Nabila Huda rasa kecil hati apabila mendapat tahu bahawa orang disekeliling mempunyai sifat hasad dengki terhadap dirinya. "Semalam, ada berita yang buat saya kecil hati. Some people around this EO thingy, never ending story punya hasad dengki. You talk shit behind my back. Talking about the company di seberang, menfitnah untuk tabur pasir dalam periuk nasi sahabat sendiri..Terima kasih," tulisnya di Twitter.
"Saya memaafkan kamu. Memaafkan lebih baik dari membalas. Inilah masalah bila kita terlalu baik, terlalu humble, terlalu senyum, dalam kita tak sedar, sahabat sendiri boleh iri hati dengan kita. Sahabat sendiri boleh menganiaya kita. Kita ni nak cerita pasal bangsa lain itu ini, agama lain itu ini. "Tapi depan mata, melayu sendiri nak jatuhkan melayu. Melayu sendiri yang dengki dengan sesama sendiri. Tak pernah nak berdamai. Ada je iri hati. Bila nak habis pun tak tahu lah. Tapi yang bagusnya orang-orang yang selalu dianiaya ni, dia tak perlu cari. Berita itu yang datang dengan sendiri di telinga tak kira lah berapa jauh pun. Tetap akan sampai."
Katanya dia boleh sahaja bercerita mengenai keburukan dan kelemahan sesiapa dengan niat untuk menjatuhkan tapi tak tergamak untuk melakukan hal tersebut dan tidak mahu menambah musuh. "Nak membenci sesama sendiri? Ishh, useless nya hidup kalau ada perasaan dekat atas ni. Sampai mati pun hidup tak dapat berkat."
|
MisXoXo replied at 16-3-2023 04:05 AM
Dia ni semua org lain salah..kena covid org lain salah..eh terpaling minah ni..aku lama dh menyampah ...
kikilalapooh replied at 16-3-2023 04:21 AM
pernah terserempak and satu lift dengan nabila. terus ekkkk lepastu. tah rasa mcm bila jumpa dia in ...
ADVERTISEMENT