TEMERLOH – Seorang ibu tidak menyangka perubahan anak lelakinya yang tidak menjamah sarapan sepanjang minggu ini menjadi petanda lelaki itu akan pergi selama-lamanya. Mangsa, Fareez Hakimi Zulkifli, 25, rentung selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dinaiki merempuh treler sebelum terbakar di Kilometer 108.8, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di sini semalam.
Nahas itu turut mengorbankan rakan baiknya, Muhammad Amirul Ahmad Sabri, 24. Dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, kedua-dua mangsa yang merupakan sahabat baik sejak kecil dalam perjalanan pulang ke Bera selepas selesai urusan kerja di Kuala Lumpur. Dahlia Mohamad, 44, berkata, dia berasa terkejut apabila menerima panggilan daripada suaminya yang memaklumkan anak mereka terlibat dalam kemalangan. Dahlia ditenangkan rakan-rakannya ketika menunggu pengecaman mayat di Unit Forensik Hoshas, Temerloh semalam.
Wanita itu hanya mengetahui anaknya rentung sebaik tiba di hospital dan tidak boleh menerima kenyataan tersebut, namun reda dengan kejadian yang berlaku. “Saya terkilan sebab tidak sempat berjumpa dengan anak sebelum dia bertolak ke Kuala Lumpur. Kali terakhir melihatnya pada Jumaat lalu, ketika itu dia masih tidur. “Dalam seminggu ini, saya menyediakan sarapan untuknya tetapi dia tidak jamah pun. Saya tidak menyangka dia akan pergi selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh di sini semalam. Dahlia memberitahu, mangsa seorang anak yang baik dan mudah tersenyum, malah tidak mudah marah sekiranya ditegur. Sementara itu, ibu Muhammad Amirul, Yanti Mahadar, 44, pula memberitahu, kali terakhir dia berbual dengan anaknya kelmarin sebelum lelaki itu bertolak ke Kuala Lumpur. Menurutnya, Muhammad Amirul berjanji untuk pulang pada malam hari sama, namun tidak menyangka menyambut kepulangan jenazah. “Saya selalu berseloroh bila hendak keluar berdua dengan ibu, asyik dengan Mimi (panggilan kepada Fareez Hakimi). Dia beritahu, tunggu cuti baru boleh keluar berdua. “Saya terasa bagaikan bermimpi, saya masih berharap ia (kematian) hanya mimpi, tetapi ini adalah kenyataan yang perlu saya terima,” ujarnya. Mayat kedua-dua mangsa dijangka dikebumikan dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Felda Rentam. -CARI Sumber: Kosmo
|
“Saya selalu berseloroh bila hendak keluar berdua dengan ibu, asyik dengan Mimi (panggilan kepada Fareez Hakimi). Dia beritahu, tunggu cuti baru boleh keluar berdua.
vanillaninja replied at 13-3-2023 03:36 PM
Innalillah, salam takziah. Mengantuk campur penat kot, awal2 pagi dah drive.
Suchi replied at 14-3-2023 08:21 AM
Tengahari ari ahad tu iols dr umah mil kat jengka bertolak blk KL masa sampai kat lanchang ada na ...
ADVERTISEMENT