View: 4842|Reply: 12
|
Sahabat Baik Daripada Kecil, Maut Rentung Bersama Dalam Kemalangan
[Copy link]
|
|
TEMERLOH – Seorang ibu tidak menyangka perubahan anak lelakinya yang tidak menjamah sarapan sepanjang minggu ini menjadi petanda lelaki itu akan pergi selama-lamanya.
Mangsa, Fareez Hakimi Zulkifli, 25, rentung selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dinaiki merempuh treler sebelum terbakar di Kilometer 108.8, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di sini semalam.
Nahas itu turut mengorbankan rakan baiknya, Muhammad Amirul Ahmad Sabri, 24.
 Foto: kosmo
Dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, kedua-dua mangsa yang merupakan sahabat baik sejak kecil dalam perjalanan pulang ke Bera selepas selesai urusan kerja di Kuala Lumpur.
Dahlia Mohamad, 44, berkata, dia berasa terkejut apabila menerima panggilan daripada suaminya yang memaklumkan anak mereka terlibat dalam kemalangan.
Dahlia ditenangkan rakan-rakannya ketika menunggu pengecaman mayat di Unit Forensik Hoshas, Temerloh semalam.
Wanita itu hanya mengetahui anaknya rentung sebaik tiba di hospital dan tidak boleh menerima kenyataan tersebut, namun reda dengan kejadian yang berlaku.
“Saya terkilan sebab tidak sempat berjumpa dengan anak sebelum dia bertolak ke Kuala Lumpur. Kali terakhir melihatnya pada Jumaat lalu, ketika itu dia masih tidur.
“Dalam seminggu ini, saya menyediakan sarapan untuknya tetapi dia tidak jamah pun. Saya tidak menyangka dia akan pergi selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh di sini semalam.
 Foto: kosmo
Dahlia memberitahu, mangsa seorang anak yang baik dan mudah tersenyum, malah tidak mudah marah sekiranya ditegur.
Sementara itu, ibu Muhammad Amirul, Yanti Mahadar, 44, pula memberitahu, kali terakhir dia berbual dengan anaknya kelmarin sebelum lelaki itu bertolak ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, Muhammad Amirul berjanji untuk pulang pada malam hari sama, namun tidak menyangka menyambut kepulangan jenazah.
“Saya selalu berseloroh bila hendak keluar berdua dengan ibu, asyik dengan Mimi (panggilan kepada Fareez Hakimi). Dia beritahu, tunggu cuti baru boleh keluar berdua.
“Saya terasa bagaikan bermimpi, saya masih berharap ia (kematian) hanya mimpi, tetapi ini adalah kenyataan yang perlu saya terima,” ujarnya. Mayat kedua-dua mangsa dijangka dikebumikan dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Felda Rentam. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Mudah2an, kedua2 arwah, Allah ampuni dosa2 mereka.. Amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah, salam takziah. Mengantuk campur penat kot, awal2 pagi dah drive. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah hiwainna ilaihirajiun..
dugaan utk kedua2 keluarga..
tp mudanya mak2 depa ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
“Saya selalu berseloroh bila hendak keluar berdua dengan ibu, asyik dengan Mimi (panggilan kepada Fareez Hakimi). Dia beritahu, tunggu cuti baru boleh keluar berdua.
motip bagi nama panggilan mimi? dah tu mierul ko bagi nama panggilan mary kerrr? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by meya at 13-3-2023 10:12 PM
Sedih dengar berita macamni. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillaahi wainna ilaihi rojiun. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 14-3-2023 08:22 AM
vanillaninja replied at 13-3-2023 03:36 PM
Innalillah, salam takziah. Mengantuk campur penat kot, awal2 pagi dah drive.
Tengahari ari ahad tu iols dr umah mil kat jengka bertolak blk KL masa sampai kat lanchang ada nampak treler dan kereta arwah ni blm dialihkan lagi. Mmg terbakar teruk, masa tu tertanya gak bila kejadian ni sbb nampak mcm baru dan dah agak mangsa meninggal kalau tgk kepada keadaan kereta yg rentung abis tu.
Masa tu syak depa bawak laju jer pastu tak perasan lori kt depan takleh nak elak tu yg tercium belakang lori kot. Boleh jd gak disebabkan mengantuk, sbb abis keje gerak balik kg. Badan pun letih tak cukup tidur.
|
|
|
|
|
|
|
|
mudanya mak dorg.. innalillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 14-3-2023 08:21 AM
Tengahari ari ahad tu iols dr umah mil kat jengka bertolak blk KL masa sampai kat lanchang ada na ...
Balik keje shift malam mmg mengantuk, kereta kenari weols penah kene langgar belakang dengan orang yg bru balik keje shift malam, dia terlelap kejap, penat katernya..nasib la sikit jer sbb hentaman tak kuat masa tu kt area perumahan slow down sbb ada bonggol.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hampir pasti mengantuk la tu. Memandu is an absolute no-no kalau ko tak tidur. Ko boleh terlelap any moment and 1-2 seconds is all it takes.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|