CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Larang Konsert Besar Sehari Sebelum Dan Pada Cuti Umum Islam

15-3-2023 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6250| Komen: 28

Selain tidak dibenar menanggalkan pakaian semasa di pentas, artis lelaki luar negara yang mengadakan persembahan di Malaysia dilarang sama sekali mengenakan pakaian seperti wanita seperti tergaris dalam panduan baharu Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Persembahan Filem Dan Persembahan Artis Luar (Puspal).


Malah, konsert besar dan persembahan langsung sehari sebelum dan pada hari cuti umum Islam mulai 2024 juga tidak lagi dibenarkan.

Menurut Puspal, ia meliputi keseluruhan bulan puasa, Awal Muharram, Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Nisfu Sya’ban, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.


FB

Persembahan hanya dibenarkan pada Ogos dan September, kecuali 30 dan 31 Ogos, serta 15 dan 16 September untuk sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Mengulas garis panduan baharu tersebut, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, kemas kini itu dibuat adalah untuk melindungi sensitiviti rakyat tempatan.


“Kami telah berunding dengan semua masyarakat, termasuk orang Islam dan bukan Islam, dalam merangka garis panduan yang dikemas kini.

“Pada masa sama, garis panduan itu juga dipinda selepas mendapat maklum balas daripada pemain industri,” katanya.

Menurut Fahmi, pihaknya bersetuju untuk membuat garis panduan tersebut dengan lebih jelas supaya ia lebih mudah difahami.

“Bagi artis luar negara lelaki yang dilarang berpakaian seperti perempuan, kita tiada niat untuk diskriminasi,” jelasnya.

Sementara itu, selain persembahan secara langsung, garis panduan itu juga melibatkan kru filem asing yang merakam kandungan di Malaysia.

Salah satu kriteria baharu untuk penggambaran ialah skrip kandungan tersebut tidak boleh menggambarkan secara negatif mana-mana agensi keselamatan atau penguatkuasaan di Malaysia seperti polis atau pasukan tentera.

Skrip juga mesti disemak oleh Puspal untuk kelulusan sebelum boleh meneruskan penggambaran. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 15-3-2023 06:02 PM
kenyataan ni BUKAN drp paspispus...ye..tuan2,puan2...
Quote sharlenetexas 15-3-2023 06:06 PM
Malaysia Madani


Quote AbukRokok 15-3-2023 06:08 PM
Tak cukop
Kami mau xde langsung konsert
Hanya yahanana 24/7

- fadhli
- lebai junior wannabe since 2022
Quote dani-rox 15-3-2023 06:16 PM
Salah satu kriteria baharu untuk penggambaran ialah skrip kandungan tersebut tidak boleh menggambarkan secara negatif mana-mana agensi keselamatan atau penguatkuasaan di Malaysia seperti polis atau pasukan tentera.





Quote plywood 15-3-2023 06:21 PM
baguslah ada jalan tengah yang mengambil kira kompromi semua pihak. mungkin dimasa akan datang akan ada perubahan bergantung kpd kemahuan semasa masyarakt..
Quote samperit 15-3-2023 06:49 PM
kpop pakai underwear lepas,
greenday x lepas! mangkuk ayun betul
Quote alesandra 15-3-2023 06:53 PM
babi apa ni? konsert boleh bulan ogos, september je??x paham aku
Quote alesandra 15-3-2023 06:55 PM
samperit replied at 15-3-2023 06:49 PM
kpop pakai underwear lepas,
greenday x lepas! mangkuk ayun betul

konsert greenday bila?
Quote Skuau 15-3-2023 08:49 PM
Edited by Skuau at 15-3-2023 08:51 PM
samperit replied at 15-3-2023 06:49 PM
kpop pakai underwear lepas,
greenday x lepas! mangkuk ayun betul


bila kpop konsert pakai underwear...mohon habaq kt kami yer...nak pi...na......
Quote tripleid 15-3-2023 08:54 PM
Edited by tripleid at 15-3-2023 09:03 PM
Skuau replied at 15-3-2023 06:02 PM
kenyataan ni BUKAN drp paspispus...ye..tuan2,puan2...


Ujung2 tunggu Dap jadi kjaan barulah dilarang buat kosnsert lagha hari cuti islam..

masa PASPISPUS jadi kajaan 33 bulan dulu dorg buat apa yek??
Quote kitmal 15-3-2023 09:05 PM
Dia ni nak jadi menteri agama ke pulak? atau serba boleh?..capaian internet tahap siput babi tak atasi lagi nak sembang perkara lain pulak...
Quote nusaraya 15-3-2023 09:28 PM
Edited by nusaraya at 15-3-2023 09:30 PM

Memang seharusnya Malaysia MENGHARAMKAN  semua  activity di bidung industri Muzik, Film, dan Hiburan lainnya di negara Islam Malaysia kerana X sesuai dan selaras dengan hukum syariah islam ....

Tahniah kerana telah menjadikan malaysia sebagai negara angsa bmelayu dan negara islam  SEHINGGA  boleh menjadi contoh tauladan negara islam lainnya...

Jika ini berlaku .. tampak hakekatnya semua orang melayu islam malaysia akan menjadi akhli syurgA .. SYurga firdaus
Quote Suchi 15-3-2023 09:30 PM
dani-rox replied at 15-3-2023 06:16 PM

Hahahahah
Sampai bebilaa la tak merasa tgk cite polis jaaat mcm dlm pilem tamil ka nustan ke apa
Quote sharlenetexas 15-3-2023 09:33 PM
nusaraya replied at 15-3-2023 09:28 PM
Memang seharusnya Malaysia MENGHARAMKAN  semua  activity di bidung industri Muzik, Film, dan Hibura ...

Menyibuk sgt hal negara orang.


Quote tripleid 15-3-2023 09:41 PM
Edited by tripleid at 15-3-2023 09:55 PM
kitmal replied at 15-3-2023 09:05 PM
Dia ni nak jadi menteri agama ke pulak? atau serba boleh?..capaian internet tahap siput babi tak ata ...


Bimbonya sis..lesen,permit konsert bagai tu kan bwh kementerian dia,MCMC
Quote dani-rox 15-3-2023 10:05 PM
Suchi replied at 15-3-2023 09:30 PM
Hahahahah
Sampai bebilaa la tak merasa tgk cite polis jaaat mcm dlm pilem tamil ka nustan ke apa

watudu sis. sejak dari dulu kan, syaratnya dlm filem/drama mesti digambarkan sbg institusi yg bersih dan mulia
Quote dani-rox 15-3-2023 10:05 PM
sharlenetexas replied at 15-3-2023 09:33 PM
Menyibuk sgt hal negara orang.

dia jeles kita dah menang oscar sis
Quote bakingsoda 15-3-2023 10:18 PM
Suchi replied at 15-3-2023 09:30 PM
Hahahahah
Sampai bebilaa la tak merasa tgk cite polis jaaat mcm dlm pilem tamil ka nustan ke apa

tu mcm utk kru filem asing je, tak boleh nak shooting kat sini utk gmbarkan polis malaysia jahat. filem tempatan boleh je kot
Quote samperit 15-3-2023 10:34 PM
alesandra replied at 15-3-2023 06:55 PM
konsert greenday bila?

meols ungkit cite 2021 sis
KL xde dlm list tp bangkok & singapore ade.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.138282 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top