CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr Zulkifli Cadang Tokoh Agama, Ulama Diberi Pengecualian Tauliah Mengajar

15-3-2023 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4501| Komen: 12

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mencadangkan pihak berkuasa agama sama ada di Wilayah Persekutuan atau negeri perlu memberi pengecualian tauliah mengajar kepada tokoh agama atau ulama yang dikenali dengan kealimannya.


Beliau mengusul cadangan itu menerusi artikel terbaharu dikeluarkan menerusi portalnya, Maktabah Al-Bakri, hari ini berikutan isu tauliah agama yang tular ketika ini.


FB

Zulkifli berkata, tauliah khas itu perlu kerana sesuai kealiman serta kedudukan tokoh itu dalam sesebuah negara atau institusi oleh raja selaku Ketua Agama Islam atau mufti negeri berkenaan, apatah lagi di luar negara.

Beliau juga mencadangkan tauliah khas diberi kepada tokoh politik yang memegang jawatan dalam kerajaan Persekutuan dan negeri seperti Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri dengan syarat tiada isu politik kepartian disentuh.


‘Politik kepartian’ dimaksudkan adalah yang menyentuh mana-mana parti secara khusus, atau mana-mana individu dalam parti secara khusus, atau apa-apa perkataan yang dikira perlambangan mana-mana parti.

Selain itu, katanya, tauliah khas juga boleh diberikan kepada individu yang sudah dikenali akan keilmuannya dan diperkenankan oleh raja selaku Ketua Agama Islam atau diluluskan mufti negeri berkenaan, ulama setempat dan masyarakat tanpa ada sebarang keraguan.

Bagi memastikan isi penyampaian pemegang Tauliah Mengajar selari dengan undang-undang dikuatkuasakan, terutama dari sudut kualiti ilmu, pemantauan berkala turut diperlukan, sekali gus memastikan masjid dan surau tidak menjadi medan memecah-belahkan ummah atau pentas jenaka. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 15-3-2023 05:33 PM
'anda boleh mencadang,tapi kami kerajaan'..
Quote Belibis 15-3-2023 05:33 PM
Edited by Belibis at 15-3-2023 05:34 PM

Terdabel trabel pulak.
Quote lostnfaun 15-3-2023 08:02 PM
Mcm mana kita nak tau 'kealiman' ulama/ustaz tue?
Quote Suchi 15-3-2023 08:46 PM
Exco2 kerajaan negeri mana hat ada ulama?
Quote Suchi 15-3-2023 08:47 PM
lostnfaun replied at 15-3-2023 08:02 PM
Mcm mana kita nak tau 'kealiman' ulama/ustaz tue?

Pemes = alim


Quote Weller 15-3-2023 08:50 PM
macam mana nak ukur kealiman tokoh agama tu?


kata buat baik amal ibadat tak boleh tunjuk. nanti riak.....


ops....



sorry kalau sentap.
Quote jari10 15-3-2023 08:57 PM
PU, daie segala tu tidak termasuk, kan? Perghh cukup2 la validation sekadar drp reality tv
Quote axl_bach 15-3-2023 08:58 PM
Weller replied at 15-3-2023 08:50 PM
macam mana nak ukur kealiman tokoh agama tu?



Mungkin dari tahap kelulusan,  dan juga penulisan kitab agama yg dihasilkan.
Quote Firenzza 15-3-2023 09:01 PM
Mana de berani bg tauliah nti x pasal2 kena hentam kaw2 dlm ceramah kena setepek lg haruu
Quote kitmal 15-3-2023 09:01 PM
asalkan tidak ada campuran politik..tapi ada ke>???
Quote likilu 15-3-2023 09:12 PM
Tapi haritu ikut penjelasan UAI, siapa yang takde tauliah negeri, boleh mohon one off tauliah sementara kan? Sistem tu dah ok sebenarnya tapi bila kelulusan di tangan pihak pihak tertentu tu yang bermasalah.

Tak wajar kot asal famous je terus takyah tauliah. Ni pun dah tak terbendung ajaran perl*s hehe
Quote pooh~key 15-3-2023 09:14 PM
lostnfaun replied at 15-3-2023 08:02 PM
Mcm mana kita nak tau 'kealiman' ulama/ustaz tue?

Kalau ustaz tu ada banyak bini macam nabi muhammad, maka terpaling alimlah beliau sis. Kau tak belajar kat sekolah ke sis?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.304890 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top