Ako Mustapha memberitahu keadaan kesihatannya semakin baik dan terkawal berbanding sebelum ini selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) ekoran menderita penyakit kencing manis kronik pada tahun lalu.
Penyakit kencing manis yang dihidapinya kini berada dalam keadaan terawal selain dirinya bertambah sihat untuk kembali aktif berlakon. “Alhamdulillah keadaan saya semakin baik. Ketika dimasukkan ke ICU pada tahun lalu, bacaan gula dalam darah saya memang terlalu tinggi sehingga tidak boleh dibaca. “Dalam badan saya langsung tidak ada insulin pada ketika itu. Tapi sekarang semakin sihat dan berat badan saya pun sudah bertambah sekitar 12 kilogram (kg),” katanya kepada Kosmo! Online. Bagaimanapun, pelakon berusia 52 tahun itu terpaksa akur apabila dalam tubuhnya mengalami banyak kerosakan terutama membabitkan saraf akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya sehingga memberi kesan pada anggota badan lain.
|
evlinne replied at 16-3-2023 11:49 AM
Ada sesiapa pernah buat reverse diabetes?
sharlenetexas replied at 18-3-2023 03:06 PM
Macamana tu uols?
evlinne replied at 16-3-2023 11:49 AM
Ada sesiapa pernah buat reverse diabetes?
rayna_raynes replied at 19-3-2023 05:34 AM
kalau dah cucuk insulin, susah nak reverse, lagi2 kalau pankreas dah rosak.
Tapi kalau masih di ...
ADVERTISEMENT