Sepasang kekasih muda ditemui tidak bernyawa dalam keadaan tergantung pada dahan pokok yang sama, yang kemudian dikebumikan bersama. Mayat Charlie Eccleston, 19, dan Zaiga Gravenieks, 20, ditemui oleh unit anjing pengesan polis di sebuah hutan di Shenley, Hertfordshire pada pagi 5 November 2017.
Dilaporkan, sebuah teksi telah menurunkan pasangan tersebut berhampiran hutan, demikian inkues mahkamah diberitahu. Pemeriksaan bedah siasat mendapati pasangan berkenaan meninggal dunia akibat asphyxia, manakala kesan kokain dan ganja turut dikesan berada di dalam badan mereka. Dalam satu kenyataan yang dibacakan kepada koroner Hertfordshire, Geoffrey Sullivan, ibu mendiang Charlie, Jo berkata: "Mereka hidup bersama, mati bersama dan atas permintaan mereka dikebumikan bersama." Jo berkata Charlie bergelut dengan kesihatan mental sejak berumur 12 tahun, dan menunjukkan tanda-tanda psikosis serta halusinasi yang menyuruhnya membunuh diri.
Sementara itu Zaiga, dari Harpenden, pula didiagnosis dengan anoreksia dan sindrom autism Asperger, kata ibunya, Ausma, dalam satu kenyataan. Profesor Hilary McCallion yang meneliti rawatan kesihatan mental pasangan berkenaan akan mengemukakan bukti pada esok. Inkues berterusan dan dijangka berlangsung selama tiga hari. -CARI Sumber: mStar/ Mirror
|
whimsicalmusic replied at 15-3-2023 01:03 AM
kes da lama ni? knape br skrg msuk news
liyamariska replied at 15-3-2023 02:16 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental....
Adrif replied at 15-3-2023 08:25 AM
dulu pun ramai juga. cuma tak tau. kurang pendedahan dan kesedaran tentang penyakit mental
jiran a ...
rosedemon replied at 15-3-2023 09:48 AM
nerakal ko sesia je
cattiecute replied at 15-3-2023 10:38 AM
macam mana yang chuols suspek dia autism tu
jadah dok lempang anak hari2.
bodoh betul la.
Adrif replied at 18-3-2023 07:47 AM
I suspek je. tapi wallahualam, maybe penyakit lain. yang pasti, dia tak berkelakuan macam kanak2 n ...
ADVERTISEMENT