View: 11017|Reply: 14
|
Pasangan Muda Bunuh Diri- Mayat Tergantung Pada Dahan Pokok, Minta Dikebumikan Bersama
[Copy link]
|
|
Sepasang kekasih muda ditemui tidak bernyawa dalam keadaan tergantung pada dahan pokok yang sama, yang kemudian dikebumikan bersama.
Mayat Charlie Eccleston, 19, dan Zaiga Gravenieks, 20, ditemui oleh unit anjing pengesan polis di sebuah hutan di Shenley, Hertfordshire pada pagi 5 November 2017.
Dilaporkan, sebuah teksi telah menurunkan pasangan tersebut berhampiran hutan, demikian inkues mahkamah diberitahu.
 Foto: Mirror
Pemeriksaan bedah siasat mendapati pasangan berkenaan meninggal dunia akibat asphyxia, manakala kesan kokain dan ganja turut dikesan berada di dalam badan mereka.
Dalam satu kenyataan yang dibacakan kepada koroner Hertfordshire, Geoffrey Sullivan, ibu mendiang Charlie, Jo berkata: "Mereka hidup bersama, mati bersama dan atas permintaan mereka dikebumikan bersama."
Jo berkata Charlie bergelut dengan kesihatan mental sejak berumur 12 tahun, dan menunjukkan tanda-tanda psikosis serta halusinasi yang menyuruhnya membunuh diri.
Sementara itu Zaiga, dari Harpenden, pula didiagnosis dengan anoreksia dan sindrom autism Asperger, kata ibunya, Ausma, dalam satu kenyataan.
Profesor Hilary McCallion yang meneliti rawatan kesihatan mental pasangan berkenaan akan mengemukakan bukti pada esok.
Inkues berterusan dan dijangka berlangsung selama tiga hari. -CARI
Sumber: mStar/ Mirror |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mati macam tu kenapa masih ada kes mahkamah inkues bagai? (serius tanya)
Adakah kerana nak tuntut insurance? |
|
|
|
|
|
|
|
kes da lama ni? knape br skrg msuk news |
|
|
|
|
|
|
|
Muda lagi kau dik.
Ikutkan sekarang umur 25 dan 26.
|
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental....  |
|
|
|
|
|
|
|
Dyorg bunuh diri ngan ambik dadah ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
whimsicalmusic replied at 15-3-2023 01:03 AM
kes da lama ni? knape br skrg msuk news
Sebab ada inquest kot. Utk dapatkan lebih perincian mengenai kes kematian yang lampau |
|
|
|
|
|
|
|
dulu pun ramai juga. cuma tak tau. kurang pendedahan dan kesedaran tentang penyakit mental
jiran aku dulu, anak dia aku suspek autism
tapi dia kata anak dia mengada-ngada. budak tu makan pelempang hari-hari
bapak dia kata, itu je ubat budak2 ni. abang kakak dia elok je dah besar jadi orang makan pelempang dia. tapi si adik, degil
kesian budak tu. ni aku dah pindah rumah, tak tau la apa jadi kat diorang
|
|
|
|
|
|
|
|
macam mana yang chuols suspek dia autism tu
jadah dok lempang anak hari2.
bodoh betul la.
|
|
|
|
|
|
|
|
ajet2 romeo & juliet ngat
neraka senyum sinis
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg dh confirm neraka sebab kafirun, cuma iolss nak tanya lah, mmg keluar islam ye kalo suicide ni sbb kawan iolls ada dua orang yg suicide x tau lah mentak ke atau apa, sorang kawan iolss tu lelaki hensem oiii suicide gantung diri sbb frust bercinta kecewa kena tinggal terus gantung diri, yg lagi sorang kawan iolss lelaki jugak dia bunuh isteri dan bapak mertua tahun 2013 last2 dia kill herself tembak kepala sampai masuk akhbar lah, iols tau dosa besar tp nak tanya diampun kan x
|
|
|
|
|
|
|
|
I suspek je. tapi wallahualam, maybe penyakit lain. yang pasti, dia tak berkelakuan macam kanak2 normal lain
sebab adik kawan aku, autism juga. kelakuan dia hampir sama. avoiding eye contact, nampak macam berangan, kurang sosial, tak bagi respons, etc
|
|
|
|
|
|
|
|
harap dorang p hospital la
jangan biarkan takut lagi melarat
baca chuols tulis tu pun memang pattern2 autism dah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|