu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2023 05:02 PM | Show all posts
Kan dah orang explain yang minah tu pusing belakang and hitam tu rambut. Netizen kemain bab2 ni laju je
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana ada murid mati eksiden tahun 99 depan skolah tu. Iols still skolah situ di tahun tersebut. Seingat iols mmg takde memandai je. Budak tu tengah toleh belakang masa ambik gambo sbb member dia cuit or tgh berborak mcm tu. Biasa la bebudak tgh terejal time tu kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 07:17 PM | Show all posts
Masa akak sekolah dah dengar citer nih. Thn 2023 ada lg rupanya, siap disertakan bukti gambar bagai. Ala2 filem Shutter gituh. Cuba lagi dekk
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 16-3-2023 04:25 PM
Kalau muka semua tak nampak, camne tau itu arwah tu?

aku sokong kau pasal ni…netizen bukan suka benda2 mcm ni…
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaki pun xder menambah efek seram tuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheramnye
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
adeiii la. kesian plak bdk pompuan tu kene fitnah. mohon munculkan diri menangkis tanggapan yg anda hantu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.725568 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list