CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3525|Reply: 16

Potong Elaun, OT Tapi Kerah Tenaga Staf- Bonus Dah 4 Tahun Tak Dapat, Asyik Kata Syarikat Rugi Memanjang

[Copy link]
Post time 16-3-2023 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Seorang individu mendedahkan layanan pengurusan syarikat tempatnya bekerja.


Katanya dia dan rakan sekerja didesak untuk mencapai sasaran yang ditetapkan syarikat sedangkan dalam masa yang sama, mereka tidak mendapat ganjaran yang setimpal malah sudah tidak menikmati bonus selama beberapa tahun.


Gambar Hiasan




"Just nak meluahkan. Dekat mana tempat kerja yang korang rasa bos dia appreciate staf?


"Kau bayangkan kau dah kerja lama. Dengan tak cukup staf, then elaun komisyen, OT (overtime) semua cut. Dengan bonus selama empat tahun tak pernah dapat," luahnya di media sosial.


Tambah individu tersebut juga, lebih parah, dalam situasi syarikat menghadapi kekangan staf, pihak atasan 'menekan' para pekerja untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.










"Then bulan ini dalam masa 17 hari, diaorang suruh push untuk target RM120,000?


"Then benefit, lunch je? Kelakar kan? Lunch yang saya maksudkan bukan lunch besar-besar. Lunch untuk staf setakat RM15 macam tu untuk seorang staf.


"Then kenapa bila tanya pasal elaun, komisyen, mesti dia kata company rugi. Sedihnya," luah individu berkenaan lagi.


Dia turut memuat naik beberapa tangkapan skrin (screenshot) perbualan grup WhatsApp syarikatnya, yang mana ia merupakan arahan pihak atasan untuk 'menekan' pekerja.


Namun individu tersebut tidak menyatakan nama syarikat atau jawatannya di dalam hantaran berkenaan.


Rata-ratanya menyarankan agar individu berkenaan segera 'angkat kaki' daripada terus membiarkan diri menjadi 'hamba' di syarikat yang tidak mengambil kira kebajikan pekerja.


Namun ada juga segelintir warga maya yang menyalahkan individu berkenaan kerana tidak mengambil tindakan yang bijak kerana terus setia di syarikat yang sama bertahun-tahun lamanya.


"Aku takda bonus setahun dah blah. Macam manalah boleh stay empat tahun.


"Empat tahun tak ada bonus. Tolonglah kasihankan diri sendiri. Limit diri anda maksimum dua tahun saja. Tiada bonus, tiada kenaikan gaji? Tinggalkan saja syarikat itu, mereka tak hargai anda.


"Salahkan diri sendiri bebal. Kau stay lagi dekat situ kenapa? Kalau kau rasa kau kena pijak, takkan bos kau nak kena pijak kepala kau betul-betul sampai lunyai baru kau nak sedar dipergunakan?


"Jangan bazir masa dengan majikan yang tak ada action untuk kebajikan staf dan reward atau faedah yang patut dapat. Berhenti kerja saja dan carilah tempat yang lebih baik. Bangun pagi, hati senang, senyum ke tempat kerja... itulah nikmat rasa sebenar," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
udah falsafah majikan Msia..'lu takmok...PATI bangla,nepal,myanmar,indon,pakis,pilak...ada maa...wa apa takut...gomen pung 'kasi' maaa'.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 11:47 AM | Show all posts
Masih ada company yang bagi alasan pandemik untuk tak naikkan gaji dan bonus?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 16-3-2023 11:45 AM
udah falsafah majikan Msia..'lu takmok...PATI bangla,nepal,myanmar,indon,pakis,pilak...ada maa...wa  ...

Pertama kali aku stujukk dgn ko
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 11:51 AM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 16-3-2023 11:49 AM
Pertama kali aku stujukk dgn ko

Dia yang ambil PATI bekerja di malaysia, dia juga yang membebel pati dah menguasai KL 1 raya puasa nanti
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 11:59 AM | Show all posts
syarikat kat malaysia ni rata2 kedekut.... untung masuk poket sendiri... kita plak takde akta ke apa utk kawal benda ni, pekerja jadi hamba..

lepas tu memanjang rugi jer.. patut kena wajibkan syarikat istihar untung berapa, rugi berapa kat pekerja..

bila dah banyak syarikat kedekut tu yg jadi tak balance, busuk hati dgn geng gomen, marahkan bank/syarikat utiliti yg untung berjuta bilion tiap tahun tapi kedekut nk bagi morotorium/subsidi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 16-3-2023 11:51 AM
Dia yang ambil PATI bekerja di malaysia, dia juga yang membebel pati dah menguasai KL 1 raya puasa ...

