CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Sorry To Say, Skrip Masih Sama' - Fazura Banyak Tolak Tawaran Sebab Kecewa

15-3-2023 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11338| Komen: 106

Description: Ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Begitulah situasi drama dan filem tempatan hari ini yang dikata stereotaip biarpun sudah acap kali ditegur.Bukan tidak ada naskhah yang bersifat luar ko ...
Ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Begitulah situasi drama dan filem tempatan hari ini yang dikata stereotaip biarpun sudah acap kali ditegur.

Bukan tidak ada naskhah yang bersifat luar kotak atau luar zon selesa, tetapi masih terlalu kurang dan tenggelam dengan lambakan drama atau filem tangkap muat dengan jalan cerita yang serupa. Keadaan ini tidak sihat untuk industri drama dan perfileman.



IG

Malah, Fazura yang sebelum ini pernah menyebut hal serupa sekali lagi tampil mengulas berhubung lambakan drama stereotaip yang ditayangkan stesen televisyen (TV) tempatan.

“Sedih. Industri kita menghasilkan terlalu banyak naskhah dengan jalan cerita dan skrip yang berulang. 

“Saya tak tahu bila keadaan ini nak berubah. Macam mana kita nak kembangkan minda penonton kalau yang disajikan kandungan sama, berulang kali.


“Sorry to say, itulah kebenarannya. Saya harap lebih ramai penerbit yang berani untuk keluar zon selesa, buat cerita berbeza untuk kembangkan minda penonton. Alihkan stigma dan tukar baharu,” luahnya.

Disebabkan masalah yang tidak selesai itulah Fazura menjadi lebih selektif dan jarang muncul dalam drama dan filem tempatan.


IG

“Terus terang memang saya banyak terima tawaran berlakon, tetapi banyak juga yang terpaksa saya tolak kerana skrip yang sama. 

“Keadaan ini sangat mengecewakan. Sebab itu anda melihat saya jarang berlakon pada masa sekarang,” jelasnya.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fizamn 15-3-2023 05:12 PM
Of koz la same.. dah mostly adaptasi novel.. haiyoo...mcm drama hang dgn laki hang.. skan andai itu takdirnya..
Quote intan244 18-3-2023 03:52 PM
elok la tu dah buat produksi sendiri. sendiri buat skrip, sendiri direct, sendiri belakon. puas hati. boleh la kita tgk taste fazura mcm mana.
Quote shernazz 18-3-2023 04:00 PM
Mmg la yang sama
Dah TU yang ramai dok layan
Yang kata tak suka pung terlayan juga
Quote Nurul_007 18-3-2023 04:29 PM
Edited by Nurul_007 at 18-3-2023 04:30 PM

Kena tgk iv faz kena tnya soalan mcm ni klu tk ada selalu misti reputz putar belit  tk pn tolak tambah .cara susunan ayat bila baca  pn mcm bkn cara faz ckp.tergantung pn ada
Quote Perawankota 18-3-2023 06:26 PM
Fuzzy kan suka skrip2 yg ada women empowerment..

Tapi masa 1st filem dia berlakon masa umur 16 tu, Bicara Cinta ke Bicara Hati tu, kayu abis, tapi blh menang Pelakon Harapan FFM.. Aku kecik2 selalu rasa FFM tu award yg ber prestij.. Tapi lama2 mcm sama je dgn award2 lain.. L.surikayu pon blh menang.. Acaner tu.

Yang drama series dia berlakon kt tv3 petang2 dulu, Ezora ke apa tah, tu pon cerita hauk jugak.

Tapi filem2 dia berlakon under Redfilm semua best2..
Quote Peachlilac 18-3-2023 08:52 PM
Perawankota replied at 18-3-2023 06:26 PM
Fuzzy kan suka skrip2 yg ada women empowerment..

Tapi masa 1st filem dia berlakon masa umur 16 tu,  ...

Exora tu adaptation telenovela sepanyol if I remember correctly. Tu yg hauk tu.hahahahaha.
Quote lazim 18-3-2023 09:42 PM
Ada ka drama dia yg memorable .. aku igt kisah bergaduh ketuk kasut kt kpla org je
Quote samshik 18-3-2023 11:38 PM
Chu olls blakon pun tarap watak gol n gincu jah khen???
Quote afidahoney27 19-3-2023 12:35 AM
Fazura memang layak demand ponnn
Quote tobobon 19-3-2023 12:44 AM
okla..sheols pun x mengharap sangat berlakon..bisnes lain kencang untung juta2 kan...

duit banyak x berlakon pun takpe...cuba kalau sheols makwan....terima jer drama apa pun walaupun watak sheols sama jer..either orang gaji, mak2 kampung...
Quote Suchi 19-3-2023 11:07 AM
Cerita melayu kat tv3
- mak mertua jahat
- laki jahat
- menantu kena dera ngn mertua dan laki jahat
-  pompuan meskin kawen anak org kaya megah holding secara paksa
Quote adelea 19-3-2023 06:40 PM
Kadang2 kita yg penonton klu tgk drama cam dah boleh baca watak pelakon tu cemana….

