CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kerja Makin Banyak Sampai Lupa Nak Kahwin-Asmidar

15-3-2023 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5515| Komen: 8

Description: Umur dah 37 tahun, Asmidar mengakui kadang-kala timbul perasaan untuk mendirikan rumah tangga dan memiliki keluarga sendiri.Namun dia terpaksa akur apabila masih belum bertemu jodoh selain terikat den ...
Umur dah 37 tahun, Asmidar mengakui kadang-kala timbul perasaan untuk mendirikan rumah tangga dan memiliki keluarga sendiri.

Namun dia terpaksa akur apabila masih belum bertemu jodoh selain terikat dengan komitmen kerja yang banyak sebagai penyanyi dan juga pensyarah.


Foto: IG

“Sebagai seorang wanita yang semakin meningkat usia, memang saya tak nafikan ada perasaan untuk mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata.

“Tapi jodoh belum sampai lagi. Kerja pun semakin banyak sampai terlupa nak fikir tentang kahwin,” katanya berseloroh.



Ketika disoal tentang teman istimewa yang mungkin disembunyikan daripada pengetahuan sesiapa, bekas naib juara Bintang RTM 2001 itu memberitahu dirinya masih lagi berstatus solo tanpa kehadiran lelaki yang dianggap istimewa.

“Kawan-kawan ramai. Cuma yang betul-betul istimewa (teman lelaki) belum ada lagi. Saya lebih fokus pada kerja dan perniagaan. Saya pun masih lagi mengajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Tahun ini pelajar saya ada dua persembahan besar yang akan dijayakan. Jadi bertambahlah lagi kerja,” katanya.



Menyentuh tentang aktiviti ketika bulan puasa tidak lama lagi, seperti biasa Asmidar akan kembali sibuk ‘turun padang’ membantu keluarganya berniaga martabak di bazar Ramadan.

Bagaimanapun, jika sebelum ini keluarganya mampu menjual martabak ayam dan daging antara 20 kilogram (kg) hingga 30kg sehari, namun tahun ini mereka akan mengecilkan jumlah jualan kerana faktor kudrat yang agak terbatas.


“Tahun ini seperti biasa saya akan membantu ibu dan ayah berniaga di bazar Ramadan Wangsa Maju. Cuma jualan tidaklah sebanyak seperti sebelum ini kerana ibu dan ayah sudah berusia, tak berapa larat sangat nak meniaga.

“Mereka masing-masing sudah berusia lebih 50-an. Mereka masih lagi mahu berniaga sebab dah biasa. Bukan sebab untuk mencari pendapatan menyara saya dan adik-beradik,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran lagu raya, Janji Happy di Mimpi Kita, Bangsar di sini, hari ini.



Tambah Asmidar lagi, setiap kali menjelang Ramadan, dia akan mengurangkan aktiviti seni untuk membantu kedua orang tuanya di bazar Ramadan kerana timbul rasa bersalah jika tidak menolong mereka sewaktu bulan puasa. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 15-3-2023 05:53 PM
kerja banyak sampai takde teman lelaki ke sebenarnya nak naik level jadi executive andartu sebaris dengan zara zya dan nasha aziz???

better lah fokus kerja... sebenarnya takyah kahwin lagi bahagia... tengok lah retis2 yang kahwin.. semua caca marba... belum lagi di sebut rakyat marhaen yang kahwin...

sebabtu wujudnya shopee dan lazada... packaging discreet gittew yach!

nak pelbagai saiz, bentuk, warna dan makhluk pun ada... bosan beli je yang baru... lepastu pamerkan koleksi2 tu dekat dalam almari kaca dan pamerkan pada tetamu... kot2 sape nak pinjam pun boleh janji basuh dulu...

baru2 ni kaka tengok ada yang pakai bluetooth, sesambil jalan2 pun boleh on kat phone... kurlast gittuh!
Quote rayna_raynes 15-3-2023 06:10 PM
dudaberhias replied at 15-3-2023 05:53 PM
kerja banyak sampai takde teman lelaki ke sebenarnya nak naik level jadi executive andartu sebaris d ...

tapi perempuan tak perlukan seks sangat pun macam lelaki. i mean most can go on for a long time without needing to release gitu. makes sense la kenapa ramai perempuan malas nak kahwin.

Quote helicornia 15-3-2023 08:52 PM
Minta maaf la ckp.apa yg sibuknya tu aku tk penah pun tengok muka dia keluar tv.event2 pun tk penah nampak
Quote dudaberhias 15-3-2023 08:54 PM
rayna_raynes replied at 15-3-2023 06:10 PM
tapi perempuan tak perlukan seks sangat pun macam lelaki. i mean most can go on for a long time wi ...

iyer betul sangat kaka lagi2 pompuan yang sibuk bekerja... yang takde kerja je selalu membirah 24 jam macam si shilalat tu... yang tu memang takleh hidup tanpa jantan.... gittew kaka nak kecam
Quote dudaberhias 15-3-2023 08:56 PM
helicornia replied at 15-3-2023 08:52 PM
Minta maaf la ckp.apa yg sibuknya tu aku tk penah pun tengok muka dia keluar tv.event2 pun tk penah  ...

sibuk berlakon kot bukan berlakon drama atau filem tau kaka... tapi berlakon sibuk... tapi sebenarnya tak sibuk pun...
buat2 nampak sibuk jah supaya orang tak ingat sendu...

walaupun sah2 lagi sendu dari ikan bilis kat pulau pangkor tu... ikan bilis kat sana lagi di kenali dan popular... putih2 gittewww!


Quote codenamedream 15-3-2023 08:56 PM
dudaberhias replied at 15-3-2023 05:53 PM
kerja banyak sampai takde teman lelaki ke sebenarnya nak naik level jadi executive andartu sebaris d ...

Nope.

Idola sheols Dato Syafinaz

Quote rosedemon 16-3-2023 09:10 AM
yg pasti ko xcantek
Quote eely_shana 18-3-2023 10:27 PM
Dia ni dr program nyanyian apa?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.056057 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top