Seorang individu mendedahkan layanan pengurusan syarikat tempatnya bekerja. Katanya dia dan rakan sekerja didesak untuk mencapai sasaran yang ditetapkan syarikat sedangkan dalam masa yang sama, mereka tidak mendapat ganjaran yang setimpal malah sudah tidak menikmati bonus selama beberapa tahun.
"Just nak meluahkan. Dekat mana tempat kerja yang korang rasa bos dia appreciate staf? "Kau bayangkan kau dah kerja lama. Dengan tak cukup staf, then elaun komisyen, OT (overtime) semua cut. Dengan bonus selama empat tahun tak pernah dapat," luahnya di media sosial. Tambah individu tersebut juga, lebih parah, dalam situasi syarikat menghadapi kekangan staf, pihak atasan 'menekan' para pekerja untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. "Then bulan ini dalam masa 17 hari, diaorang suruh push untuk target RM120,000? "Then benefit, lunch je? Kelakar kan? Lunch yang saya maksudkan bukan lunch besar-besar. Lunch untuk staf setakat RM15 macam tu untuk seorang staf. "Then kenapa bila tanya pasal elaun, komisyen, mesti dia kata company rugi. Sedihnya," luah individu berkenaan lagi. Dia turut memuat naik beberapa tangkapan skrin (screenshot) perbualan grup WhatsApp syarikatnya, yang mana ia merupakan arahan pihak atasan untuk 'menekan' pekerja. Namun individu tersebut tidak menyatakan nama syarikat atau jawatannya di dalam hantaran berkenaan. Rata-ratanya menyarankan agar individu berkenaan segera 'angkat kaki' daripada terus membiarkan diri menjadi 'hamba' di syarikat yang tidak mengambil kira kebajikan pekerja. Namun ada juga segelintir warga maya yang menyalahkan individu berkenaan kerana tidak mengambil tindakan yang bijak kerana terus setia di syarikat yang sama bertahun-tahun lamanya. "Aku takda bonus setahun dah blah. Macam manalah boleh stay empat tahun. "Empat tahun tak ada bonus. Tolonglah kasihankan diri sendiri. Limit diri anda maksimum dua tahun saja. Tiada bonus, tiada kenaikan gaji? Tinggalkan saja syarikat itu, mereka tak hargai anda. "Salahkan diri sendiri bebal. Kau stay lagi dekat situ kenapa? Kalau kau rasa kau kena pijak, takkan bos kau nak kena pijak kepala kau betul-betul sampai lunyai baru kau nak sedar dipergunakan? "Jangan bazir masa dengan majikan yang tak ada action untuk kebajikan staf dan reward atau faedah yang patut dapat. Berhenti kerja saja dan carilah tempat yang lebih baik. Bangun pagi, hati senang, senyum ke tempat kerja... itulah nikmat rasa sebenar," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
Skuau replied at 16-3-2023 11:45 AM
udah falsafah majikan Msia..'lu takmok...PATI bangla,nepal,myanmar,indon,pakis,pilak...ada maa...wa ...
msdummy.2018 replied at 16-3-2023 11:49 AM
Pertama kali aku stujukk dgn ko
white_musk replied at 16-3-2023 11:51 AM
Dia yang ambil PATI bekerja di malaysia, dia juga yang membebel pati dah menguasai KL 1 raya puasa ...
n3ar replied at 16-3-2023 11:59 AM
syarikat kat malaysia ni rata2 kedekut.... untung masuk poket sendiri... kita plak takde akta ke apa ...
drivethru replied at 16-3-2023 12:12 PM
Sesiapa ada kenalan, yg nak cari kerja, tak kisah kerja apa, suruh dorang try kerja di MALAYSIA MILK ...
drivethru replied at 16-3-2023 12:12 PM
Sesiapa ada kenalan, yg nak cari kerja, tak kisah kerja apa, suruh dorang try kerja di MALAYSIA MILK ...
aechae replied at 16-3-2023 05:14 PM
Comp weols pn nk cari pekeja utk production staff ni…
Org muda jarang lh bertahan lama..
venom1 replied at 16-3-2023 03:08 PM
terima kasih atas makluman. moga ada forumner cari.my ni yang apply
drivethru replied at 16-3-2023 06:49 PM
Budak muda suka buat grabfood/foodpanda. Nak kerja bebas. Dapat pegang duit hari2. Kita pulak peni ...
ADVERTISEMENT