Pengarah, penerbit, penulis skrip semua jenis stereotype ..
asal watak gilaa kasi si polann
Asal watak anak ongkaye kasik si polann
Asal watak cacart kasik si polann…

Artis skrg bukan macam artis dulu
Diorg x sekadar demand “payment”

Tapi demand watak/character …
Basically the talent dah move on and getting more matured in selecting the characters

Tapi industri kita penawaran still cam tu jugakk
X matured … and still dok kat takuk lama ..
sampai bila laa nak buat movie translate dr novel macam siti rosmizah tu ? Or syam nurezmil ??

Even imaginur tu pon , concept dia lebih kurang sama (timeloop) dgn filem sabar ! Ini ujian.. …antara filem terbaik tahun 2021 … mutu gmbr diorg pon lain …
Korang jgn banding dgn sinetron diorg …

Sebernarnya yg kena 10 step ahead is the production house it self…. the talent will follow and fit the needs of the industries …
Talent ada banyak tapi regretfully … offer job sekadar tangkap muat …
Quote krimkraker 19-3-2023 08:42 PM
Rindu nak tengok faz dalam rendang utk mertua...hanat betol mak mertua n kakak ipar menganiaya faz..siap bagi minum air suh gugur kandungan....
Quote nordin84 19-3-2023 08:54 PM
hmmm, membongak ea.. heshe pun byk watak stereotype.. tu jumpa laki hang tu adaptasi novel jgk.. soooo stereotype.. variasi lg watak yana samsudin yg da sejuk beku tu bwk dr hang
Quote nordin84 19-3-2023 08:55 PM
lazim replied at 18-3-2023 09:42 PM
Ada ka drama dia yg memorable .. aku igt kisah bergaduh ketuk kasut kt kpla org je

kannn semua watak pompuan gediks ea.. adoi, kalau drama elok la pasah sandha walaupun berlakon bertimba air mata
Quote dudaberhias 19-3-2023 08:58 PM
Suchi replied at 19-3-2023 11:07 AM
Cerita melayu kat tv3
- mak mertua jahat
- laki jahat

- hero kertu, heroin muda (macam bapak dan anak)
- hero kelindan lori, heroin pembantu kedai runcit
- hero ada dua isteri, bila dah kahwin cikki baru, tup tup isteri lama muncul balik.
- rumah typical Interior Decor homestay dan airbnb
- dalam bilik tika malam jumaat pun pakai tudung
- tido pun pakai mekap, tapi pelakon tetap kepam.
Quote Realpeople17 19-3-2023 09:16 PM
nordin84 replied at 19-3-2023 08:55 PM
kannn semua watak pompuan gediks ea.. adoi, kalau drama elok la pasah sandha walaupun berlakon ber ...

Fasha brlakon bagus. Tp tak versatile sgt pun. Bukan smua watak dia bleh buat terutama komedi. Penah tgk dia buat drama komedi tersiksa tgk dia nak cuba jd kelakar. Faz mcm mne pun watak dia pisau cukur, gol gincu and manisnya cinta tu ikonik. Tetap org sebut smpai skang. Memorable la gak wpun gedik2. Takleh bayang fasha bwk watak intan mastura dlm pisau cukur tu. Fasha watak air mata bagi kat dia tp bila menangis asik meraung je. While faz dlm movie langit cinta nangis smooth je berjurai air mata wpun takde meraung bagai. So ada org suka jenis lakonan gitu ada yg suka gini. Taste masing2.
Quote Nurul_007 19-3-2023 09:31 PM
nordin84 replied at 19-3-2023 08:55 PM
kannn semua watak pompuan gediks ea.. adoi, kalau drama elok la pasah sandha walaupun berlakon ber ...

Hello tu lh you tk pnh tgk dia blakon lain tp sebok nk komen .faz pnh kena bwa watak didera mertua,watak fighter nk kena rogol watak,berhujah dgn penungang agama pn pnh dgn guna bahasa Arab lancar lgi .Pasah blakon pn bgus masing2 ada cara sndiri.meols pn dh bosan tgk pasha blakon smua sma je tp ada yg memorable ke?
Quote missHaidiD 19-3-2023 09:41 PM
Faz cntik pasah pun cntik

Sukati la dia nk demand watak. Kang dia bawa watak yg dulu pernah bawa korang jgk memekak ckp sama je watak dia. Dia nk demand pun salah jgk.. Aiyooooo acik porumm dah serupa acik pesbuk

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.065640 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top