View: 6033|Reply: 66
|
Terduduk, Gelap Dunia Hidap Kanser Paru-Paru- Baru 21 Tahun, Tak Merokok, Tiba-Tiba Dah Stage 3"
[Copy link]
|
|
Hidup seorang pelajar berubah sekelip mata selepas dia disahkan menghidap kanser paru-paru pada awal Januari lalu.
Menurut Abang Muhamad Haziman Abg Ali, 22, dia bagaikan jatuh terduduk ketika mmengetahuinya namun reda dengan segala ketentuan Allah buatnya.
 Foto: mStar
"Saya masih sihat pada November tahun lepas. Kemudiannya saya alami demam dan sakit dada pada bulan Disember. Ketika itu saya disahkan menghidap pneumonia.
"Doktor suspek saya ada kanser sebab x-tray nampak pelik. Saya berharap tiada, sebab usia pun masih muda. Tapi selepas jalankan biopsy dan CT Scan, saya dapat tahu kena kanser paru-paru pada awal Januari.
"Masa tu rasa terduduk, gelap dunia. Tak sangka sebab saya baru berumur 22 tahun, saya pun tak merokok. Rasa hancur hidup saya," ujarnya kepada mStar.
Menurut pelajar bidang perubatan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh itu, dia sudah melengkapkan dua kitaran kemoterapi dan akan meneruskan rawatan, termasuk kemungkinan untuk dibedah pada masa akan datang.
"Saya dah habis dua kitaran kemoterapi dan akan mulakan yang ketiga pada Selasa depan. Dah habis kemoterapi tu, dalam dua ke tiga hari saya memang tak larat... penat, sakit perut dan muntah-muntah. Tapi selepas tu saya okey dan jalani hidup seperti biasa.
"Saya juga tidaklah sentiasa terperap di rumah. Saya akan keluar, main badminton dan sebagainya. Doktor pun sarankan saya banyak keluar buat aktiviti agar tidak stres.
"Kes saya agak bahaya sebab terlalu dekat dengan jantung. Saya dah stage tiga. Buat masa sekarang, kena tengok dulu kemoterapi saya.
"Selepas kemoterapi kali ketiga, doktor akan putuskan untuk bedah atau macam mana. Setakat ini belum pernah jalani pembedahan, sebab terlalu dekat dengan jantung," ujarnya lagi.
Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, dia cukup terkesan apabila rutin hariannya sebagai mahasiswa tahun ketiga berubah sepenuhnya selepas didiagnos menghidap kanser.
Di sebalik duka yang menyelubungi, Haziman tetap bersemangat untuk kembali ke kampus selepas sihat dan meneruskan perjuangannya untuk bergelar doktor.
"Saya memang terus cuti selepas dapat tahu ada kanser. Doktor sarankan saya untuk cuti dulu. Sejujurnya rindu kampus. Paling rindu nak pergi kelas sama-sama dengan kawan.
"Dah dua bulan saya cuti. Kat kampus ada kawan-kawan, duduk rumah sendirian. Saya memang berharap nak sembuh, nak habiskan apa yang saya dah mula, nak kerja dan jumpa kawan-kawan.
"Saya bercita-cita nak jadi doktor. Selepas tengok sendiri ramai orang yang kena kanser, saya terinspirasi nak jadi pakar kanser, untuk bantu orang lain.
"Untuk Ramadan dan raya kali ni, saya tidak teruja seperti tahun-tahun sebelumnya. Kalau ikutkan, masa raya tu mungkin ada kemoterapi lagi," ujarnya yang menetap di Tampin, Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, video dikongsi Haziman yang berkisar tentang perjalanannya sebagai pejuang kanser turut meraih perhatian ramai di aplikasi TikTok.
Haziman berkata, dia terharu ada insan yang sudi mendoakan, sekali gus meniup semangat untuknya agar lebih tabah mendepani hari akan datang.
"Saya kongsi di TikTok untuk simpan sebagai kenangan saja. Saya terharu ada orang yang doakan, saya rasa seolah-olah ada harapan.
