CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sampai Bila Lebuhraya Seremban-Port Dickson Nak Bergelap?

15-3-2023 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2928| Komen: 17

Bukan isu baharu, namun Lebuhraya Seremban-Port Dickson yang gelap tanpa lampu di sepanjang jalan masih belum diselesaikan.

Malah, Utusan Malaysia pernah melaporkan orang ramai yang merungut berhubung hal itu sebelum ini sudah mendesak pihak bertanggungjawab menyelesaikan segera masalah berkenaan.



SEKUMPULAN penunggang motosikal memberikan isyarat lampu amaran selepas seorang rakan mereka terjatuh daripada motosikal dalam kejadian kemalangan di Lebuhraya Seremban-Port Dickson berhampiran susur keluar ke Bandar Springhill, Port Dickson, awal pagi semalam. - FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

Menurut mereka, keperluan pemasangan lampu jalan bagi menambah pencahayaan di situ penting bagi mengelak kejadian termasuk kemalangan yang boleh meragut nyawa.

Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun juga pernah memberikan respon dan telah memohon pertimbangan pihak PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) bagi memasang lampu jalan di sepanjang lebuh raya itu bagi mengelakkan kejadian kemalangan yang dilihat kerap berlaku di situ. 



Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 15-3-2023 02:33 PM
Hmmmmmmmmm
Quote Simunggu 15-3-2023 02:36 PM
hahahaha...di KK jalanraya gelap biasaaaa....sana sini gelap..kau pg sanaaa kinarut...baru 15km dari KK
Quote venom1 15-3-2023 02:40 PM
highway ni kan yang ada eksiden putus kepala tu
Quote white_musk 15-3-2023 02:40 PM
Bukit baruntong ke ipoh pun gelap juga.. kecuali kawasan susur keluar sahaja
Quote rikiruj 15-3-2023 02:43 PM
Hiway ni kusam kot.. income tak cukup nak buat penambahbaikan & gomen tak bagi increase tol atau extend time.  Tapi lekas ok je walaupun agak kurang kete.
Quote SWORKS27 15-3-2023 02:47 PM
elok la tu...x payah bawak laju2..pastikan lampu kereta terang....
Quote cmf_PariS 15-3-2023 02:48 PM
peh seram pula ek mlm2 gini.. tiba 2lembu depan mata ke
Quote rogayahtop 15-3-2023 02:49 PM
Malap seumpama PD pusat rekreasi utama B40 kena bayar rm50 sewa khemah, RM5 bentang tikar dan RM20 nasi lemak bini askoke bukak gerai tepi jalan  
Quote dekmieDandy 15-3-2023 03:53 PM
highway mrr2 yang kat KL ni pun bergelap, dah berapa tahun dah

idoknye diorang nak repair wiring tu
Quote lurve82 15-3-2023 04:18 PM
iols mmg lalu highway ni pegi balik keje...elakkan balik waktu mlm...tp iols mmg penah la balik mlm2...pasg surah ke la kuat2 dlm kete tu...dgn gelap nak mamp...
Quote Lagubestbest 15-3-2023 05:08 PM
seremban KL ada tak sejam? lupa, lama dah tak g.
Quote stingerbumpy 15-3-2023 05:19 PM
Lagubestbest replied at 15-3-2023 05:08 PM
seremban KL ada tak sejam? lupa, lama dah tak g.

Tengok ko jln kaki keww naik keta...
Quote AbukRokok 15-3-2023 06:25 PM
rikiruj replied at 15-3-2023 02:43 PM
Hiway ni kusam kot.. income tak cukup nak buat penambahbaikan & gomen tak bagi increase tol atau ext ...

Mau xkusam org dah boikot pg teluk khemah dan pantai tikar
Quote kasibiman 15-3-2023 08:19 PM
Kete kau takde lampu ke

Bahlul
Quote Erotika 15-3-2023 09:20 PM
gelap tak pe jgn angker dahhhh
Quote akies 15-3-2023 11:24 PM
Kalau area tu selalu berlaku kemalangan maut..eloklah ada lampu.
Jalan tu iols rela lagi nak lalu malam-malam dari ikut jalan bawah masuk Rantau atau dari Rembau.
Quote hmmlantakko 16-3-2023 12:25 AM
ni mesti bukan negeri ph kan. sbb negeri ph semua lengkap teratur dan jaga kebajikan rakyotttt……

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.038273 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top