Bukan isu baharu, namun Lebuhraya Seremban-Port Dickson yang gelap tanpa lampu di sepanjang jalan masih belum diselesaikan.
Malah, Utusan Malaysia pernah melaporkan orang ramai yang merungut berhubung hal itu sebelum ini sudah mendesak pihak bertanggungjawab menyelesaikan segera masalah berkenaan.
 SEKUMPULAN penunggang motosikal memberikan isyarat lampu amaran selepas seorang rakan mereka terjatuh daripada motosikal dalam kejadian kemalangan di Lebuhraya Seremban-Port Dickson berhampiran susur keluar ke Bandar Springhill, Port Dickson, awal pagi semalam. - FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Menurut mereka, keperluan pemasangan lampu jalan bagi menambah pencahayaan di situ penting bagi mengelak kejadian termasuk kemalangan yang boleh meragut nyawa.
Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun juga pernah memberikan respon dan telah memohon pertimbangan pihak PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) bagi memasang lampu jalan di sepanjang lebuh raya itu bagi mengelakkan kejadian kemalangan yang dilihat kerap berlaku di situ.
Sumber: UTUSAN |