CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ingatkan Kurus Sebab Tak Cukup Makan Di Penjara- Yasin Sulaiman Menderita Tiriod, Berat Badan Tinggal 48kg

15-3-2023 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4158| Komen: 28

Description: Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman memaklumkan dirinya kini menderita menghidap tiriod sejak lima bulan lalu.
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman memaklumkan dirinya kini menderita menghidap tiriod sejak lima bulan lalu.

Menurut Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, berkata dia menghidap penyakit tiroid sejak November lalu.


“Syukur apabila pihak penjara menyediakan ubat untuk merawat penyakit saya,” katanya ringkas.



Foto: kosmo

Pada masa sama, penyanyi itu turut memaklumkan berat badannya kini turun 18 kilogram (kg) kepada 48kg sejak berada di dalam penjara.

Ujar Yasin meskipun keadaan fizikalnya begitu, dia tidak mahu ada orang beranggapan pihak penjara tidak memberinya makan yang cukup.

“Dipenjara makanan cukup…melimpah ruah di sana juga banduan-banduan gemuk pun ramai (berseloroh) jadi tiada isu kata saya tidak cukup makan…cuma badan saya sahaja tidak gemuk,” katanya lagi.

Terdahulu dalam prosiding hari ini, Yasin gagal lagi dalam permohonan representasi ketiganya di Mahkamah Sesyen di sini untuk mengkaji tiga pertuduhan dadah yang dihadapi.


Ini berikutan Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak permohonan yang dikemukakan Yasin berhubung ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Semasa prosiding, peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Yasin memaklumkan jawapan mengenai keputusan representasi ketiga itu diterima pada Isnin lalu.

“Pihak kami telah terima jawapan berhubung representasi ketiga itu pada 13 Mac (Isnin) dan reprsentasi itu telah ditolak. Justeru pihak kami akan mengemukakan representasi keempat dalam masa terdekat dan memohon tarikh perbicaraan pada hari ini dan esok dilapangkan dan saya difahamkan pihak pendakwaan tiada bantahan,” kata peguam itu.

Sementara itu, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Asnawi Abu Hanipah mengesahkan perkara itu dan tidak membantah untuk perbicaraan hari ini dan esok dilapangkan.

Justeru Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad kemudian menetapkan 31 Mei, 1 dan 2 Jun ini untuk sambung perbicaraan selain pihak-pihak perlu memaklumkan kepada mahkamah mengenai status representasi itu.

Dijangka 10 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan.

Dalam representasi tersebut, antaranya melibatkan dokumen-dokumen perubatan yang agak komprehensif bagi menyokong permohonan agar pertuduhan terhadapnya dikaji.

Selain itu representasi itu turut mengandungi rawatan yang diperlukannya, alasan kemanusiaan, rayuan melibatkan keluarga dan keadaan terkini Yasin.

Mengikut pertuduhan baharu itu, Yasin didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondomonium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).

Bagi kesalahan itu, Yasin yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama.

Sementara itu bagi satu lagi pertuduhan, Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan.

Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 15-3-2023 12:35 PM
Sayanggg nya dengan bakat yg dia ada, tapi tergelincir sikit je habis segalanya.
Quote dudaberhias 15-3-2023 12:36 PM
kurus betul heols dan nampak kertu betul... macam yassin senario pun ada...
Quote hokeypokey 15-3-2023 12:38 PM
cengkungnya yasin.. nampak menderita btul.. nape la ko tanam 17 pokok tu kt malaysia??? ko patut pindah canada ke, netherland ke, canberra ke.. plg dekat thailand jer pun..
Quote taji2906 15-3-2023 12:45 PM
kurus sakit macam ni pun 48kg
yg sorang acah2 kolea tu kata berat dia 3 kampit beras je..
Quote 3chanceno 15-3-2023 12:54 PM
taji2906 replied at 15-3-2023 12:45 PM
kurus sakit macam ni pun 48kg
yg sorang acah2 kolea tu kata berat dia 3 kampit beras je..

Syukurlah yassin dapat rawatan di balik tirai besi...mudah-mudahan sembuh...

Yang satu lagik tu meols tak faham, berat cuma 3 kampit beras tapi masih elok ke sana sini  kalo betul berat tu cuma gitu, dah tentu sakit pasal malnourishnent & dah tak daya nak ke sana sini
Quote fealefea 15-3-2023 12:56 PM
sebenarnya penjaralah ubat terbaik heols. terus hidup tanpa ganja kan. bole pon..
Quote MikeSin 15-3-2023 12:59 PM
kes yanh ada kaitan VVIP yang tanam berlambak boleh lepas dengan alasan perubatan?
Quote arasham 15-3-2023 01:00 PM
3chanceno replied at 15-3-2023 12:54 PM
Syukurlah yassin dapat rawatan di balik tirai besi...mudah-mudahan sembuh...