"Dalam ramai-ramai yang doakan kita, mungkin akan ada yang makbul. Selain itu, saya juga nak create awareness yang tak semestinya orang muda tak boleh sakit," ujarnya lagi.-CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
InshaAllah sembuh selamat menjalani rawatan  |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 14-3-2023 03:08 PM
beksing?!
anak boss aku umur 23 tahun..
selepas 2 minggu boosted.. timbul bengkak..
doktot bgtau kanser |
|
|
|
|
|
|
|
Passive smoker kot..
Masa teman mak iols kat ikn tahun lepas..ada akak ni Dari rawang..every week ke ikn sebab ada 3 jenis kanser dalam badan dia..
Ulang alik yach...kesian dia...
Anak balik skola kalut dia pung balik juga petang sebab tengahari husband amekkan n masuk koje...
Moga adek ni cpt elok ya...belajar sungguh2 sampai jadi doctor |
|
|
|
|
|
|
|
inilah kesan vape dan rokok kpd org lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by noor2 at 14-3-2023 02:19 PM
anak2 aku mmg x merokok...dari kecik aku hidangkan anak2 aku gambar2 yg menakutkan akibat merokok...dan bg panduan ttg keburukan merokok |
|
|
|
|
|
|
|
masa membesar ayah,emak or abg etc smoking?aku pun membesar ayah kuat merokok harap2 paru2 sihat |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pulak budak ni....rasanya bukan kesan asap rokok je tapi pencemaran udara yg lain jugak kut... |
|
|
|
|
|
|
|
beksin jd kanser ke norkiah oii? pulookk 
huntongla anti beksin tak kena kanser gitu semoga hidup selama2nya mcm batu bata org dah kat syurga dok minum wain ramai2 anti beksin tetap mengadap forum cari menyebarkan khidmat nasihat percuma bahaya beksin |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian adik ni. Tu pasal perokok ckp dah hisap rokok berpuluh tahun elok je takde kena kanser mcm kat kotak rokok tu pun,takde pun sakit kena ulang-alik hospital. Elok sihat badan. Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
arwah cousin aku..dia dpt tau ada lung cancer lps rasa sakit dada
dia kata kena tu masa tgh sibuk2 jerebu
lps lung berjaya diclearkan dr cancer tu...dia sakit balik
rupanya cancer dh merebak ke otak
yg ni terus dia sakit teruk sampai meninggal |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh adik ni. Classmate saya umur awal 40an mati kanser paru2 stage 4. Memang tak merokok juga. Lepas dapat tau tu kejap je dah takde. Anak bongsu baru 2 tahun. Classmate sorang lagi kuat merokok sampai paru2 ada patches masa muda2 dulu. Sampai sekarang hidup lagi dan sihat. Susah nak kata. |
|
|
|
|
|
|
|
paru2 aku pun ada parut ni...masa doctor buat bronchscopy (betoi tak eja ni)
ambik sample alhamdulillah bkn cancer
tp still takut kalo batuk2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Vape ke.. biasa yg muda2 kne cancer or sakit jantung sbb vape.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 14-3-2023 03:01 PM
Ayah saya pun, saya kerap semput masa kecik, pastu doktor dapat tau ayah disekolahkan kuat2 kat situ jugak. thank you doc. Ayah I cerita la, I dah jadi sayur biru masa tu taktau apa2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Org kena kanser ni kalau tak buat rawatan...mmg terus mati ke caner? |
|
|
|
|
|
|
|
The risk of passive smokers getting lung kanker is as high as active smokers.... |
|
|
|
|
|
|
|
Atok saudara saya dia pun non-smoker, gaya hidup sihat.. Cuma dia dapat lung cancer dari environment kerja dia. Kerja dia banyak involve dengan chemical, so Dr cakap itu salah satu punca. Dan sebab tu jugak company dia tanggung sepenuhnya rawatan cancer dia termasuk operation, radioteraph & chemo di hospital swasta. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa arwah ibu saya kena kanser, Dr cakap terus terang yang rawatan ni cuma untuk meambatkan progress sel kanser dari merebak. Dan kalau sel kanser masih setempat (normally stage 1-2), Insyallah ada harapan untuk sel kanser musnah semua.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|