Madu Miera Leyana, Adibah Abdul Mutalib, 50, terkilan sungguh tak dapat berjumpa dengan anaknya Anisa, 12, yang kini menerima rawatan di hospital akibat masalah sukar membuang air. Selepas Anisa diambil suami, Rosland Othman, 50, tanpa pengetahuannya pada 11 Februari lalu, sudah sebulan dia tidak dapat bertemu anaknya itu.
Sejak itu dia hanya dapat berhubung dengan anaknya melalui WhatsApp saja sebelum mengetahui dia menerima rawatan di Hospital KPJ Damansara. "Saya pergi ke hospital pada 3 Mac lalu bersama sepupu perempuan kepada dia (Rosland). Saya cakap adik menangis-menangis nak berjumpa Anisa, rindu kakak dia. "Dia pun pergi masuk ke dalam bilik wad dan masa buka pintu saya sempatlah tengok sikit Anisa dari jauh. Tapi lepas itu dia (Rosland) keluar dan kata Anisa tak nak jumpa saya. "Saya berasa lemah sangat. Nak melawat anak sendiri di hospital pun kena merayu-rayu. Tolonglah bagi saya melawat Anisa, saya cakap kat dia (Rosland)," katanya kepada Harian Metro.
Adibah hadir ke Mahkamah Syariah Putrajaya bersama dua anak dan kakaknya bagi urusan pelantikan peguam syarie berhubung mana-mana kes di masa akan datang. Peguamnya, Md Taufeq Al Amin Sahril berkata, pihaknya tidak memfailkan sebarang tuntutan buat masa ini tetapi hanya urusan melantik peguam baharu bagi kes berbangkit termasuk perceraian, nafkah dan hak jagaan anak jika diperlukan kelak. Sebelum ini Adibah mahu terus mempertahankan rumah tangga bersama suaminya meskipun perkahwinan dilanda badai sejak dua tahun lalu. Adibah tidak berhasrat memfailkan perceraian dan mengaku masih sayangkan rumah tangga yang dibina sejak 28 tahun lalu, meskipun suaminya berpoligami selepas berkahwin dengan Miera Leyana pada Julai 2020. Katanya dia tidak pernah menghalang hak suaminya sebagai seorang bapa untuk bertemu dengan anak mereka tetapi sekurang-kurangnya anaknya itu tidak diambil secara mengejut. "Memang tak perlu minta izin, tapi ambil (anak) macam itu sahaja...cara itu tak betul. Selama ini Anisa duduk dengan saya, paling tidak pun komunikasi dengan saya demi anak. "Orang bercerai pun boleh berkomunikasi inikan pula kami masih bersama. Nak ambil, hantar anak beritahulah saya tak pernah nafikan hak dia. Tapi bila dia buat macam ini, tak adil pada saya," katanya. -Madu Miera Leyana, Adibah Abdul Mutalib, 50, terkilan sungguh tak dapat berjumpa dengan anaknya Anisa, 12, yang kini menerima rawatan di hospital akibat masalah sukar membuang air. Selepas Anisa diambil suami, Rosland Othman, 50, tanpa pengetahuannya pada 11 Februari lalu, sudah sebulan dia tidak dapat bertemu anaknya itu. Sejak itu dia hanya dapat berhubung dengan anaknya melalui WhatsApp saja sebelum mengetahui dia menerima rawatan di Hospital KPJ Damansara. "Saya pergi ke hospital pada 3 Mac lalu bersama sepupu perempuan kepada dia (Rosland). Saya cakap adik menangis-menangis nak berjumpa Anisa, rindu kakak dia. "Dia pun pergi masuk ke dalam bilik wad dan masa buka pintu saya sempatlah tengok sikit Anisa dari jauh. Tapi lepas itu dia (Rosland) keluar dan kata Anisa tak nak jumpa saya. "Saya berasa lemah sangat. Nak melawat anak sendiri di hospital pun kena merayu-rayu. Tolonglah bagi saya melawat Anisa, saya cakap kat dia (Rosland)," katanya kepada Harian Metro. Adibah hadir ke Mahkamah Syariah Putrajaya bersama dua anak dan kakaknya bagi urusan pelantikan peguam syarie berhubung mana-mana kes di masa akan datang. Peguamnya, Md Taufeq Al Amin Sahril berkata, pihaknya tidak memfailkan sebarang tuntutan buat masa ini tetapi hanya urusan melantik peguam baharu bagi kes berbangkit termasuk perceraian, nafkah dan hak jagaan anak jika diperlukan kelak. Sebelum ini Adibah mahu terus mempertahankan rumah tangga bersama suaminya meskipun perkahwinan dilanda badai sejak dua tahun lalu. Adibah tidak berhasrat memfailkan perceraian dan mengaku masih sayangkan rumah tangga yang dibina sejak 28 tahun lalu, meskipun suaminya berpoligami selepas berkahwin dengan Miera Leyana pada Julai 2020. Katanya dia tidak pernah menghalang hak suaminya sebagai seorang bapa untuk bertemu dengan anak mereka tetapi sekurang-kurangnya anaknya itu tidak diambil secara mengejut. "Memang tak perlu minta izin, tapi ambil (anak) macam itu sahaja...cara itu tak betul. Selama ini Anisa duduk dengan saya, paling tidak pun komunikasi dengan saya demi anak. "Orang bercerai pun boleh berkomunikasi inikan pula kami masih bersama. Nak ambil, hantar anak beritahulah saya tak pernah nafikan hak dia. Tapi bila dia buat macam ini, tak adil pada saya," katanya. -CARI
|
Kancilkering replied at 13-3-2023 03:09 PM
miera jaga anak tiri dia Annisa tu ke sampai mak kandung x jumpa anak sakit …
sure laki dia pasang ...
dudaberhias replied at 13-3-2023 03:04 PM
Sampai sakit anak orang tu, yihhhh. Katanya si adik penyondol, ayahnya ambil sebab anak yang mintak ...
manehnya replied at 13-3-2023 03:16 PM
sampai hati dia kan, mentang dh ada bini baru, muda lawa, terus lupakan jasa yg lama, x da budi bica ...
moonela replied at 13-3-2023 03:27 PM
nak jumpa anak sendiri pun tak boleh...entahlaa
nafkah anak-anak pun kena minta dan tunjuk resit..
...
ADVERTISEMENT