CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Remaja Perempuan Dibuang Dalam Semak Dipercayai Dibunuh Di Kampung Forest

15-3-2023 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14231| Komen: 11

Mayat remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui dalam kawasan semak dan berlumpur disyaki dibunuh di kawasan setinggan Kampung Forest, Sandakan.

BH Online melaporkan, mayat mangsa ditemui orang ramai kira-kira jam 10 pagi semalam sebelum laporan polis dibuat.



BH Online

Mengesahkan penemuan itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati mangsa mati dibunuh.

Mayat kemudian dibawa ke Bilik Mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

"Susulan itu, pada jam 12.30 tengah hari tadi polis menahan seorang lelaki warganegara asing berusia 22 tahun berhampiran lokasi kejadian.

"Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk membantu siasatan dengan menghubungi polis. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 14-3-2023 09:37 PM
Apasal org2 Sabah ni jahat2 je...hari tu budak umur 3 tahun mati kena bunuh...nak masuk thread tu pun aku x sanggup sb terkejut sedih sgt kejadian kat Malaysia
Quote CARI-MAL 15-3-2023 09:11 AM
Mayat remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui dalam kawasan semak dan berlumpur disyaki dibunuh di kawasan setinggan Kampung Forest, Sandakan.


BH Online melaporkan, mayat mangsa ditemui orang ramai kira-kira jam 10 pagi semalam sebelum laporan polis dibuat.




BH Online




Mengesahkan penemuan itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati mangsa mati dibunuh.


Mayat kemudian dibawa ke Bilik Mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.


"Susulan itu, pada jam 12.30 tengah hari tadi polis menahan seorang lelaki warganegara asing berusia 22 tahun berhampiran lokasi kejadian.


"Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam kenyataan semalam.


Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk membantu siasatan dengan menghubungi polis. - CARI
Quote hotmak 15-3-2023 09:18 AM
kesiannya, apalah motif kena bunuh tu, umur2 gitu masih sekolah lg patutnya
Quote Kurex 15-3-2023 09:21 AM
Tembak je la pati parashit terkutuk tu
Quote Raline 15-3-2023 09:27 AM
dah ada la awa...


[Tempatan] Mayat remaja disyaki dibunuh ditemukan di kawasan semak berlumpur
https://bm.cari.com.my/forum.php ... =5155469&extra=
Post time 14-3-2023 09:33 PM

Quote baby_isk 15-3-2023 09:31 AM
noor2 replied at 14-3-2023 09:37 PM
Apasal org2 Sabah ni jahat2 je...hari tu budak umur 3 tahun mati kena bunuh...nak masuk thread tu pu ...

kebanyakkan kawasan sana bukan original sabahan.. sana ramai PATI...
Quote hayrin86 15-3-2023 09:43 AM
Kes ini serupa dengan kes Along Spoon, Nurin Jazlin, Datuk Sosilawati Yahaya, Kevin Morais, Dirang, Shinzo Abe dan Abby Choi yang meninggal akibat perbuatan jenayah dilakukan pembunuh..
Quote vanillaninja 15-3-2023 09:45 AM
Kes cemburu ke ni. Macam tu je anak orang kena bunuh.
Quote ninja9 15-3-2023 09:47 AM
noor2 replied at 14-3-2023 09:37 PM
Apasal org2 Sabah ni jahat2 je...hari tu budak umur 3 tahun mati kena bunuh...nak masuk thread tu pu ...

projek ic mahatir dah memberikan hasil. kebanyakan kawasan pti dapat ic di pantai timur ni... bayangkan budaya perang selatan filipina dan perangai indo dibawa kekawasan ini...





Quote Babyarissa 15-3-2023 08:27 PM
Kg. Forest sandakan tu black area. Dah x heran benda ni tjadi lagi2 tu lubuk pendatang haram yg mengaku original sabahan. Takziah buat keluarga mngsa.
Quote CatMiow 15-3-2023 08:36 PM
Babyarissa replied at 15-3-2023 08:27 PM
Kg. Forest sandakan tu black area. Dah x heran benda ni tjadi lagi2 tu lubuk pendatang haram yg meng ...

Malaysia ni ramai betul peminat.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.099090 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top