CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6733|Reply: 14

Saraf Ako Mustapha Dah Banyak Rosak "Rasa Macam Orang Tua, Kaki Sentiasa Lenguh"

  [Copy link]
Post time 15-3-2023 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Ako Mustapha memberitahu keadaan kesihatannya semakin baik dan terkawal berbanding sebelum ini selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) ekoran menderita penyakit kencing manis kronik pada tahun lalu.


Penyakit kencing manis yang dihidapinya kini berada dalam keadaan terawal selain dirinya bertambah sihat untuk kembali aktif berlakon.


Foto: IG




“Alhamdulillah keadaan saya semakin baik. Ketika dimasukkan ke ICU pada tahun lalu, bacaan gula dalam darah saya memang terlalu tinggi sehingga tidak boleh dibaca.


“Dalam badan saya langsung tidak ada insulin pada ketika itu. Tapi sekarang semakin sihat dan berat badan saya pun sudah bertambah sekitar 12 kilogram (kg),” katanya kepada Kosmo! Online.


Bagaimanapun, pelakon berusia 52 tahun itu terpaksa akur apabila dalam tubuhnya mengalami banyak kerosakan terutama membabitkan saraf akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya sehingga memberi kesan pada anggota badan lain.




  



“Ada banyak kerosakan dalam badan saya terutama saraf disebabkan penyakit kencing manis yang saya alami.


“Rasa macam orang tua sekarang sebab kaki sentiasa lenguh. Memang masalah itu kadang-kala mengganggu aktiviti harian saya.


“Sebab bila kaki berdenyut sangat, saya tidak boleh fokus kerana menahan sakit. Saya tidak tahu boleh sembuh sepenuhnya atau tidak. Tapi keadaan saya semakin baik berbanding dahulu,” ujarnya.




  



Bercakap tentang kerjaya lakonannya, pelakon yang pernah popular menerusi filem Senario The Movie itu masih lagi menerima tawaran berlakon walaupun terpaksa membataskan waktunya berbanding sewaktu dirinya masih lagi sihat.


Kata Ako, jika dahulu dia boleh berlakon dari pagi sehingga ke tengah malam, namun dalam keadaan sekarang, dia perlu berpada-pada kerana faktor kesihatan.


“Saya masih lagi dapat tawaran berlakon dan tidak pernah menolak sebarang tawaran yang diberikan. Watak saya juga tidaklah terlalu berat dan lasak.


“Selain berlakon, saya juga sedang menjalankan perniagaan membabitkan beberapa produk seperti makanan dan minuman kesihatan termasuk minyak wangi.


“Jadi saya kena juga kurangkan berlakon supaya boleh membahagikan masa terhadap perniagaan yang saya usahakan."


  



Tahun lalu, Ako pernah dikejarkan ke zon kritikal Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas saraf dan otot tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tidak mengambil ubat selama seminggu.


Disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapinya, bentuk tubuh Ako mulai susut selepas dia kehilangan berat badan sehingga 20kg. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2023 05:54 PM | Show all posts
Komplikasi kencing manis. Tacodt.

Semoga Ako sihat-sihat selalu la. Nampak muda sikit dia sejak kurus ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 09:11 AM | Show all posts
sian get well soon yach
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 11:30 AM | Show all posts
komplikasi banyak kalau ada diabetes tapi kat tempat kerja saya
ada staff ada diabetes tapi masih layan makanan dan minuman manis .. rokok berkotak
tahap reda dan ubat kan ada
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga di permudahkan urusan Ako dan sekeluarga...


iola perasan ibu jari kaki, dan jari kedua iols mcm kebas tak kebas, kalau garu2 kulit mcm tak rasa sgt, tak mcm ibu kaki sebelah kanan
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada sesiapa pernah buat reverse diabetes?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2023 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
How time flies. Teringat zmn dia hero samarinda dulu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
evlinne replied at 16-3-2023 11:49 AM
Ada sesiapa pernah buat reverse diabetes?

Macamana tu uols?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 04:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya diabetes ni ye sebab mengganggu saraf.
Semoga ada jalan untuk sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 18-3-2023 03:06 PM
Macamana tu uols?

Carik video Dr Berg di Youtube. Atau search ja how to reverse your diabetes. Buat IF, OMAD, keto segala tu la dia ajar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Semuga Ako cepat sembuh & ikutlah nasihat doktor..makanlah ubat dengan teratur, supaya keadaan kesihatan boleh dikawal dgn baik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Makan ubat pls ako.. Jgn cuai2 lg
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 01:34 PM | Show all posts
evlinne replied at 16-3-2023 11:49 AM
Ada sesiapa pernah buat reverse diabetes?

kalau dah cucuk insulin, susah nak reverse, lagi2 kalau pankreas dah rosak.

Tapi kalau masih di peringkat awal, insya allah boleh reverse lagi


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 19-3-2023 05:34 AM
kalau dah cucuk insulin, susah nak reverse, lagi2 kalau pankreas dah rosak.

Tapi kalau masih di  ...

Boleh juga macam ex kelig ai. Dia dah tak ambil insulin sekarang. Bacaan gula pun cantik. Tapi diet sangat ketat. Tu pun dia berjaya reverse hanya selepas kena mild stroke.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyo blh main lg ke tak ntahnyaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.072648 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list