Oh  ya kerrrr..haahhaha..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesiapa ada kenalan, yg nak cari kerja, tak kisah kerja apa, suruh dorang try kerja di MALAYSIA MILK SDN. BHD. ( MARIGOLD ). Kilang buat vitagen, peel fresh, HL. Dengan syarat kena rajin. Kerja tak teruk sangat. Kalau bahagian packaging, kerja mudah. Sbb robot yg buat. Bahagian processing, kerja berat sikit. Tapi banyak rehat. Kerja 12jam. OT 4 jam. Sesetengah kilang OT 3jam, sbb tolak rehat 1jam, tapi mmsb ni ot kira 4jam. Public holiday semua ambil. Kalau betul2 rajin, operator pengeluaran pun boleh dapat dekat2 4k.
Tapi tu lah. Orang malaysia ni pemalas. Tak tahan kerja 12jam. Yg pening supervisor. Kena take over kerja operator yg x cukup. Harini sorang mc, esok kawan nye pulak balas dendam mc. Last2 supervisor pulak yg kena jadi operator.
So, kalau ada kenalan yg nak cari kerja, pergi lah cuba di mmsb. Memang x menyesal kalau rajin. Majikan pulak jenis tak strict. Asalkan dapat target volume.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
n3ar replied at 16-3-2023 11:59 AM
syarikat kat malaysia ni rata2 kedekut.... untung masuk poket sendiri... kita plak takde akta ke apa ...

Bank akan ckp...dh pndi2 pinjam, pndilah2 bayar...gituhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 03:08 PM | Show all posts
drivethru replied at 16-3-2023 12:12 PM
Sesiapa ada kenalan, yg nak cari kerja, tak kisah kerja apa, suruh dorang try kerja di MALAYSIA MILK ...

terima kasih atas makluman. moga ada forumner cari.my ni yang apply
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Standard company Malaysia sebegitu untung pulun bos anak beranak, pergi travel pergi umrah, kereta mewah, rumah mewah,  tapi Itulah karma mereka ada sakit2, anak biawak, bisnes problem bini curang dll. Kita sbg pekerja niat bekerja ajelah  
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:53 PM | Show all posts
owner melayu ke yindia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 16-3-2023 12:12 PM
Sesiapa ada kenalan, yg nak cari kerja, tak kisah kerja apa, suruh dorang try kerja di MALAYSIA MILK ...

Comp weols pn nk cari pekeja utk production staff ni…
Org muda jarang lh bertahan lama..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 06:11 PM | Show all posts
Edited by gekkou at 16-3-2023 06:13 PM

tak sampai 2 tahun kerja aku resign
company melayu
boss hujung tahun angkut velfire, beli tanah sebidang, pindah rumah barusiap belanja client travel indonesia, s.korea, thailand
bonus, OT, traveling claim pergi turun site zero
hujung2 amik staff indonesia
sbb nk murah
lepas tu macam ayam itik bercakap dengan client
bahasa inggeris pun ke laut

kita ni kena kerah macam bibik dia dibuatnya  


selamat aku report sprm
tapi sampai skang sprm senyap
padan muka aku

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 16-3-2023 05:14 PM
Comp weols pn nk cari pekeja utk production staff ni…
Org muda jarang lh bertahan lama..

Budak muda suka buat grabfood/foodpanda. Nak kerja bebas. Dapat pegang duit hari2. Kita pulak pening kepala setiap bulan nak kena train budak baru. Sampai nak cuti pun x boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 16-3-2023 03:08 PM
terima kasih atas makluman. moga ada forumner cari.my ni yang apply

Forumer cari.my semua kerja kayangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 16-3-2023 06:49 PM
Budak muda suka buat grabfood/foodpanda. Nak kerja bebas. Dapat pegang duit hari2. Kita pulak peni ...

Tu lh…yg ada ni pn ramai buat grab/panda lps keja or weeknd..
Tp sbb kilang ktorg mmg working hours 8:30pg - 6ptg je xda OT bagai, weeknd mmg off so biar jelah dorg nk buat part time pn… yg senior2 kekal sbb dorg mmg dh tau konfirm bonus 2 bln hujung tahun n increment pn 1-2ratus setahun.. yg bru2 muda ni nk tahan 2-3 bln pn payah…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.075016 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list