CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kembalikan Sesi Persekolahan Bermula Januari Perlu Masa, Pengorbanan Semua Pihak - KPM

15-3-2023 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4698| Komen: 0

"Sebenarnya boleh kembali (sesi persekolahan pada Januari) dengan cepat dengan mengorbankan cuti-cuti yang ada. Tapi, kalau sekolah tidak cuti bila waktu rehat bagi guru, pelajar dan ibu bapa?"

Belum ada cadangan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengembalikan sesi persekolahan bermula Januari seperti sebelum pandemik COVID-19 dalam tempoh terdekat.


Gambar hiasan - Kosmo

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali ketika sidang media sempena majlis amanat pembukaan sesi persekolahan 2023/2024 hari ini berkata,  antara pertimbangan yang perlu diambil kira adalah berkaitan Akta Pendidikan 1996 yang memerlukan sesi persekolahan selama 190 hari setahun, selain melibatkan pengorbanan cuti.

"Kalau nak kembalikan semula, kena kekalkan 190 hari dan anjak sedikit demi sedikit. Ia bukan satu perkara yang boleh dilaksanakan dalam tempoh yang singkat dan akan mengambil beberapa tahun dengan pengorbanan semua pihak," katanya.


Pkharuddin berkata sesi persekolahan sekarang perlu dilihat dari sudut positif seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan pada waktu cuti selama empat minggu pada Februari dan Mac, yang dapat mengelakkan Monsun Timur Laut.

"Kita cuba sebaik mungkin memberi keselesaan terbaik kepada semua pihak. 

Ada pihak mungkin perlukan perkara yang lebih selesa untuk anak-anak ambil peperiksaan, tapi ada pihak pula yang perlukan masa cuti di hujung tahun sebagai tempoh sesuai untuk mereka melancong," katanya.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.277469 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top