CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Rafasya Terpaksa Pakai Lampin Pakai Buang Ekoran Kemalangan Di Lokasi Penggambaran

15-3-2023 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12263| Komen: 84

Insiden di lokasi penggambaran drama Jaga Aku Selamanya di Beranang, Selangor, hujung bulan lalu membuat pelakon cilik terpaksa memakai lampin pakai buang.

Kemalangan berpunca apabila kerusi Puteri Rafasya, 12, ditarik akibat perbuatan seorang kanak-kanak yang tidak sepatutnya berada di lokasi penggambaran dengan niat untuk bergurau.



IG

Badan Puteri menghempap kaki besi tripod menyebabkan tulang pinggulnya retak dan kini tidak mampu duduk serta berjalan tanpa bantuan keluarga akibat tulang pinggul retak. 

Keadaannya bertambah serius sehingga terpaksa dimasukkan ke wad pediatrik Hospital Tunku Azizah (HTA), di sini, dan kini mengalami masalah saraf.

Ibunya, Fatin Aliza Salmi, 33, berkata, anaknya terlebih dahulu dikejarkan dengan ambulans dan ditempatkan di zon kuning Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 3 pagi selepas mengalami kebas kaki dan air kencing yang keluar secara tidak sedar.




"Sekarang, Puteri ada masalah dengan pundi kencing dan kakinya kebas. Bila kaki kebas memang situasi agak merisaukan sebenarnya. Puteri perlu dikejarkan ke zon kuning pada awalnya. 

"Ia juga berkait rapat dengan saraf. Selepas pemeriksaan, Puteri akhirnya perlu ditahan di wad pediatrik HTA sehingga keadaannya beransur pulih.

"Keadaan Puteri agak teruk juga sebab masih perlu memakai lampin pakai buang," katanya. 

Perkara yang membelenggu Fatin Aliza ialah sikap lepas tangan pihak berkenaan berhubung kemalangan itu.

"Kalau diikutkan laporan perubatan, Puteri dianggarkan sudah boleh berjalan ketika ini. Tapi, jangankan berjalan, berdiri pun Puteri tidak boleh.

"Jadi, bila keadaan dilihat semakin memburuk, saya rasa sangat tertekan dan kecewa. Sehingga hari ini, kami masih tidak menerima sebarang bantuan atau kata putus daripada pihak terbabit. Saya tertanya-tanya adakah mereka perlu lepas tangan seperti ini," katanya. 



Menurutnya, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) ada menghubunginya untuk mengadakan pertemuan bersama pihak produksi dan keluarga pelaku bagi membincangkan mengenai perkara ini. 

Dia juga sedang melihat perkembangan lanjut dan sekiranya masih tiada tindakan susulan, dia akan melancarkan tabung bantuan bagi memudahkan urusan perubatan anaknya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 15-3-2023 12:35 PM
Baru korang buka tered.

Kesian budak ni.
Quote dua_chzy 15-3-2023 12:36 PM
Lebih kepada, akibat perbuatan khianat.

Bukan kemalangan.
Quote dua_chzy 15-3-2023 12:37 PM
Sapa sebenarnya budak hanat penyebab anak ni jadi begini? Kenapa keluarganya tak minta maaf?
Quote kucingitam 15-3-2023 12:37 PM
kesiannya...mana budak yang tarik kerusi dia tu nak tgk sikit muka dia..
Quote lilacomot 15-3-2023 12:43 PM
anak sapa yg jahat tu...
Quote virgo19 15-3-2023 12:43 PM
Memang bahaya gurau tarik2 kerusi ni, dulu ada satu kes kat sekolah menengah, mcm ni la, kawan gurau tarik kerusi, budak tu jatuh terduduk terus terdiam, tak boleh bergerak dan bercakap. Rupanya lumpuh seluruh badan.
Quote dudaberhias 15-3-2023 12:46 PM
kesiannyaa... budak beruk makyeh mana yang pedajal sheols ni???

elok sumbat je budak tu ke dalam rumah si bainun tu biar dia siram kau pakai air coway panas... kecik2 dah belajar pedajal orang...
Quote awex^returns 15-3-2023 12:49 PM
hanatnya perangai main gurau tarik² kerusi, mohon keluarga saman budak tu
Quote babelina 15-3-2023 12:54 PM
Allahuakhbar.. hrp2 dpt la pengadilan bagi pelakon nie.. moga bertambah baik.. moga mendapat kesembuhan dgn cepat.. amin yra..
Quote 3chanceno 15-3-2023 12:59 PM
Kesiannya budak nie  budak nakal tu anak crew ke yang ada kat tempat tu?
Quote Madel 15-3-2023 01:00 PM
Kes2 mcm gini kemana kah Seniman?
Terlepas pandang or tunggu viral baru nak bertindak.
Budak bawah umur , baru 12 tahun banyak pihak yg kena bertjawab selain dari ibu bapa.


Quote kucingitam 15-3-2023 01:08 PM
Madel replied at 15-3-2023 01:00 PM
Kes2 mcm gini kemana kah Seniman?
Terlepas pandang or tunggu viral baru nak bertindak.
Budak bawah u ...

ada tu mak dia dh bgtau seniman ada hubingi dia..
Quote GegarVaganja 15-3-2023 01:09 PM
Harap budak yang bergurau tu bakalan lumpuh

Quote Madel 15-3-2023 01:35 PM
kucingitam replied at 15-3-2023 05:08 AM
ada tu mak dia dh bgtau seniman ada hubingi dia..

Bagus la kalau mcm gitu
sebab budak ni dibawh umur.,produksi boleh didenda sbb gajikan budak bawa umur
harap2 ada insurans juga, kalau tak jenuh juga tu nak bayar kos rawatan.
Quote putu 15-3-2023 01:37 PM
Kesiannya. Ada harapan utk sembuh ka? Muda lagi bdk ni
Quote talapia 15-3-2023 01:44 PM
taktau pon kes ni? Kesiannya.. mudah2an bole kembali sihat seperti sediakala..
gurauan yg membawa padah. Eeee geram betul sape yg buat tu? Kalau accident jatuh time pengambaran ke.. bole la terima jugak.. ni pedajal tarik kerusi.. kurang ajar sungguh anak sape tu?
Quote Wek_omeh2 15-3-2023 01:51 PM
Tak kenal pelakon cilik ni,tapi apa pun semoga cepat sembuh dikk.

Memang sejenis budak tak di ajar kah yg menarik.kerusi ittew,ada buat permohonan maaf tak family pelaku tersebut.
Quote SherryZass 15-3-2023 01:54 PM
Ada harapan untuk sembuh ke macam ni? Semogalah ada sinar harapan utk adik ini sembuh. Kesian. Mana budak hanat yg bergurau, mohon mak bapak mangsa ni gi tuntut kat budak & parent dia kos perubatan utk mangsa

Quote pembacagosip 15-3-2023 01:54 PM
kesiannya adik ni
moga cepat sembuh dik
luluh hati mak dia, moga baik2 sahaja semuanya

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.074093 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top