CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langgar Kereta, Tetak Peniaga, Larikan RM10,000

16-3-2023 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3130| Komen: 9

JOHOR BAHRU – Sekumpulan individu bertindak melanggar kenderaan dipandu peniaga sebelum menyerangnya menggunakan parang dan melarikan wang tunai RM10,000 di hadapan Teega Tower, Iskandar Puteri, Isnin lalu.


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, susulan video tular itu, sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri telah berjaya membuat tangkapan dua lelaki tempatan.


Foto: Kosmo

“Kita berjaya menahan seorang suspek di Horizon Hill pada pukul 10.15 pagi pada hari yang sama kejadian itu berlaku. Penahanan lelaki itu, membawa kepada tangkapan seorang lagi suspek pada pukul 9 malam di Gelang Patah.

“Hasil siasatan, kedua-dua suspek berusia lingkungan 40an mengaku terlibat bagi kes tersebut dengan cara melanggar kereta mangsa dan mencederakannya menggunakan parang,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Rahmat berkata, ekoran dari tangkapan tersebut pihak polis telah membuat beberapa rampasan termasuklah parang yang digunakan serta kenderaan

“Kedua-dua suspek tersebut ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan dijalankan. Kita percaya masih ada tiga lagi rakan suspek yang masih bebas,”ujarnya.

Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 17 saat memaparkan insiden tersebut yang kelihatan tiga individu bersenjatakan parang menyerang mangsa yang berada di dalam kenderaan pacuan empat roda itu.

Mangsa yang merupakan peniaga atas talian itu mengalami kecederaan di bahagian kepala setelah ditetak mangsa berulang kali dilaporkan stabil setelah mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rajawali 16-3-2023 12:28 PM
mesti keli fuckria..
Quote noor2 16-3-2023 12:32 PM
Bangsa apa ni???
Quote amefore083 16-3-2023 01:59 PM
Edited by amefore083 at 17-3-2023 11:48 AM

very helpful post for us.BenefitsCal
Quote ninja boy 16-3-2023 02:19 PM
Semata2 10k berparang2 kongsi 2 org x berbaloi
Quote green~tea 16-3-2023 02:25 PM
Mmg dah target kot.. dah perati tingkah tindak tanduk... amiliar kawasan tu ke
Quote doridori_hi 16-3-2023 02:27 PM
[tiktok]7210803069288844570[/tiktok]
Quote venom1 16-3-2023 02:58 PM
10k? Tak berbaloi
Quote zehra2 16-3-2023 03:06 PM
10ribu.
tak berbaloi hilang nyawa
tak berbaloi masuk penjara.

mana depa tau ada bwk duit. dari bank ke..
Quote syamzana 16-3-2023 03:11 PM
beraninya buat kerja siang hari.
takdan merasa duit dah kene tgkap, sesia je

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.036952 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top