BEIJING – Seorang bapa di wilayah Shenzhen, China memaksa anak lelakinya bermain permainan video sehingga tidak berdaya selepas kanak-kanak itu ditangkap bermain telefon bimbit pada pukul 1 pagi (waktu tempatan).
Oddity Central melaporkan, bapa tersebut memberitahu akhbar Metropolis Times bahawa dia berasa berang setelah mendapati anaknya bermain telefon bimbit sehingga lewat malam sedangkan kanak-kanak itu perlu bersekolah pada keesokan hari. Dia ingin memberi pengajaran kepada anaknya supaya tidak melupakan kesalahannya. Oleh yang demikian, lelaki itu ‘membenarkan’ anaknya bermain dan tidak tidur, selain menyuruh kanak-kanak agar tidak pergi ke sekolah selama sehari supaya boleh terus bermain. Budak lelaki itu pada awalnya didakwa menikmati peluang yang diberikan dan terus bermain di bawah pengawasan bapanya sehingga pukul 7 pagi (waktu tempatan).
Namun, ketika dia mula mengantuk dan cuba meletakkan telefon, bapanya berulang kali mengejutkannya kembali. Lelaki itu sanggup mengambil cuti bekerja selama sehari untuk memastikan anaknya terus bermain. Pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan), iaitu selepas budak tersebut bermain telefon selama 17 jam, dia merayu kepada bapanya untuk membenarkan dia tidur. Dia kemudian bersetuju untuk menandatangani perjanjian bertulis dengan berjanji tidak lagi akan melakukan perbuatan sedemikian. – CARI Sumber: Kosmo
|
s@s@ replied at 13-3-2023 02:07 PM
bagus bapak dia.
budak dulu2 kalau kantoi isap rokok, mmg dpt sekotak terus kena paksa isap sambung ...
doubleharmonic replied at 13-3-2023 09:46 PM
tak bahaya kerr bagi budak2 hisap sampai sambung berkotak2?
matamata replied at 13-3-2023 07:03 PM
Aku sokong benda ni, ramai aku tgk kawan2 aku dah sampai tahap pasrah dgn anak2 diaorg... Dah jadi d ...
ADVERTISEMENT