View: 13783|Reply: 11
|
Mayat remaja disyaki dibunuh ditemukan di kawasan semak berlumpur
[Copy link]
|
|
Mayat remaja disyaki dibunuh ditemukan di kawasan semak berlumpur

MAYAT remaja perempuan yang di kawasan semak berlumpur di Kampung Forest, Sandakan, hari ini. FOTO tular
Sandakan: Remaja perempuan ditemui mati disyaki dibunuh di kawasan setinggan Kampung Forest, Sandakan, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mayat mangsa berusia 15 tahun ditemui orang ramai sebelum kejadian dilaporkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, sejurus menerima makluman sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.
Katanya, mayat remaja perempuan itu ditemui dalam kawasan semak dan berlumpur.
"Siasatan awal mendapati mangsa mati dibunuh dan mayat dibawa ke Bilik Mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.
"Susulan itu, seorang lelaki warga asing berusia 22 tahun ditahan berhampiran lokasi kejadian pada 12.30 tengah hari.
"Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Abdul Fuad berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... san-semak-berlumpur
|
|
|
|
|
|
|
|
Apasal org2 Sabah ni jahat2 je...hari tu budak umur 3 tahun mati kena bunuh...nak masuk thread tu pun aku x sanggup sb terkejut sedih sgt kejadian kat Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Mayat Remaja Perempuan Dibuang Dalam Semak Dipercayai Dibunuh Di Kampung Forest
Mayat remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui dalam kawasan semak dan berlumpur disyaki dibunuh di kawasan setinggan Kampung Forest, Sandakan.
BH Online melaporkan, mayat mangsa ditemui orang ramai kira-kira jam 10 pagi semalam sebelum laporan polis dibuat.
 BH Online
Mengesahkan penemuan itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati mangsa mati dibunuh.
Mayat kemudian dibawa ke Bilik Mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.
"Susulan itu, pada jam 12.30 tengah hari tadi polis menahan seorang lelaki warganegara asing berusia 22 tahun berhampiran lokasi kejadian.
"Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk membantu siasatan dengan menghubungi polis. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya, apalah motif kena bunuh tu, umur2 gitu masih sekolah lg patutnya |
|
|
|
|
|
|
|
Tembak je la pati parashit terkutuk tu |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakkan kawasan sana bukan original sabahan.. sana ramai PATI...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes ini serupa dengan kes Along Spoon, Nurin Jazlin, Datuk Sosilawati Yahaya, Kevin Morais, Dirang, Shinzo Abe dan Abby Choi yang meninggal akibat perbuatan jenayah dilakukan pembunuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes cemburu ke ni. Macam tu je anak orang kena bunuh. |
|
|
|
|
|
|
|
projek ic mahatir dah memberikan hasil. kebanyakan kawasan pti dapat ic di pantai timur ni... bayangkan budaya perang selatan filipina dan perangai indo dibawa kekawasan ini...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kg. Forest sandakan tu black area. Dah x heran benda ni tjadi lagi2 tu lubuk pendatang haram yg mengaku original sabahan. Takziah buat keluarga mngsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Babyarissa replied at 15-3-2023 08:27 PM
Kg. Forest sandakan tu black area. Dah x heran benda ni tjadi lagi2 tu lubuk pendatang haram yg meng ...
Malaysia ni ramai betul peminat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|