CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Meninggal Dunia Bawa Janin Mati Dalam Perut Selama Sembilan Tahun

14-3-2023 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2408| Komen: 2

New York: Seorang wanita berusia 50 tahun yang meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan, dikesan mempunyai janin di dalam perutnya selama lebih sembilan tahun.

Wanita itu, seorang pelarian yang berasal dari Congo, melawat doktor di New York, Amerika Syarikat (AS), mengadu sakit perut, senak dan mengeluarkan sejenis bunyi selepas makan.


Imbasan kemudiannya menunjukkan dia mempunyai janin juga dikenali sebagai 'bayi batu' di dalam ususnya.


Foto: Agensi

Kewujudan janin itu menyebabkan dia mengalami halangan usus yang teruk dan seterusnya kekurangan zat makanan.

Janin itu dikaitkan dengan keguguran yang dialaminya sembilan tahun sebelum itu yang mungkin adalah anak kesembilan.

Pakar Perubatan di SUNY Upstate Medical University, Dr Waseem Sous yang melaporkan kes itu berkata, pesakit menolak rawatan kerana takut pembedahan dan memilih untuk pemantauan gejala.


"Malangnya, dia meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan yang teruk dalam konteks halangan usus yang berulang akibat lithopedion," katanya.

Kajian kes itu didedahkan laporan perubatan dalam jurnal BMC Women's Health, minggu ini.

Fenomena sangat jarang berlaku itu dikenali sebagai lithopedion, hanya direkodkan 290 kali dalam sejarah dengan kes pertama dikesan di Perancis pada 1582.

Ia berlaku apabila janin mula membesar di dalam perut dan bukannya di dalam rahim, menyebabkan ia berubah menjadi 'batu' sebaik saja proses kehamilan menjadi tidak berdaya maju, memampatkan organ utama dan menyekat penyerapan nutrien ibu.

Bagi kes wanita ini, kehadiran 'bayi batu' itu terus memampatkan ususnya hingga tersumbat yang mengakibatkan tubuhnya tidak lagi dapat menyerap nutrien penting sekali gus membawa kepada kelaparan.

Wanita itu dilaporkan ke klinik semasa kehamilannya yang kesembilan selepas menyedari bayinya tidak lagi bergerak, di mana doktor memberitahunya bayi itu tidak mempunyai degupan jantung.

Dua minggu selepas itu, wanita itu datang lagi ke klinik, namun dia didatangi orang luar yang menuduhnya melakukan 'kerja jahat' dan 'membunuh bayi'.

Dia kemudian menghabiskan sembilan tahun membawa janin mati di dalam dirinya dan tidak berhubung dengan doktor, sehingga menerima pemeriksaan kesihatan enam bulan sebelum ditempatkan semula ke AS.

Namun, dia menolak pembedahan kerana percaya apa yang berlaku ke atasnya kerana ilmu hitam yang didakwanya dilakukan ahli sihir di Tanzania.

Wanita itu meninggal dunia akibat keadaannya itu, 14 bulan selepas tiba di AS. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 14-3-2023 02:20 PM
wanita itu datang lagi ke klinik, namun dia didatangi orang luar yang menuduhnya melakukan 'kerja jahat' dan 'membunuh bayi'.



tu lah dgr lagi ckp acik2 bawang
done tuduh

Quote rosedemon 15-3-2023 09:43 AM
mendala xsdar cmni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.067971 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top