CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tinggi Ilmu Pak Guard Ni Sembang Dengan Kak Ponti, Siap Suruh Tutup TV Balik

15-3-2023 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10597| Komen: 45

Kecoh di media sosial dengan kemunculan rakaman memaparkan kelibat makhluk misteri di sebuah klinik kerajaan di Perlis.

Dalam rakaman tular itu, kelihatan entiti putih berambut panjang seperti pontianak duduk di ruang menunggu sambil menonton televisyen.




Seorang lelaki dipercayai pengawal keselamatan di situ membuat rakaman video dari jarak dekat dan 'menegur' makhluk berkenaan.

"Jap lagi tutup TV balik naa. Assalamualaikum, cuba pusing nak tengok sikit. Oh tengok TV. Tak apa, tak apa.

"Jap lagi tutup balik TV. Pandai dia. Mari seorang je ke? Seorang ke tengok tu? Tak apa, jap lagi tutup balik," ujar pengawal itu dipetik mStar.



Video yang tersebar di TikTok dan Facebook itu dihujani pelbagai komen netizen.

Walau ramai berjenaka tentang kejadian itu, tindakan berani pengawal keselamatan yang mendekati makhluk tersebut turut dipuji. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 15-3-2023 06:34 PM
Edited by hokeypokey at 15-3-2023 06:37 PM

satgi tutup tv pakai kain hg tau..
Quote dani-rox 15-3-2023 06:37 PM
cikpon tgh tengok citer apa tu? K-drama kerrrr
Quote makadek 15-3-2023 06:45 PM
Stink ke tu
Quote Kitty_catz 15-3-2023 06:46 PM
alah sapa2 keja spital dah lali kut

takut apa,,baik takut kat Allah uollsss
Quote Nizleen86 15-3-2023 06:50 PM
Kak limah oi..tak tengok akademi fantasia ke?
Kesian cik pon tak tau akademi fantasia dah lama takde. Tu yg dok tercongok tunggu tak kalih2..hihihihi
Quote alesandra 15-3-2023 06:58 PM
kenapa nampak mcm objek itu sengaja diblurkan
Quote jiwasemangat 15-3-2023 08:25 PM
Memang laa objek tuu dia asal blurr.. dapat masuk bideo pon dah kira ok sangat.. kadang² tak semua org boleh rekod dia pon
Quote capiloton 15-3-2023 09:01 PM
ni lagi sherammm

[tiktok]7193082402481229082[/tiktok]
Quote nakkomenjugak 15-3-2023 09:26 PM
acik ponti semakin maju yachhh
nanti try main fon pulak
Quote makita 15-3-2023 09:38 PM
capiloton replied at 15-3-2023 09:01 PM
ni lagi sherammm

Ish..kalau meols dah jerit sekuat hati dah dgn harapan hantu tu benti berlari.
Quote shernazz 16-3-2023 12:00 AM
Pakcik iols pernah kena kat rehab centre cheras..
Siang2 oi kena...dgn nurse2 skali dah lali...
Hahaha...cenggini la...
Quote sekngucing 16-3-2023 12:02 AM
shernazz replied at 16-3-2023 12:00 AM
Pakcik iols pernah kena kat rehab centre cheras..
Siang2 oi kena...dgn nurse2 skali dah lali...
Haha ...

situ dulu hospital.lama.zaman british
belakang tu hutan sebelum.jd stesen mrt
oh lupa..uols tinggal situ kan...
Quote sekngucing 16-3-2023 12:06 AM
Kitty_catz replied at 15-3-2023 06:46 PM
alah sapa2 keja spital dah lali kut

takut apa,,baik takut kat Allah uollsss

allah takkkkkk nampak..hantu ni nampak
mcm takut pd rimai vs allah
rimau depan mata..allah tak depan mata
Quote B40tastePosh 16-3-2023 12:31 AM
hokeypokey replied at 15-3-2023 06:34 PM
satgi tutup tv pakai kain hg tau..

Haha...tutup pakai rambut dia
Quote kawaiichicken 16-3-2023 05:17 AM
kak ponti tu mesti cakap dlm hati "bisinglah kau aku nak tgk tv jap pun xsng..nk tgk oppa "
Quote noor2 16-3-2023 05:45 AM
Edited by noor2 at 16-3-2023 06:01 AM
capiloton replied at 15-3-2023 09:01 PM
ni lagi sherammm


haha..tapi menakutkan
Lari mcm tu buat tangan mcm tu...tapi muka dia lawa...ada kaki laaaa...knp x melayang...siap berderap2 bunyi tapak kaki....perempuan gila ke apa
Quote miu84 16-3-2023 07:07 AM
Kaka ponti tengok the Glory yg trending tuh kaaa... ke nengok Andai Itu Takdirnya. Yihhh kaka ponti suka cerita laki abuse bini rupanya
Quote stingerbumpy 16-3-2023 07:17 AM
shernazz replied at 16-3-2023 12:00 AM
Pakcik iols pernah kena kat rehab centre cheras..
Siang2 oi kena...dgn nurse2 skali dah lali...
Haha ...

Ko ingat cik ponti takda shift giliran keww?

Quote stingerbumpy 16-3-2023 07:18 AM
noor2 replied at 16-3-2023 05:45 AM
haha..tapi menakutkan
Lari mcm tu buat tangan mcm tu...tapi muka dia lawa...ada kaki laaaa...knp x ...

Pompuan giler iteww ko...dalam ujan lebat pun masih nak berjogging...masih takda waktu lain....

Gitewwww

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.051590 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top