Sebuah video tular menyaksikan seorang lelaki dilihat terpaksa membuang rasa malu apabila melangkah masuk ke sebuah kedai untuk meminta makanan percuma. Pemilik restoran Ayam Gepuk Pak Agus di Bandar Kajang, Muhammad Shafiq Razak berkata, ketika kejadian dia berada di sebuah bengkel kereta berdekatan.
Namun pada petang kejadian 6 Mac lalu itu salah seorang stafnya memaklumkan tentang kehadiran lelaki tersebut dan selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia meminta pekerjanya yang bernama Tiara untuk memberi sedekah makanan serta minuman kepada individu berkenaan. Restoran itu beroperasi bermula pukul 11 pagi hingga 7.30 malam dan waktu kejadian itu berlaku hanyalah beberapa minit sebelum kedainya ditutup. "Staf call saya lebih kurang 6.25 petang dan beritahu ada orang datang minta makanan sebab anak dia dua orang tak makan lagi. CCTV di kedai saya boleh ditonton secara langsung melalui telefon, jadi saya terus tengok keadaan lelaki tu.
"Nampak la keadaan dia macam dalam kesusahan. Saya terus beritahu staff siapkan set lengkap nasi ayam gepuk iaitu nasi, kicap, ayam, sayur, tauhu dan tempe. Saya minta staf untuk beri nasi tambah juga untuk dia," kata Shafiq kepada mStar.
|
laqoyah replied at 13-3-2023 03:36 PM
Ok la tu.. tolong menolong..so whats the real issue here?
samperit replied at 13-3-2023 05:38 PM
Kesiannya
Bagus lah dia mintak baik2. Xpayah nak rasa malu, mintak je sbb org malaysia ni pegi la ...
rospinki replied at 13-3-2023 04:06 PM
nanti jadi modal org ckp bangsa melayu meminta2 pemalas lagi satu jadi satu budaya utk sikap mudah m ...
B40tastePosh replied at 13-3-2023 03:38 PM
Pentingnye Kempen Penikahan Terkawal dan Pembiakan Terkawal untuk kesihatan ekonomi B40
ADVERTISEMENT