Yang satu lagik tu m ...

Jika betul dia kena hyperthyroidism, makan banyak, berat badan tak naik sbb metabolism pun sgt2 tinggi. Mmg kuruslah. Dulu my doc ada cerita patient dia mati2 ckp kena buatan org atau saka sbb makan banyak badan tak naik, makin kurus, doc ckp buat ujian darah. Betul hyperthyroidism.
Quote epal_putih 15-3-2023 01:00 PM
rupe herlok
bakat ada
ending gini pulak dah
Quote namieamuro 15-3-2023 01:05 PM
kurus btl. mujur die justify knp die kurus sblm netizen start enjin mencerca staff kt penjara.
Quote 3chanceno 15-3-2023 01:07 PM
arasham replied at 15-3-2023 01:00 PM
Jika betul dia kena hyperthyroidism, makan banyak, berat badan tak naik sbb metabolism pun sgt2 ti ...

Benar tu...ada pesakit thyroid bertambah berat badan pulak..so kena chek doc nak pastikan sakit apa, jadi mudah dapat rawatan yg sesuai... ada keadaan pesakit thyroid nie boleh jadi life threatening...apa2 pun semuga Yassin dapat rawatan yg sesuai..
Quote hyie 15-3-2023 01:09 PM
so kalau buang loceng tinggal berapa kilo? tiberr iols baru je ni tertengok berita heols kat awani, naampak kurus sangat, kesian heshe. Semoga heshe cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.
Quote 3chanceno 15-3-2023 01:09 PM
namieamuro replied at 15-3-2023 01:05 PM
kurus btl. mujur die justify knp die kurus sblm netizen start enjin mencerca staff kt penjara.

Nie meols setuju, dia terangkan keadaan dirinya sebelum macam2 spekulasi & tuduhan dibuat ke atas staff penjara....
Quote mamajawie 15-3-2023 03:24 PM
taji2906 replied at 15-3-2023 12:45 PM
kurus sakit macam ni pun 48kg
yg sorang acah2 kolea tu kata berat dia 3 kampit beras je..

3 kampit hat 50kg pakai guni tu yachhh..
Quote shernazz 15-3-2023 03:30 PM
arasham replied at 15-3-2023 01:00 PM
Jika betul dia kena hyperthyroidism, makan banyak, berat badan tak naik sbb metabolism pun sgt2 ti ...

Yezza..
Dolu iols hyperthyroid
Rasa.panas baran..kurus je makan banyak mana pung
Tapi iols cover dgn pakai baju saiz L
Lepas operate..terus mencanak naik badan iols..
Huwaaa
Quote Fazsemput 15-3-2023 03:33 PM
Dulu tgk vid ameng.. die naik bdan dalam penjara kan..sbb mknn sedap..berkhasiat katanye..

Ckp pasal hyperthyroidism.. anak sedara sis pun ada..masa mmbesar..bdn dir mmg berisi.. masuk asrama..masuk thun kedua die statt kurus.. selalu zone out..alsan maknn asrama x sedp.. ingtkan dak2 millenium mmg mcm tu.. skli..die emam pengsan siap pakej pengsan...kene ambik air tulng belakng nk diagnosis penyakit.... bru tau ada penyakit tu.  
Quote slyfynx 15-3-2023 03:41 PM
Jap, TT ni nak cakap tiroid ke tiriod ke hape ni?
Kome proofread x sblm post ape2?
Quote Ahriman 15-3-2023 03:44 PM
Aku hyperthyroidism jugak..dulu kurus skang on ubat thyroid terus gemuk selera makan pon bertambah...keluarga aku banyak la jugak kene penyakit ni..nenek cousin kakak aku pon kene jugak jadi bile dh kene kite takde la nak ckp kene buatan orng ke ape..
Quote rayna_raynes 15-3-2023 03:51 PM
taji2906 replied at 15-3-2023 12:45 PM
kurus sakit macam ni pun 48kg
yg sorang acah2 kolea tu kata berat dia 3 kampit beras je..

bergurau pun terus orang ingat betul. Memanglah netizen malaysia ni ramai yang lurus bendul

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.229720 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top