CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Digugurkan Daripada Filem Syamsul, Aaron Aziz Berlakon Filem Yusof Haslam "Saya Bukan Ambil Aaron Sebab Nak Balas Dendam"

16-3-2023 02:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5176| Komen: 13

Selepas digugurkan dalam filem Syamsul Yusof, Aaron Aziz menerima tawaran daripada Datuk Yusof Haslam pula.

Kata Yusof, 69, Aaron menepati kriteria diperlukan untuk melakonkan watak antagonis dalam filem berkenaan dan secara kebetulan konflik membabitkan aktor berasal Singapura itu dengan anaknya Syamsul Yusof menjadi bualan.





"Sebenarnya pada ketika itu saya memang tengah mencari pelakon watak penjahat, bila Aaron beritahu dia digugurkan dan hilang kerja jadi saya ambil dia yang kebetulan ada masa lapang ketika itu.

"Tak ada isu mengenai Syamsul gugurkan Aaron dan saya ambil dia, ini secara kebetulan sahaja. Kita perlukan watak penting. Watak itu pula sesuai dengan dia. Saya tak nak orang salah faham.

"Benda ini tiada niat, Syamsul itu anak saya jadi tak ada isu, saya sayang anak saya. Saya bukannya ambil Aaron sebab nak balas dendam ke apa. Demi Allah tiada (niat) itu," katanya kepada mStar.


Yusof berkata dia tidak mahu mengambil tahu tentang kemelut yang melanda antara Aaron dan juga anaknya itu.

Dia bagaimanapun mendoakan yang terbaik buat mereka.

"Bagi saya mungkin ada salah faham antara dia dan Syamsul. Saya tak pasti apa sebab dia digugurkan. Saya tak mahu menggores hati anak saya dan orang lain yang terlibat. Saya ambil Aaron dengan cara profesional tanpa prejudis.

"Terus terang saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak dan menantu saya... begitu juga dengan Aaron. Industri ini kecil sahaja pusing-pusing akan jumpa balik," katanya lagi.

Dalam pada itu, Yusof turut berasa sedih apabila filem arahan Syamsul itu mendapat tentangan ramai kerana kemelut rumah tangganya bersama pelakon Puteri Sarah Liyana.

"Terus terang saya sebagai bapa sedih apabila ada orang kata nak boikot filem Syamsul, bagi saya tiada adil. Masalah peribadi itu peribadi, kerja itu kerja.

"Saya kalau boleh tak nak orang ramai boikot filem Syamsul kerana beberapa isu, itu masalah perbadi dia bagi saya. Kalau ada karya yang baik kita sokong tanpa mengira siapa dia," ujarnya.

Pada Ahad lalu, Aaron, 47, mendedahkan namanya digugurkan daripada barisan pelakon Original Gangster namun enggan mendedahkan puncanya kerana menghormati bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam.

Malah Soffi Jikan turut mendedahkan wujud kemelut di antara Aaron dengan Syamsul sehingga aktor asal Singapura itu digugurkan dari barisan pelakon filem aksi berkenaan.

Original Gangster yang sedang dalam penggambaran turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Adi Putra, Yayan Ruhian, Beto Kusyairy, Hairul Azreen, Shaheizy Sam, Pablo Amirul, Nas-T dan Sharnaaz Ahmad. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 16-3-2023 02:32 PM
Edited by esbok at 16-3-2023 02:36 PM

Tak juga tok, biasa kalau gomen, ada masalah gitu, dah kene tukar dah. Secara peribadi, majikan begitu banyak membantu membentuk sekumpulan manusia yang lebih sihat hubungan manusia.
Sbb dia takde majikan, consequence nya tu la kot tok. Kalau kene boikot tu, bukan pasal kawin 10 je, kene tgk balik diri kita tok. Kenapa dan kenapa
Quote lasagna 16-3-2023 02:37 PM
ok ok paham. bapak mana tak sayang anak...
Quote nini_azmi 16-3-2023 04:14 PM
Kat gambar tu br perasan gg sol. Sblum ni org kata gg pelesu iols mls nk telek
Ni ada gamba menyeringai, iols telek la jap and yessss nmpk naww pelesu. Dah mcm gg ayda jebat
Quote Pak.dolla 16-3-2023 04:17 PM
nini_azmi replied at 16-3-2023 08:14 AM
Kat gambar tu br perasan gg sol. Sblum ni org kata gg pelesu iols mls nk telek
Ni ada gamba menyerin ...

Sama dgn aku hahaha...
Aku siap google gamba lama dia dan sekarang sbb nk tgk gg dia
Quote sailormars 16-3-2023 04:44 PM
gigih korang kan...tajuk pasal abg ajis...tapi gg pulak yg korang belek...kiki
Quote Geeayden 16-3-2023 04:54 PM
Muda2 dah pakai gigi palsu, sebab gigi patah berlaku excident ke...
Quote awex^returns 16-3-2023 06:31 PM
soalan iolsss... kenapa Soley Soley pakai gigi pelesu....
gigi rongak sebab makan gula² banyak sangat atau accident atau kena belasah sebab jadi Shark Doo Doo ke apa

sekian
Quote kucing_gebu 16-3-2023 08:07 PM
Sol2 kepelsuan
Quote dudaberhias 16-3-2023 08:45 PM
lantak kau lah arbokkk.... kaka dah malas nak ambik tau dedua eko ni nak2 si ps.. dah takde rasa kesian dah.. baik aku kesian kat ibu tunggal yang kena tinggal sehelai sepinggang... laki plak tak kaya, bewok... etc...
Quote Alvida 16-3-2023 08:58 PM
dudaberhias replied at 16-3-2023 08:45 PM
lantak kau lah arbokkk.... kaka dah malas nak ambik tau dedua eko ni nak2 si ps.. dah takde rasa kes ...


untung la jiran u yg ibu tinggal ada org take care
Quote Timortimur 17-3-2023 05:32 AM
Gigi mentos
Quote Nurkaseh01 22-3-2023 08:00 AM
Bapak dia sentiasa jasi penyalamat untuk hal2 burok yang Sol buat
Quote krustykrab 22-3-2023 08:16 AM
nini_azmi replied at 16-3-2023 04:14 PM
Kat gambar tu br perasan gg sol. Sblum ni org kata gg pelesu iols mls nk telek
Ni ada gamba menyerin ...

Bygkn ye, tengah² kiss ratu gelek tiber gigi pelesu tertanggal...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.037425 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top