Hidup seorang pelajar berubah sekelip mata selepas dia disahkan menghidap kanser paru-paru pada awal Januari lalu. Menurut Abang Muhamad Haziman Abg Ali, 22, dia bagaikan jatuh terduduk ketika mmengetahuinya namun reda dengan segala ketentuan Allah buatnya.
"Saya masih sihat pada November tahun lepas. Kemudiannya saya alami demam dan sakit dada pada bulan Disember. Ketika itu saya disahkan menghidap pneumonia. "Doktor suspek saya ada kanser sebab x-tray nampak pelik. Saya berharap tiada, sebab usia pun masih muda. Tapi selepas jalankan biopsy dan CT Scan, saya dapat tahu kena kanser paru-paru pada awal Januari. "Masa tu rasa terduduk, gelap dunia. Tak sangka sebab saya baru berumur 22 tahun, saya pun tak merokok. Rasa hancur hidup saya," ujarnya kepada mStar. Menurut pelajar bidang perubatan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh itu, dia sudah melengkapkan dua kitaran kemoterapi dan akan meneruskan rawatan, termasuk kemungkinan untuk dibedah pada masa akan datang.
"Saya dah habis dua kitaran kemoterapi dan akan mulakan yang ketiga pada Selasa depan. Dah habis kemoterapi tu, dalam dua ke tiga hari saya memang tak larat... penat, sakit perut dan muntah-muntah. Tapi selepas tu saya okey dan jalani hidup seperti biasa. "Saya juga tidaklah sentiasa terperap di rumah. Saya akan keluar, main badminton dan sebagainya. Doktor pun sarankan saya banyak keluar buat aktiviti agar tidak stres. "Kes saya agak bahaya sebab terlalu dekat dengan jantung. Saya dah stage tiga. Buat masa sekarang, kena tengok dulu kemoterapi saya. "Selepas kemoterapi kali ketiga, doktor akan putuskan untuk bedah atau macam mana. Setakat ini belum pernah jalani pembedahan, sebab terlalu dekat dengan jantung," ujarnya lagi. Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, dia cukup terkesan apabila rutin hariannya sebagai mahasiswa tahun ketiga berubah sepenuhnya selepas didiagnos menghidap kanser. Di sebalik duka yang menyelubungi, Haziman tetap bersemangat untuk kembali ke kampus selepas sihat dan meneruskan perjuangannya untuk bergelar doktor. "Saya memang terus cuti selepas dapat tahu ada kanser. Doktor sarankan saya untuk cuti dulu. Sejujurnya rindu kampus. Paling rindu nak pergi kelas sama-sama dengan kawan. "Dah dua bulan saya cuti. Kat kampus ada kawan-kawan, duduk rumah sendirian. Saya memang berharap nak sembuh, nak habiskan apa yang saya dah mula, nak kerja dan jumpa kawan-kawan. "Saya bercita-cita nak jadi doktor. Selepas tengok sendiri ramai orang yang kena kanser, saya terinspirasi nak jadi pakar kanser, untuk bantu orang lain. "Untuk Ramadan dan raya kali ni, saya tidak teruja seperti tahun-tahun sebelumnya. Kalau ikutkan, masa raya tu mungkin ada kemoterapi lagi," ujarnya yang menetap di Tampin, Negeri Sembilan. Dalam pada itu, video dikongsi Haziman yang berkisar tentang perjalanannya sebagai pejuang kanser turut meraih perhatian ramai di aplikasi TikTok. Haziman berkata, dia terharu ada insan yang sudi mendoakan, sekali gus meniup semangat untuknya agar lebih tabah mendepani hari akan datang. "Saya kongsi di TikTok untuk simpan sebagai kenangan saja. Saya terharu ada orang yang doakan, saya rasa seolah-olah ada harapan. "Dalam ramai-ramai yang doakan kita, mungkin akan ada yang makbul. Selain itu, saya juga nak create awareness yang tak semestinya orang muda tak boleh sakit," ujarnya lagi.-CARI Sumber: mStar Online
|
namr replied at 14-3-2023 02:16 PM
masa membesar ayah,emak or abg etc smoking?aku pun membesar ayah kuat merokok harap2 paru2 sihat{:1_ ...
krustykrab replied at 14-3-2023 03:01 PM
Org kena kanser ni kalau tak buat rawatan...mmg terus mati ke caner?
ADVERTISEMENT