Ezzaty Abdullah menegaskan dia menolak poligami dan rela diceraikan daripada menjalani kehidupan bermadu. "Saya memang tolak poligami. Kalau cari nama saya, ada artikel tulis Ezzaty rela diceraikan daripada hidup bermadu. Itu memang betul. Artikel itu saya okay sebaba saya memang nak. Sebab saya nak orang tahu bahawa saya tolak sekeras-kerasnya poligami. Saya minta maaf. Saya tahu diri saya macam mana dan saya tak kuat.
"Saya tak kuat untuk terima. Saya rela bercerai kalau dia nak kahwin lain. Saya selalu cakap dekat dia, kalau awak ada orang lain bagitahu saya. Saya tak nak kacau, yang penting anak-anak dengan saya," katanya kepada Pa&Ma Dia juga pernah memberitahu suaminya agar berterus-terang sekiranya sudah mempunyai wanita lain.
|
ADVERTISEMENT